Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, March 26, 2012

konon nak coret-coret je tapi terpanjang.

aku khusyuk memerhati bulan dan bintang yang seiring di dada langit yang pekat menghitam. biasanya begitulah di Gombak, langitnya terpelihara dari neon yang memancar garang, dek terlindung oleh Bukit Tabur dan gunung-ganang yang mengelilinginya. tidak seperti di kota raya Kuala Lumpur, langitnya selalu merah. debunya pula terapung. bulan bintang bertandang pun sukar disingkap untuk dijenguk. sebab itulah jika umurku sampai tahap pencen nanti, aku  mahu berehat di celah-celah perkampungan yang kurang bangunan dan cahaya dan haba berlebihan. maklumlah, bila umur dah tua, mata mudah silau.

dekat mahallah pun makin sunyi. maklumlah, semua dah balik ke kampung halaman. tinggallah aku dan beberapa manusia yang masih tak cuti-cuti oleh sebab kerja yang ingin dilangsaikan. tak apalah. lagipun rumahku dekat. bila-bila pun boleh pulang. aku selesa duduk di tingkat lima blok G. sedar tak sedar dah hampir setahun aku menghuni 5.3a. gigih juga aku memanjat tingkat lima sepanjang tahun, kan.

masa yang terluang aku isikan dengan membaca. membaca dan berfikir sebenarnya. membaca tu, merujuk kepada beberapa buah buku yang telah aku laburkan wang simpanan untuk memiliki mereka. payah juga jadi aku, wang susah disimpan, banyak godaan. berfikir pula merujuk pada desain aku yang tak bergerak-gerak sejak crit lepas. buntu sebenarnya.


vs



bila wujud kedua-dua perkara ini, saraf otak aku susah nak dilaraskan. maka kini aku memilih kerja. 'sayang-sayang' sekalian, nanti kita baca awak okey.... berkenaan projek pasar organik tu, aku sebenarnya perlukan seorang yang boleh aku ceritakan dari a-z. aku susah betul nak desain kali ini, tak pernah rasa buntu selama macam ni. garu kepala pun tak hilang gatalnya. hish.

ketepikan sebentar isu itu.


semalam aku menghadiri perkahwinan rakan karibku masa dekat cheras jaya dulu. subhanallah, cantiknya dia pada masa tu. ketika dia sedang bersiap-siap menghias diri, aku ada bersama-sama dia. aku lihat dia. dengan seribu rasa. 'macam manalah kalau aku kahwin nanti...', 'entah siapalah zauj aku...', 'macam manalah parents dan mertua boleh menerima kami berdua', 'apakah agaknya perasaan aku kalau masa tu nak akad nikah...' dan banyak lagi benda menembak-nembak otak aku, tapi soalan yang aku cipta tu tak ada jawapan pun. oops. cukup takat tu.

yang sebenarnya, aku banyak memerhati gelagat manusia, iaitu para tetamu pada hari bahagia itu. aku cuma agak terkilan dengan sesetengah orang yang 'menghalalkan' sentuhan antara bukan mahram. kalaulah masa aku berkahwin nanti, rasa nak letak je papan tanda besar-besar, 'sila jangan bersalaman jika kalian bukan muhrim'. seriously. benda ni banyak yang kita terlepas pandang macam tu je, kononnya nak hormati yang tua. tak kiralah antara pengantin dan tetamu, tapi tetamu sesama tetamu juga. kasihanlah dekat suami tu nanti, baharu je kahwin, dah kena tanggung dosa sebab isteri sewenang-wenangnya bersalaman dengan lelaki asing. kau boleh kata aku kolot. tak kisahlah. tapi seriously, aku mungkin akan sediakan sarung tangan sebagai perisai.

kemudiannya aku fikir, yang lebih tak best kalau kita kahwin dan pakai baju ketat. sekali lagi aku nak cakap kesian dekat si suami... yalah, bentuk tubuh isteri kau orang lain dah dapat tengok. huu. nanti masa aku kahwin, segala perhiasan yang aku ada, akan aku sorok. mungkinlah barang kemas di dada tu tak dapat ditayangkan, tapi, aku nak pakai tudung yang paling cantik pada hari bahagia tu. tudung yang sempurna menutupi. biar tak dapat pakai barang kemas, tapi tudung aku tu ada banyak batu-batu berkilauan. ecewah. sekali seumur hidup kan. eh, kalau pakai cantik-cantik masa kahwin, tidak dikira tabarruj kan....? (ini soalan, dialu-alukan jawab kalau tahu).


apa lagi nak cakap eh.

oh ye. sebenarnya aku dalam fasa mengenali diri sendiri. aku nak improve sedikit. yang dulu-dulu tu sudah-sudahlah kan. bakar buku lama, beli buku baru. mungkin tak perlu bakar, tapi recycle (?). apa-apa ajelah. yang penting aku nak buat apa sahaja yang boleh buat aku bahagia. bantu aku ye. aku perlukan sokongan. nasihat/tegur aku jika aku melampau dalam tindakan.

maaf kawan-kawan, aku banyak kelihatan seperti menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. bukan aku sombong. tapi aku punya banyak tanggungjawab utama yang perlu aku selesaikan.

got to go. dah terpanjang melalut ni.




.

Sunday, February 12, 2012

Ghostheart dan aku.

minggu lepas, setelah penat merayap dan bersakan-sakan dalam PWTC bersama nadia, kami pun bergegas menyeberang ke The Mall untuk bersantai dan mengisi tembolok yang aku rasa meronta-ronta minta makanan. maklumlah, keluar pun tak bersarapan. sebelum mencari kedai makan, kami berjalan lagi. window shopping. The Mall tu, bagi aku adalah tempat yang mati dan sunyi. rasa kesian juga dengan pemilik-pemilik kedai dalam tu, hanya mampu duduk menunggu pelanggan. masa aku melewati satu deret kedai yang menjual baju-baju, pekedai tu beriya-iya memujuk kami untuk masuk ke kedainya. katanya, "tak beli pun tak apa, masuk tengok-tengok je." aku memang tak punya bajet untuk membeli-belah selain buku ketika itu, maaf kak, maaf amoi. kalaupun kedai itu dibuka sepanjang hari, belum tentu 5 customers akan datang membeli. aku rasalah. emm. kasihan.

sedang berjalan tu, tiba-tiba ternampak sebuah kedai buku yang terlindung oleh eskalator. mulanya aku tak mahu pun berjalan ke belakang tu, tapi disebabkan itu adalah kedai buku, maka apa salahnya kalau kami rajinkan jalan sedikit. kedai buku itu lapang. besar ruangannya. masuk sahaja kedai kau akan nampak hamparan buku-buku fiksi inggeris yang banyak. seperti biasalah, kalau aku nak tengok buku, mesti aku akan berpaling pada kulit belakang untuk lihat sinopsis dan periksa harga. yelah, student tak bergaji macam aku kenalah survey harga. beli yang mampu je.

sedang asyik meneliti buku-buku dekat situ, aku tiba-tiba tertarik dengan buku yang berjudul Ghostheart, R.J Ellory [link]. aku tertarik dengan ayat ni...

"Annie O' Neill observes life from her second-hand bookstore in Manhattan. She is 30, single, and tired of the quiet anonymity of her life."

itu je sebab aku terus beli buku tu dengan tidak berfikir panjang. harga novel dekat kedai buku tu semua banyak yang murah. aku dapat buku ni dengan harga RM 12 sahaja. murahkan? rasanya lepas ni aku akan datang The Mall lagi bila ada kelapangan. oh, tapi untuk ke kedai buku tu sahaja.


Tentang Ghostheart dan pandangan dari aku.


mula-mula kau baca cerita ni, kau akan rasa bosan gila sebab dia cerita tentang Annie dan kehidupannya yang sangatlah terasing. macam dalam dunia dia je. diceritakan tentang kesukaannya, tentang orang sekeliling yang rapat dengannya, tentang kedai buku yang diwariskan menjadi miliknya, tentang jirannya, tentang emaknya dan ayahnya (sangat sedikit tentang ayahnya yang dia tahu sebab sepanjang perjalanan pembacaan dalam buku ni adalah untuk membongkar siapa ayahnya).

cerita ini takkan menarik kalau tak wujud watak Jack Sullivan. Sullivan adalah jiran Annie yang berusia lewat 50-an yang sangatlah pemabuk dan berterus terang. hubungan Annie dengan Sullivan bagaikan anak-ayah. Sullivan selalu ke rumah Annie untuk sarapan, dan kadang-kadang untuk bercerita, bersembang. Sullivan ni bolehlah dikatakan pendengar setia dan kaunselor untuk Annie.

kemudian datang seorang lelaki misteri bernama Forrester. Forrester ni orang tua yang mengakui yang dia kenal siapa ayah kepada Annie. Forrester akan datang sekali minggu untuk memberi manuskrip cerita yang ditulis ayahnya. lepas tu, kau akan dapati yang dalam cerita ni ada rentetan cerita lain. yelah, manuskrip cerita yang Forrester bagi tulah. cerita tu macam link atau petunjuk untuk Annie mengetahui siapa ayah dia. aku banyak skip cerita manuskrip tu. bagi akulah, sepatutnya editor buku ni buat font lain untuk setiap cerita manuskrip tu. aku mula-mula pening juga, yelah, tetiba kenapa cerita orang lain pulak. kalau buat font berbeza senanglah nak distinguish antara cerita asal dengan 'cerita-dalam-cerita' tu.

oh ye, tiba-tiba muncul watak David Quinn yang kononnya seorang pencinta buku. Annie dan David kemudiannya menjadi rapat dan mereka seolah-olah bercinta, walhal masing-masing tidak pernah mengucapkannya. bagi Annie, cinta tak perlu nak disebutkan. pengalaman dia yang lepas membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bercinta. tapi kali ini Annie terasa dirinya tewas dengan David. lama kelamaan dia semakin jatuh hati dan  mereka pun ....... oh. masa baca part tu dalam buku aku terasa blushing. ergh. kemudian beberapa hari lepas tu, secara tiba-tiba David kata yang semua tu kesilapan dan goodbye.

memang kesian Annie. okay, dalam hal ni aku terasa macam terasa.

aku cuba memahami Annie sebagai perempuan yang kasihan. yang asyik gagal dalam hubungan, yang sangat loner. aku letakkan diri aku dalam situasi tu. andainya suatu hari nanti aku dah hampir mencecah umur 30, dan aku masih tak punya lelaki untuk disayangi, agaknya mungkin aku boleh jadi macam Annie. ni aku cakap dari sudut perempuan sikitlah. ehe. perempuan ni bila makin meningkat umur, mungkin kita akan rasa kecantikan yang ada pada kita tu semakin menghilang, dan kita akan jadi lebih sensitif dengan fizikal. mungkin juga sebab kita beranggapan rupa kita yang semakin kurang menarik tu punca kenapa tak ada lelaki yang sukakan kita. dan macam-macam lagi. lepas tu kita akan rasa lebih baik membujang daripada dapat lelaki yang tak guna. dan mungkin kita akan bersedia untuk hidup membujang selamanya, tapi dalam hati kita taknak semua tu sebab kita nak sekurang-kurangnya ada manusia yang akan mengetahui kewujudan kita untuk disayangi dan dikenang bila mati. termelankolik pulak.

aku banyak cakap 'mungkin' sebab aku tak sampai tahap umur tu lagi. agak-agak je.

terlajak pulak. pengakhiran cerita ni, Annie dah tahu siapa ayah kandung dia yang sebenar. dan kebenaran tentang ayahnya yang agak mengejutkan. dan siapa David Quinn yang sebenar dan tentang segalanya, masa lampaunya.

jujurnya buku ni bolehlah dikatakan sederhana. penulis pandai mengolah watak Annie sebagai seorang foreveralone. aku cuma appreciate part-part dimana Annie menghadapi konflik dengan dirinya tentang masalah-masalah yang dia hadapi. oh lupa! dan juga part Annie bersama jirannya, Sullivan. terasa macam sebenarnya dunia ni sebenarnya ramai loner dan mereka inginkan perhatian dari seseorang yang kita percayai, dan perasaan protected. kita perlukan teman untuk berbicara, untuk meluahkan, tapi bukan semua orang boleh kita sandarkan untuk menjadi seseorang seperti sedemikian, ye dak?





.



Wednesday, February 1, 2012

pencarian buku baru

sejak akhir-akhir ni, aku rajin lah juga menggodek goodreads [link]. kepada sesiapa yang tak pernah godek goodreads ni, bolehlah pergi sign up untuk ada akaun anda sendiri. kat sana ada banyak benefit untuk sesiapa yang boleh digelar sebagai ulat buku. antaranya, boleh lihat recommendation, review buku, dan juga boleh cari kawan! kat sana korang boleh kasi rating buku-buku yang korang pernah baca dan boleh kongsi review dengan ahli-ahli yang lain. terima kasih luciper sebab war-warkan tentang goodreads.

goodreads juga tempat yang ideal untuk kita godek sebelum kita pergi beli buku yang kita cari tu untuk mengelakkan sesalan dan pembaziran wang. kita boleh komen review orang juga. boleh berdebat tentang ideologi penulis buku tu dan sebagainya. aku pun boleh dikira baru jugalah ada akaun goodreads ni, dan selalu jugalah aku baca komen orang. aku tak pernah pula lagi komen. hehe.

cakap pasal passion aku tentang buku, memang aku suka baca buku. dulu masa sekolah rendah selalu aku akan mengambil peluang bila ada pertandingan nilam. sekolah menengah slow sikit. ya, disebabkan masa dan tanggungjawab dan duit, aku ketepikan jugalah hobi ni. dulu-dulu masa di zaman foundation, selalu aku pergi shopping buku. yelah, duit banyak, masa pun banyak. tapi semenjak dah bermaharajalela dengan projek archi ni, aku tinggalkan.

kalau nak tanya jenis buku apa yang aku suka baca, dulu aku suka baca novel english yang ke arah perempuan (macam chic lit), motivational dan jenis antologi. baru-baru ni semenjak terdedah dengan dunia penulisan bebas ni, aku lihat buku dari sudut yang lain. aku mengenali penulis-penulis indie, yang karyanya lebih terbuka dan bebas. menarik sebenarnya kumpulan penulis sebegini. selalunya buku macam ni bolehlah cari dekat frinjan, urbanscape, atau pesta2 buku. jarang nak jumpa dekat kedai buku. boleh dikatakan sekarang aku menjadi lebih cenderung untuk menghargai dan membaca karya dari local author. terima kasih encik psychopath sebab ajar saya pilih buku. ehe.

tempohari dalam entri blog lepas [link], kalau perhati kat bawah ruangan komen tu ada conversation aku dengan luciper. luciper ada bagi cadangan  buku-buku yang mungkin menarik untuk aku baca. pertama kalinya aku dengar Gerakbudaya.com [link] dan GB ni bolehlah dikatakan publisher atau distributer buku-buku yang berkisar politik, ekonomi, sejarah, budaya, dan macam-macam lagi. boleh lawati facebook group gerakbudaya [link] untuk mengetahui perkembangan buku baru atau nak request apa-apa buku.

jadi, dengan ini saya mahu mengumumkan bahawa saya eager untuk mencari buku-buku di bawah.
(nampaknya hobi yang lama ditinggalkan seperti bertandang semula!)






semoga dengan izin Allah maka aku akan mendapatkan buku-buku di atas. Insya-Allah. mungkin dengan membaca aku boleh tingkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Melayu Kerjaya yang bakal aku ambil semester depan. huehue. sesiapa nak cadangkan aku apa-apa bulu yang menarik, silalah berbuat demikian. aku amat menghargai komen dan cadangan korang dan yang pasti aku mesti akan looking forward untuk buku yang korang cadangkan tu. :)



.

Monday, January 16, 2012

keluar berjalan-jalan

hello peeps!

tajuk tak stim kan? sekali lagi, aku pergi ke mid valley megamall ahad lepas untuk dating pula, padahal dah pergi jumaat lepas. eh. bukan exactly dating. lol. untuk jalan-jalan, dan satu sebab yang kuat adalah nak beli buku untuk dibaca pada waktu cuti ni. lama sebenarnya aku tak berjalan di shopping mall secara berdua-duaan. heh. ayat tak boleh blah. masa tunggu kawan sampai, aku berdiri jelah kat tepi eskalator tu. masa tu perasaan aku sangatlah bercampur-baur bila tengok orang dok dating, pegang tangan, dakap pinggang. mesra betullah! ada tu mula-mula dok bermanja masa tengah tunggu nak masuk panggung. bila nampak kerlingan aku yang tak henti-henti, akhirnya mereka berjarak sedikit. huehue. agaknya tulah orang single rasa bila tengok pasangan-pasangan ni bermesra. dulu mungkin aku tak sedar sebab berada dalam golongan begitu, sekarang aku faham. okay. janji pada diri sendiri takkan buat lagi dah!

seperti yang dijanjikan malam sebelumnya, maka tengoklah wayang cerita contraband. not bad dia punya plot cerita. menarik juga cerita bagaimana seorang suami yang dah lama bersara dari dunia penyeludupan nak selamatkan adik ipar dan keluarganya yang sedang diburu kerana dek kegagalan adik iparnya menyeludup dadah iaitu Andy. biasalah, selalunya dalam cerita thriller macam ni mesti ada orang ketiga yang jadi musuh dalam selimut. yang aku tak boleh tahan kejam tu, masa isteri kepada Chris Farraday tu hampir-hampir kena timbus dengan precast cement. peh. tu jelah yang kejam gila kot. yang lain tu biasalah. tak tahulah pasal apa viewer kena 18+. mungkin ada unsur dadah kot. apapun, sebenarnya jalan cerita dia aku dah boleh agak apa yang akan jadi pada penutupnya. sebab apa pun tatau.

lepas berwayang, pergi makan. okay. aku memang dah lama sungguh tak jejak Pizza Hut. sangat lama okayy. semenjak aku dah tak dating ni, mana ada nak makan-makan kat restoran. err. aku memang kedekut sedikit nak makan kat kedai mahal. hehe. perangai ni wujud semenjak aku dah tak dating. masa dating dulu-dulu, ada aku kisah kalau sekali keluar, pergi melantak sampai 3 restoran sekaligus? aku tak pernah lokek tang makan dulu. ah. cerita lama. so makanlah pizza yang ada udang goreng kat atas dia tu. mak aih. memang sedap gila beb. aku rasa macam nak order udang tu saja dok ratah. cuma pelik makan pizza dengan air 7up Revive. macam orang demam. hehe.

lepas tu pergi ke MPH again. oh. ahad lagi la ramai orang kan. tapi okaylah, nasib baik buku yang dipamerkan tu lebih tersusun daripada masa jumaat lepas. aku geram sebenarnya. dekat clearance sale tu, tak boleh guna voucher 1M kalau nak beli buku kat section tu. banyak novel-novel english kat situ yang murah-murah, ada yang sampai rm5 je. range harga dia dari rm3-20. masa tu aku nampak, siap ada orang borong, penuh bakul. ah. jeles betul tengok orang shopping buku ni. tak keterlaluan kalau aku kata, aku lebih cemburu tengok orang borong buku banyak-banyak daripada orang borong baju dan kasut banyak-banyak. okay. kalau nak kasi hadiah birthday terbaik kat aku, sila hadiahkan buku. #demand

inilah dia buku-buku yang dibeli.


sekian melaporkan. KALAU rajin, nanti aku review buku-buku ni. hehe. bye.