Sunday, February 12, 2012

Ghostheart dan aku.

minggu lepas, setelah penat merayap dan bersakan-sakan dalam PWTC bersama nadia, kami pun bergegas menyeberang ke The Mall untuk bersantai dan mengisi tembolok yang aku rasa meronta-ronta minta makanan. maklumlah, keluar pun tak bersarapan. sebelum mencari kedai makan, kami berjalan lagi. window shopping. The Mall tu, bagi aku adalah tempat yang mati dan sunyi. rasa kesian juga dengan pemilik-pemilik kedai dalam tu, hanya mampu duduk menunggu pelanggan. masa aku melewati satu deret kedai yang menjual baju-baju, pekedai tu beriya-iya memujuk kami untuk masuk ke kedainya. katanya, "tak beli pun tak apa, masuk tengok-tengok je." aku memang tak punya bajet untuk membeli-belah selain buku ketika itu, maaf kak, maaf amoi. kalaupun kedai itu dibuka sepanjang hari, belum tentu 5 customers akan datang membeli. aku rasalah. emm. kasihan.

sedang berjalan tu, tiba-tiba ternampak sebuah kedai buku yang terlindung oleh eskalator. mulanya aku tak mahu pun berjalan ke belakang tu, tapi disebabkan itu adalah kedai buku, maka apa salahnya kalau kami rajinkan jalan sedikit. kedai buku itu lapang. besar ruangannya. masuk sahaja kedai kau akan nampak hamparan buku-buku fiksi inggeris yang banyak. seperti biasalah, kalau aku nak tengok buku, mesti aku akan berpaling pada kulit belakang untuk lihat sinopsis dan periksa harga. yelah, student tak bergaji macam aku kenalah survey harga. beli yang mampu je.

sedang asyik meneliti buku-buku dekat situ, aku tiba-tiba tertarik dengan buku yang berjudul Ghostheart, R.J Ellory [link]. aku tertarik dengan ayat ni...

"Annie O' Neill observes life from her second-hand bookstore in Manhattan. She is 30, single, and tired of the quiet anonymity of her life."

itu je sebab aku terus beli buku tu dengan tidak berfikir panjang. harga novel dekat kedai buku tu semua banyak yang murah. aku dapat buku ni dengan harga RM 12 sahaja. murahkan? rasanya lepas ni aku akan datang The Mall lagi bila ada kelapangan. oh, tapi untuk ke kedai buku tu sahaja.


Tentang Ghostheart dan pandangan dari aku.


mula-mula kau baca cerita ni, kau akan rasa bosan gila sebab dia cerita tentang Annie dan kehidupannya yang sangatlah terasing. macam dalam dunia dia je. diceritakan tentang kesukaannya, tentang orang sekeliling yang rapat dengannya, tentang kedai buku yang diwariskan menjadi miliknya, tentang jirannya, tentang emaknya dan ayahnya (sangat sedikit tentang ayahnya yang dia tahu sebab sepanjang perjalanan pembacaan dalam buku ni adalah untuk membongkar siapa ayahnya).

cerita ini takkan menarik kalau tak wujud watak Jack Sullivan. Sullivan adalah jiran Annie yang berusia lewat 50-an yang sangatlah pemabuk dan berterus terang. hubungan Annie dengan Sullivan bagaikan anak-ayah. Sullivan selalu ke rumah Annie untuk sarapan, dan kadang-kadang untuk bercerita, bersembang. Sullivan ni bolehlah dikatakan pendengar setia dan kaunselor untuk Annie.

kemudian datang seorang lelaki misteri bernama Forrester. Forrester ni orang tua yang mengakui yang dia kenal siapa ayah kepada Annie. Forrester akan datang sekali minggu untuk memberi manuskrip cerita yang ditulis ayahnya. lepas tu, kau akan dapati yang dalam cerita ni ada rentetan cerita lain. yelah, manuskrip cerita yang Forrester bagi tulah. cerita tu macam link atau petunjuk untuk Annie mengetahui siapa ayah dia. aku banyak skip cerita manuskrip tu. bagi akulah, sepatutnya editor buku ni buat font lain untuk setiap cerita manuskrip tu. aku mula-mula pening juga, yelah, tetiba kenapa cerita orang lain pulak. kalau buat font berbeza senanglah nak distinguish antara cerita asal dengan 'cerita-dalam-cerita' tu.

oh ye, tiba-tiba muncul watak David Quinn yang kononnya seorang pencinta buku. Annie dan David kemudiannya menjadi rapat dan mereka seolah-olah bercinta, walhal masing-masing tidak pernah mengucapkannya. bagi Annie, cinta tak perlu nak disebutkan. pengalaman dia yang lepas membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bercinta. tapi kali ini Annie terasa dirinya tewas dengan David. lama kelamaan dia semakin jatuh hati dan  mereka pun ....... oh. masa baca part tu dalam buku aku terasa blushing. ergh. kemudian beberapa hari lepas tu, secara tiba-tiba David kata yang semua tu kesilapan dan goodbye.

memang kesian Annie. okay, dalam hal ni aku terasa macam terasa.

aku cuba memahami Annie sebagai perempuan yang kasihan. yang asyik gagal dalam hubungan, yang sangat loner. aku letakkan diri aku dalam situasi tu. andainya suatu hari nanti aku dah hampir mencecah umur 30, dan aku masih tak punya lelaki untuk disayangi, agaknya mungkin aku boleh jadi macam Annie. ni aku cakap dari sudut perempuan sikitlah. ehe. perempuan ni bila makin meningkat umur, mungkin kita akan rasa kecantikan yang ada pada kita tu semakin menghilang, dan kita akan jadi lebih sensitif dengan fizikal. mungkin juga sebab kita beranggapan rupa kita yang semakin kurang menarik tu punca kenapa tak ada lelaki yang sukakan kita. dan macam-macam lagi. lepas tu kita akan rasa lebih baik membujang daripada dapat lelaki yang tak guna. dan mungkin kita akan bersedia untuk hidup membujang selamanya, tapi dalam hati kita taknak semua tu sebab kita nak sekurang-kurangnya ada manusia yang akan mengetahui kewujudan kita untuk disayangi dan dikenang bila mati. termelankolik pulak.

aku banyak cakap 'mungkin' sebab aku tak sampai tahap umur tu lagi. agak-agak je.

terlajak pulak. pengakhiran cerita ni, Annie dah tahu siapa ayah kandung dia yang sebenar. dan kebenaran tentang ayahnya yang agak mengejutkan. dan siapa David Quinn yang sebenar dan tentang segalanya, masa lampaunya.

jujurnya buku ni bolehlah dikatakan sederhana. penulis pandai mengolah watak Annie sebagai seorang foreveralone. aku cuma appreciate part-part dimana Annie menghadapi konflik dengan dirinya tentang masalah-masalah yang dia hadapi. oh lupa! dan juga part Annie bersama jirannya, Sullivan. terasa macam sebenarnya dunia ni sebenarnya ramai loner dan mereka inginkan perhatian dari seseorang yang kita percayai, dan perasaan protected. kita perlukan teman untuk berbicara, untuk meluahkan, tapi bukan semua orang boleh kita sandarkan untuk menjadi seseorang seperti sedemikian, ye dak?





.



4 comments: