Monday, March 26, 2012

konon nak coret-coret je tapi terpanjang.

aku khusyuk memerhati bulan dan bintang yang seiring di dada langit yang pekat menghitam. biasanya begitulah di Gombak, langitnya terpelihara dari neon yang memancar garang, dek terlindung oleh Bukit Tabur dan gunung-ganang yang mengelilinginya. tidak seperti di kota raya Kuala Lumpur, langitnya selalu merah. debunya pula terapung. bulan bintang bertandang pun sukar disingkap untuk dijenguk. sebab itulah jika umurku sampai tahap pencen nanti, aku  mahu berehat di celah-celah perkampungan yang kurang bangunan dan cahaya dan haba berlebihan. maklumlah, bila umur dah tua, mata mudah silau.

dekat mahallah pun makin sunyi. maklumlah, semua dah balik ke kampung halaman. tinggallah aku dan beberapa manusia yang masih tak cuti-cuti oleh sebab kerja yang ingin dilangsaikan. tak apalah. lagipun rumahku dekat. bila-bila pun boleh pulang. aku selesa duduk di tingkat lima blok G. sedar tak sedar dah hampir setahun aku menghuni 5.3a. gigih juga aku memanjat tingkat lima sepanjang tahun, kan.

masa yang terluang aku isikan dengan membaca. membaca dan berfikir sebenarnya. membaca tu, merujuk kepada beberapa buah buku yang telah aku laburkan wang simpanan untuk memiliki mereka. payah juga jadi aku, wang susah disimpan, banyak godaan. berfikir pula merujuk pada desain aku yang tak bergerak-gerak sejak crit lepas. buntu sebenarnya.


vs



bila wujud kedua-dua perkara ini, saraf otak aku susah nak dilaraskan. maka kini aku memilih kerja. 'sayang-sayang' sekalian, nanti kita baca awak okey.... berkenaan projek pasar organik tu, aku sebenarnya perlukan seorang yang boleh aku ceritakan dari a-z. aku susah betul nak desain kali ini, tak pernah rasa buntu selama macam ni. garu kepala pun tak hilang gatalnya. hish.

ketepikan sebentar isu itu.


semalam aku menghadiri perkahwinan rakan karibku masa dekat cheras jaya dulu. subhanallah, cantiknya dia pada masa tu. ketika dia sedang bersiap-siap menghias diri, aku ada bersama-sama dia. aku lihat dia. dengan seribu rasa. 'macam manalah kalau aku kahwin nanti...', 'entah siapalah zauj aku...', 'macam manalah parents dan mertua boleh menerima kami berdua', 'apakah agaknya perasaan aku kalau masa tu nak akad nikah...' dan banyak lagi benda menembak-nembak otak aku, tapi soalan yang aku cipta tu tak ada jawapan pun. oops. cukup takat tu.

yang sebenarnya, aku banyak memerhati gelagat manusia, iaitu para tetamu pada hari bahagia itu. aku cuma agak terkilan dengan sesetengah orang yang 'menghalalkan' sentuhan antara bukan mahram. kalaulah masa aku berkahwin nanti, rasa nak letak je papan tanda besar-besar, 'sila jangan bersalaman jika kalian bukan muhrim'. seriously. benda ni banyak yang kita terlepas pandang macam tu je, kononnya nak hormati yang tua. tak kiralah antara pengantin dan tetamu, tapi tetamu sesama tetamu juga. kasihanlah dekat suami tu nanti, baharu je kahwin, dah kena tanggung dosa sebab isteri sewenang-wenangnya bersalaman dengan lelaki asing. kau boleh kata aku kolot. tak kisahlah. tapi seriously, aku mungkin akan sediakan sarung tangan sebagai perisai.

kemudiannya aku fikir, yang lebih tak best kalau kita kahwin dan pakai baju ketat. sekali lagi aku nak cakap kesian dekat si suami... yalah, bentuk tubuh isteri kau orang lain dah dapat tengok. huu. nanti masa aku kahwin, segala perhiasan yang aku ada, akan aku sorok. mungkinlah barang kemas di dada tu tak dapat ditayangkan, tapi, aku nak pakai tudung yang paling cantik pada hari bahagia tu. tudung yang sempurna menutupi. biar tak dapat pakai barang kemas, tapi tudung aku tu ada banyak batu-batu berkilauan. ecewah. sekali seumur hidup kan. eh, kalau pakai cantik-cantik masa kahwin, tidak dikira tabarruj kan....? (ini soalan, dialu-alukan jawab kalau tahu).


apa lagi nak cakap eh.

oh ye. sebenarnya aku dalam fasa mengenali diri sendiri. aku nak improve sedikit. yang dulu-dulu tu sudah-sudahlah kan. bakar buku lama, beli buku baru. mungkin tak perlu bakar, tapi recycle (?). apa-apa ajelah. yang penting aku nak buat apa sahaja yang boleh buat aku bahagia. bantu aku ye. aku perlukan sokongan. nasihat/tegur aku jika aku melampau dalam tindakan.

maaf kawan-kawan, aku banyak kelihatan seperti menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. bukan aku sombong. tapi aku punya banyak tanggungjawab utama yang perlu aku selesaikan.

got to go. dah terpanjang melalut ni.




.

No comments:

Post a Comment