Showing posts with label arkitektur. Show all posts
Showing posts with label arkitektur. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

cad 3d. akhirnya!

ni memang render tahap tah pape je. tahap nak-cepat-balik-raya. muahaha. yang penting hantar. kalau perasan, pasar ni tak nampak macam pasar langsung. pasal pelik la juga pasar buat bersih-bersih. tapi boleh jadi pasar masa akan datang, hahaa. lepas tu takde interior. lantak le. lagi 3 hari nak raya woi~~ baju raya pun takde lagi haa.

terima kasih pada anis syahirah, bagi pinjam desktop nak render artlantis... lepas tu pada amirah, terima kasih banyak-banyak ajar photoshop. aku terharu sangat dengan korang~ kalau korang takde, tak balik raya kot. tsk tsk tsk.

Project: The Fresh Market Square, Taman Melawati.
Total area: 2500msq.
Software used: Google SketchUp pro 8, Rhinoceros, Grasshopper, Artlantis, Photoshop.







selamat hari raya semua. hati hati bawa kereta bila balik kampung!





Friday, May 18, 2012

gambar urban trail

ianya sangat seronok ada assignment seperti urban trail ini tetapi aku rasa lagi seronok kalau urban trail ini dijalankan tanpa rasa serba salah kerana meninggalkan kerja terbengkalai di studio. enjoice!














Monday, March 26, 2012

konon nak coret-coret je tapi terpanjang.

aku khusyuk memerhati bulan dan bintang yang seiring di dada langit yang pekat menghitam. biasanya begitulah di Gombak, langitnya terpelihara dari neon yang memancar garang, dek terlindung oleh Bukit Tabur dan gunung-ganang yang mengelilinginya. tidak seperti di kota raya Kuala Lumpur, langitnya selalu merah. debunya pula terapung. bulan bintang bertandang pun sukar disingkap untuk dijenguk. sebab itulah jika umurku sampai tahap pencen nanti, aku  mahu berehat di celah-celah perkampungan yang kurang bangunan dan cahaya dan haba berlebihan. maklumlah, bila umur dah tua, mata mudah silau.

dekat mahallah pun makin sunyi. maklumlah, semua dah balik ke kampung halaman. tinggallah aku dan beberapa manusia yang masih tak cuti-cuti oleh sebab kerja yang ingin dilangsaikan. tak apalah. lagipun rumahku dekat. bila-bila pun boleh pulang. aku selesa duduk di tingkat lima blok G. sedar tak sedar dah hampir setahun aku menghuni 5.3a. gigih juga aku memanjat tingkat lima sepanjang tahun, kan.

masa yang terluang aku isikan dengan membaca. membaca dan berfikir sebenarnya. membaca tu, merujuk kepada beberapa buah buku yang telah aku laburkan wang simpanan untuk memiliki mereka. payah juga jadi aku, wang susah disimpan, banyak godaan. berfikir pula merujuk pada desain aku yang tak bergerak-gerak sejak crit lepas. buntu sebenarnya.


vs



bila wujud kedua-dua perkara ini, saraf otak aku susah nak dilaraskan. maka kini aku memilih kerja. 'sayang-sayang' sekalian, nanti kita baca awak okey.... berkenaan projek pasar organik tu, aku sebenarnya perlukan seorang yang boleh aku ceritakan dari a-z. aku susah betul nak desain kali ini, tak pernah rasa buntu selama macam ni. garu kepala pun tak hilang gatalnya. hish.

ketepikan sebentar isu itu.


semalam aku menghadiri perkahwinan rakan karibku masa dekat cheras jaya dulu. subhanallah, cantiknya dia pada masa tu. ketika dia sedang bersiap-siap menghias diri, aku ada bersama-sama dia. aku lihat dia. dengan seribu rasa. 'macam manalah kalau aku kahwin nanti...', 'entah siapalah zauj aku...', 'macam manalah parents dan mertua boleh menerima kami berdua', 'apakah agaknya perasaan aku kalau masa tu nak akad nikah...' dan banyak lagi benda menembak-nembak otak aku, tapi soalan yang aku cipta tu tak ada jawapan pun. oops. cukup takat tu.

yang sebenarnya, aku banyak memerhati gelagat manusia, iaitu para tetamu pada hari bahagia itu. aku cuma agak terkilan dengan sesetengah orang yang 'menghalalkan' sentuhan antara bukan mahram. kalaulah masa aku berkahwin nanti, rasa nak letak je papan tanda besar-besar, 'sila jangan bersalaman jika kalian bukan muhrim'. seriously. benda ni banyak yang kita terlepas pandang macam tu je, kononnya nak hormati yang tua. tak kiralah antara pengantin dan tetamu, tapi tetamu sesama tetamu juga. kasihanlah dekat suami tu nanti, baharu je kahwin, dah kena tanggung dosa sebab isteri sewenang-wenangnya bersalaman dengan lelaki asing. kau boleh kata aku kolot. tak kisahlah. tapi seriously, aku mungkin akan sediakan sarung tangan sebagai perisai.

kemudiannya aku fikir, yang lebih tak best kalau kita kahwin dan pakai baju ketat. sekali lagi aku nak cakap kesian dekat si suami... yalah, bentuk tubuh isteri kau orang lain dah dapat tengok. huu. nanti masa aku kahwin, segala perhiasan yang aku ada, akan aku sorok. mungkinlah barang kemas di dada tu tak dapat ditayangkan, tapi, aku nak pakai tudung yang paling cantik pada hari bahagia tu. tudung yang sempurna menutupi. biar tak dapat pakai barang kemas, tapi tudung aku tu ada banyak batu-batu berkilauan. ecewah. sekali seumur hidup kan. eh, kalau pakai cantik-cantik masa kahwin, tidak dikira tabarruj kan....? (ini soalan, dialu-alukan jawab kalau tahu).


apa lagi nak cakap eh.

oh ye. sebenarnya aku dalam fasa mengenali diri sendiri. aku nak improve sedikit. yang dulu-dulu tu sudah-sudahlah kan. bakar buku lama, beli buku baru. mungkin tak perlu bakar, tapi recycle (?). apa-apa ajelah. yang penting aku nak buat apa sahaja yang boleh buat aku bahagia. bantu aku ye. aku perlukan sokongan. nasihat/tegur aku jika aku melampau dalam tindakan.

maaf kawan-kawan, aku banyak kelihatan seperti menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. bukan aku sombong. tapi aku punya banyak tanggungjawab utama yang perlu aku selesaikan.

got to go. dah terpanjang melalut ni.




.

Thursday, December 1, 2011

bridge, oh concrete bridge!

oh, ini memang assignment building construction & materials yang memang moksha. kenalah jadi gila-gila sedikit. banyak sungguh requirement, markah entah berapa lah agaknya. =.=""

aku dan beberapa orang rakan yang lain, kami memang pegang tender buat planes yang ada. aku juga lukis elevations dan sections yang penuh dengan planes yang agak memeningkan kepala; ya, penuh dengan planes-planes. hehe. banyak tahu. nak lekatnya dah la susah. kalau part-part yang lain tu tak buatlah sebab group work, jadi tugas dah dibahagikan sama rata. alhamdulillah, tadi dah pun present. biarlah ok atau tak, janji dah lepas.

please enjoy gambar representative model bridge dan keterujaan aku ni!
*gambar presentation board tak sempat nak ambil tadi. dah kena submit.

ececeh. lekat jangan tak lekat. susah tau, you all!
diapit dua jejaka tampan dan tersenyum girang setelah melihat kesemua planes itu berjaya dinaikkan.
yang ni pulak tengah memperbetulkan kedudukan railing pemegang dekat bridge.
hohoho. ce teka ni siapa?
sengaja diperbesarkan gambar ni. lihatlah happy face ini. hahaha. *muka happy bajet tak ada problem*
tadaaaa! inilah concrete bridge yang diilhamkan daripada konsep 'dahan'

Tuesday, November 15, 2011

pemahaman yang bertambah

sekadar gambar hiasan. ihsan google.


dulu masa first year, first sem, lecturer ada kata....
"perspective ni killer drawing tau!"

aku pun memahaminya dengan memikirkan..
"memang killer nak draw perspective ni. susah nak mati."

***


tapi bila dah masuk second year, lecturer ada ulang lagi ayat tu.
"perspective ni killer drawing awak. biar orang terpegun!"

kali ini barulah faham rupanya, killer drawing tu maknanya lukisan mahal yang akan jadi paling mempesonakan dan paling hebat diantara lukisan-lukisan yang lain.


yeay. pengetahuan telah bertambah 0.0000123 merit.

Tuesday, October 18, 2011

Crit 1!

aku tak ada boyfriend/pakwe/teman lelaki, so blog ni lah yang jadi boyfriend aku. sukati la nak cerita apa. huehuehue. alhamdulillah, semalam crit1 pun dah berlalu. seronok! meh tengok gegambor, cuci mata kejap.

kat lantai hostel. oh biasalah macam tongkang pecah. yang gabus putih tu conceptual model aku.


butter papers crit dengan conceptual painting. wohho. colourful kan kan. ada orang kata dia dah boleh tau tu painting aku sebab tengok warna dengan stroke dia. heh.
dari kiri: ar hazrin halimi dengan yang tengah tu, senior fifth year, hazim azami. mereka menjadi panel pengkritik dan memberi markah. masa ni tengah cerita pasal painting kot.
sotong perempuan yang sedang present. dia pakai jubah hitam pasal dia nak nampak tak serabut dengan warna warni. hihihi.

aku tak tahu kenapa, tapi semester ni aku rasa bersemangat sangat. kalau time presentation tu, aku rasa nak cakap banyak-banyak. sampai kena stop dengan panel sebab aku banyak cakap. lol.

but for me, dalam banyak-banyak crit aku, ni lah crit paling best kot setakat ni. mungkin aku tak takut kot, sebab bila aku takut, selalunya ayat apa yang aku nak cakap tu takkan terkeluar, lepas tu aku macam nak presentation cepat-cepatlah habis. dapat panel best, maka crit tu best. dan sebab lain aku kata best, ialah aku dapat guidance macam mana nak teruskan design. semester ni rasa lebih sistematik. so lepas-lepas ni dah tahulah macam mana nak buat design proses yang sebenar. dulu pakai tibai je semua benda. -.-

komen panel: aku kena cerita lebih lagi pasal konsep tu, sebab konsep tu benda penting dalam design, konseplah yang akan guide design kita sampai akhir nanti. lepas tu, kena banyak research lagi pasal precedent studies. huehue. mana taknya, aku buat benda tu last minute gila-gila. pagi presentation baru nak print dan cari kat internet. pagi subuh baru tulis. salah sendirilah. precedent studies tu bukan takat cakap pasal material dengan organization dia je, tapi kena ceritalah semua. apa typology dia, apa dia punya approach, camana susun space inside, outside. camana dia display dan banyak la lagi. then... aku kena tunjukkan dekat board apa yang aku dah synthesis tu dekat site planning and zoning tu. macam kalau yang dah demolish tu, demolish terus. tak perlu tunjuk lagi. huehue. tunjuk la juga jalan baru yang aku proposed tu. lepas tu ar hazrin ada cakap, kan aku punya konsep duality, dia suruh aku fikir macam mana nak kasi bangunan aku tu memang kalau tengok betul-betul menggambarkan duality. sebabnya mungkin tak nampak sangat gaps diantara dua bangunan yang aku buat tu kot, kecik sangat dia punya scale. lepas ni aku nak perlebar lagi garden courtyard tu. kasi lagi interesting dengan landscape.

semua tu komen membina untuk aku. takde kutukan pun.
dan aku suka crit yang macam ni sebab kadang-kadang ada crit yang agak ganas, bila panel dok psiko-psiko kita. cakap tak layak jadi akitek la, pemalas la, takde effort la. dan lagi tak suka kalau panel tu suruh kita cari salah kita sendiri, kaji sendiri apa salah kita. macam mana nak tau salah sendiri sedangkan takde orang nak bagitahu kita salah dan sebagainya. well, kita kan dalam learning proses. (tapi bukan semua lecturer lah ye. ramai je yang nice-nice belaka. heuheu). sebab mungkin lecturer tu sengaja nak psiko, tapi bukan tu caranya kot, sebab macam takde nurturing kat situ. bila kena psiko, balik bilik campak kertas, menangis bawah bantal. aku lagi suka belajar cara lembut, bukan cara dengan kata-kata kasar. syukur kali ni aku crit balik sambil gelak tawa. dengan rasa dalam hati, bila nak crit 2 ye? :)

boleh baca cerita ni kispen harapan
+
aku nak buat projek kecil, untuk diri sendiri: visual diaries.

Tuesday, October 11, 2011

kerja.

site analysis and synthesis board



site model



Friday, June 17, 2011

korek projek lama


hai kamu. ini khas untuk tontonan kamu, hannan sharina. ya. saia letak nama anda di sini. semoga gambar-gambar ini boleh memberi inspirasi kepada kamu untuk terus bersemangat mengharungi hidup sebagai pelajar architecture. yeah. sayang kamu dan yakin kamu boleh! be confident.


PROJECT 1
yang ini projek pertama (a), guna warna warni. tajuk projek ni design discovery.saiz a3
DESIGN DISCOVERY a


yang ini juga projek pertama, tapi (b). yang ni kena guna monochrome. atau polychrome. ikut suka. saiz a3.
DESIGN DISCOVERY b
 

PROJECT 2
yang ini pula dipanggil serial plane, dan konsep serial plane saia ialah "Symbiosis", diantara umang-umang dan buran. itu binatang jika mahu tahu, boleh cari google.
SERIAL PLANE


PROJECT 3
projek yang dipanggil tectonic model. diperbuat daripada kadbod yang berwarna-warni; merah, biru, kuning. maaf tidak ada gambar yang spesifik untuk projek ini, rujuk portfolio di bawah.


PROJECT 4
ini adalah projek terakhir dan membawa carry mark yang banyak. nama projek ialah voyage. kena buat space yang ada mood di dalamnya. nanti kamu akan ada precedent studies. maka berjalanlah kamu didalam kumpulan. seronok!

VOYAGE/MOOD MODEL



PORTFOLIO(S)
yang ini adalah portfolio dimana kesemua pelajar dikehendaki display segala kerja untuk dinilai di akhir semester. portfolio ada markah, 10%. kalau lecturer tak puas hati dgn markah, dia akan panggil student utk sesi soal jawab.ada yang kena represent projek. saat ni la yang paling ditakuti, but, relaks la. kena soal jawab dgn malaikat mungkar nakir lagi 1M kali ganda takut. hihi~

PORTFOLIO GC 2nd sem


PORTFOLIO ED



yeah, hopefully you will enjoy learning architecture :)

Wednesday, June 15, 2011

cad 2D

ini adalah kerja cad 2D yang aku baru belajar semester pendek ni. aku adalah pengguna cad yang baru. baru belajar semuanya. saya masih noob. inilah lukisan yang baru belajar tu...


latihan pertama--plan of guard house

plan of the simple guard house



dan yang kedua, ini adalah assignment untuk final project.
floor plan and roof plan

front elevation and rear elevation

right elevation and left elevation


ya. warna lukisan ni memang 'pelangi' sedikit kerana menggunakan layer yang berbeza. baiklah, esok di kelas aku akan belajar photoshop pula. jadi lukisan ini akan menjadi hitam putih dan mempunyai lineweight tersendiri. selepas itu barulah lukisan ni dicomposekan dalam layout masing-masing mengikut kreativiti. nanti dah siap photoshop aku letak dalam blog. setakat ini dulu ya...