Saturday, January 14, 2012

piano lesson!

hello peeps!

kali ni nak bercerita tentang kegilaan yang muncul semula setelah agak lama meninggalkan kegilaan ni. iaitu PIANO! yeah. sekarang kan dunia dah serba maju. tak ada piano sendiri pun dah boleh main dekat dunia maya ni. berbekalkan set komputer dan internet, maka anda dah boleh main piano, secara percuma!

mesti korang terfikir apa sebenarnya yang dibebelkan ni? okeylah. kali ni nak memperkenalkan sebuah application dekat internet, yang dipanggil Virtual Piano. apa dia ni? Virtual Piano adalah application yang mana bila anda pergi ke link http://www.virtualpiano.net/, maka akan terpaparlah di skrin, satu papan piano virtual yang anda boleh main menggunakan keyboard atau mouse. menarik bukan!




dekat butang-butang tu, jika anda klik, anda boleh dapat tukar warna piano, rekod key yang anda main, contoh-contoh lagu yang boleh dipraktik, ataupun hidupkan huruf pada papan kekunci piano. jadi senanglah anda nak buat rujukan.

ini contoh di youtube yang mereka main dengan pakarrrnyaaa....

titanic, my heart will go on-celine dion


adele-rolling in the deep


kalau korang nak connected dengan group virtual piano ni, maka bolehlah join mereka di facebook group mereka, https://www.facebook.com/groups/virtualpiano/. kat group ni ada banyak tips untuk lagu-lagu dan key nya. ramai yang join group tu. so sambil-sambil tu boleh belajar benda baru sambil seronok-seronok berpiano. hehe.

okaylah. semoga waktu cuti diisi dengan perkara bermanfaat. selamat mencuba!

2 comments: