Thursday, November 28, 2013

#dearmama

Mama,

Maafkan kakak sebab kakak selalu tak ada dekat rumah bersama mama. Kakak rasa seperti kakak ni anak yang tak baik. Apapun, kakak tak mahu mama risau dengan kakak. Kakak janji, kakak takkan susahkan mama lagi lepas ni. Jangan risau mama, kakak dah besar, kakak tahu yang mana baik dan buruk. Terima kasih mama sebab banyak bantu kakak selama 23 tahun kakak hidup di dunia ni. Kakak sayang mama sangat-sangat. Tiada siapa dalam dunia ni dapat menandingi mama yang sangat awesome!

Tak sangka, kejap je pejam celik, umur kakak dah hampir sepertiga hayat. Itu pun kalau umur kakak masih panjang macam umur Nabi kita. Mama, kakak teringin nak beritahu mama yang kakak sekarang dah jumpa seseorang yang bermakna untuk diri kakak. Kakak mahu sangat ceritakan pada mama tentang dia, tapi kakak terlalu takut untuk ceritakan sebab kakak tengok, mama macam tak berminat je. Sebab tu kakak hold dulu cerita itu pada mama. Sebab kakak pengecut.

Dulu kan, sejak kakak tingkatan satu, mama selalu cakap pada kakak yang tak perlu bercinta ketika bersekolah. Tapi kakak degil juga. Masa zaman sekolah, sekali saja kakak ada pakwe. Tapi betul lah kata mama, bercinta zaman sekolah ni tak berbaloi sangat pun. Lepas habis sekolah, kakak bercinta balik. Kakak ingat itulah cinta terakhir kakak. Tapi tak ada jodoh dengan dia....dan kalau mama nak tahu, itu pengalaman paling pahit kakak dalam bercinta. Kakak pendam terlalu banyak benda, tak pernah nak ceritakan pada mama. Setelah dua tahun, akhirnya kakak buka semula hati kakak untuk belajar menyayangi. Semua berlaku dengan cepat. Kakak rasa dialah yang akan menemani kakak sampai ke akhirnya sebab kakak tahu, dia sangat sayangkan kakak.

Maafkan kakak untuk tidak memberitahu lebih awal pada mama masa kakak nak pergi Terengganu tempoh hari, dan hanya memaklumkan pada mama tiga jam sebelum berangkat. Bukan apa, kakak tak mahu mama risaukan kakak, sebab yalah kan, masa tu kakak baru je balik dari Jakarta, mana lah kakak ada duit kan. Lepas tu pula kakak pergi Terengganu bersama kawan-kawan je. Tak pernah lagi kakak pergi sejauh itu naik kereta bersama kawan. Sebenarnya, tujuan utama kakak ke sana ialah nak bertemu dengan mak dan ayah Fakhruddin. Oh ya mama, nama lelaki 'bermakna untuk kakak' tadi tu Ahmad Fakhruddin. Mama, ini pertama kali seorang lelaki muncul dalam hidup kakak dan dia kelihatan sangat serius dengan kakak.

Sebelum ni dengan ex kakak pun, dia tak pernah pun nak perkenalkan pada mak ayah dia. Mama nak tahu tak, masa jumpa mak dan ayah Kudin, kakak rasa berdebar sangat....., dan kakak rasa kan, kakak betul-betul mahu serius kali ini. Mak, ayah dan famili Kudin baik sangat pada kakak. Kakak rasa dah tiba masanya untuk kakak buat keputusan untuk hidup kakak. Kakak mahu jadi pendamping hidupnya. Menjadi teman susah dan senang untuknya. Berkongsi pahit manis bersama.

Tapi tu lah kan mama, kakak ni pengecut. Susah betul nak berterus terang dengan mama. Kakak teringat kata mama, yang mama nak kakak kahwin bila dah stabil, punya kereta, rumah, kerjaya yang stabil. Kakak akui semua tu penting pada zaman serba duit ni. Tapi kan mama, kakak sebenarnya dah fikir lama benda ni, yang kakak nak berhenti buat dosa. Terus terang, Kakak tak nak la keluar dengan dia lama-lama, sebab kalau boleh bila kakak rasa rindu, sayang dan cinta padanya, tidaklah kakak buat dosa, tapi dapat pahala.

Masa convo kakak haritu, sebenarnya kakak sedih sangat ayah tak dapat balik untuk teman mama dalam dewan sama-sama. Malam sebelum convo tu kan, kakak menangis banyak sangat. Sebab kakak terkilan. Tapi mujur ada Kudin yang tenangkan kakak masa tu. Kakak tak tahu nak kata macam mana, yang kakak boleh katakan, rasa sedih itu terlalu dahsyat sampai kakak menangis dalam Econsave masa beli barang. Apa yang buat kakak rasa lega masa tu, Kudin cakap dia mahu jadi seperti pengganti ayah. Bila kakak susah, perlukan bantuan, Kudin akan berada bersama kakak, menjaga kakak. Sebab dia sayang kakak.

Akhirnya, setelah percubaan hampir tiga bulan usaha kakak nak mempertemukan mama dengan Kudin berjaya bila Kudin menjadi driver kita bertiga pada hari convo tu. Mula-mula rasa berdebar sangat. Tapi mujurlah semuanya okay, dan masa dalam perjalanan ke UIA, kakak sengaja pasang cd Pushpapura kuat-kuat sebab konon nak cover rasa nervous. Masa dekat UIA pun, kakak rasa kekok. Semuanya terasa okay sangat, tapi itulah, Kudin memang ada tabiat membawa kereta dengan sedikit rakus pergerakkannya, kesian Aishah sampai pening. Maklumlah orang muda.

Akhirnya mama dah kenal siapa dia orang yang kakak cintai. Kakak harap mama okay dengan Kudin. Kakak nak lakukan macam-macam benda dalam dunia ni dengan dia. Mama, Kudin pandai memasak, dan dia minat memasak. Kakak akui taste dia dalam memasak jauh lebih hebat dari kakak. Kakak seronok sangat masa kakak berniaga dekat rumah PENA haritu. Walaupun sekadar jual nasi lemak, Shepherd Pie dengan karipap pusing, kakak happy sebab dapat juga pengalaman memasak dan menjual. Lagi best bila pelanggan bagi feedback dekat kami yang makanan tu sedap. Serious mama. Kalaulah ada rezeki, bila kakak dah punya wang, dan masa tu dah berkahwin, kakak nak sangat buka mini cafe bersama Kudin. Itu impian kakak. Kakak nak belajar memasak, dan kakak suka menjadi tukang masak untuk semua. :)



Mama, boleh mama perkenankan hubungan kami berdua supaya kami boleh melangkah lebih jauh daripada yang sekarang ni?