Friday, January 13, 2012

azam untuk waktu cuti semester.

sumber

 selamat bercuti semua kepada yang sedang menikmati cuti semester! sekarang giliran kita pula nak menikmati cuti, adik-adik di rumah pulak kena pergi sekolah. haha. sunyi juga la rumah bila depa semua pergi sekolah. bosan pun ada. cuti ni korang semua plan nak buat apa? aku dah plan lama dah benda ni. ada beberapa benda yang aku nak buat. dan moga plan ni berjalanlah. bukan sekadar kata-kata je. hehe.

pertamanya, aku nak cuba buat 10 kispen. rangka cerita tu dah ada, tapi belum start lagi nak menulis. senang cerita, aku nak perbaiki mutu penulisan aku yang dah nak berkarat. ye. maklumlah. masuk je uia dah tak pernah menulis. ada juga rasa rindu tu.

keduanya, aku nak ekstrakkan segala ilmu yang baru dipelajari secara mendalam pada minggu-minggu exam tu ke dalam Pseudosains. lama benar tak menulis kat situ. rasanya adalah berbulan juga. -.-". tajuk yang akan ditulis tu maybe pasal building services, lighting, acoustics, sikit-sikit pasal benda lain juga. nak share apa yang aku tahu kat korang. muehehe.

ketiganya, nak pergi join aktiviti ZineSatuMalam. yang ni memang lama dah aku tinggal sejak sebulan nak final ritu. haritu depa-depa pergi bukit cerakah pun aku tak dapat nak ikut sebabnya time tu minggu exam. memang tak bolehlah kan... dalam hati ni rasa rugi gilaaaaa.... jeles sangat!

keempat, aku nak pergi belanja voucher buku tu. muehehe. tak sabar nak beli stationary. nak beli buku nota yang mahal. haha. lepas tu aku nak beli beberapa buku. pastu nak baca sepanjang cuti ni. oh tak sabar sangat..

kelima, aku nak perbaiki tahap kesihatan badan yang tak berapa nak sihat ni. nak potong rambut. nak pergi urut. err. lagi... haa, nak makan secara teratur. sepanjang duduk uia, pola pemakanan aku memang macam tak apa-apa je. ikut suka bila nak makan asal tak lapar. so dekat rumah ni bolehlah praktis makan secara seimbang. beberapa hari lepas, aku baru realize sebenarnya aku ada gastrik. hahaha! tu pun sebab lepas cuba makan ubat gastrik, terus hilang sakit perut dan heartburn tu. nama ubat tu Eviline Forte. ala-ala evil gitu.

oke la. taknak merapu dah. nak pergi bersiap, nak pergi midvalley. dah bertahun tak jejak kaki ke situ.
bye!

No comments:

Post a Comment