Monday, January 16, 2012

keluar berjalan-jalan

hello peeps!

tajuk tak stim kan? sekali lagi, aku pergi ke mid valley megamall ahad lepas untuk dating pula, padahal dah pergi jumaat lepas. eh. bukan exactly dating. lol. untuk jalan-jalan, dan satu sebab yang kuat adalah nak beli buku untuk dibaca pada waktu cuti ni. lama sebenarnya aku tak berjalan di shopping mall secara berdua-duaan. heh. ayat tak boleh blah. masa tunggu kawan sampai, aku berdiri jelah kat tepi eskalator tu. masa tu perasaan aku sangatlah bercampur-baur bila tengok orang dok dating, pegang tangan, dakap pinggang. mesra betullah! ada tu mula-mula dok bermanja masa tengah tunggu nak masuk panggung. bila nampak kerlingan aku yang tak henti-henti, akhirnya mereka berjarak sedikit. huehue. agaknya tulah orang single rasa bila tengok pasangan-pasangan ni bermesra. dulu mungkin aku tak sedar sebab berada dalam golongan begitu, sekarang aku faham. okay. janji pada diri sendiri takkan buat lagi dah!

seperti yang dijanjikan malam sebelumnya, maka tengoklah wayang cerita contraband. not bad dia punya plot cerita. menarik juga cerita bagaimana seorang suami yang dah lama bersara dari dunia penyeludupan nak selamatkan adik ipar dan keluarganya yang sedang diburu kerana dek kegagalan adik iparnya menyeludup dadah iaitu Andy. biasalah, selalunya dalam cerita thriller macam ni mesti ada orang ketiga yang jadi musuh dalam selimut. yang aku tak boleh tahan kejam tu, masa isteri kepada Chris Farraday tu hampir-hampir kena timbus dengan precast cement. peh. tu jelah yang kejam gila kot. yang lain tu biasalah. tak tahulah pasal apa viewer kena 18+. mungkin ada unsur dadah kot. apapun, sebenarnya jalan cerita dia aku dah boleh agak apa yang akan jadi pada penutupnya. sebab apa pun tatau.

lepas berwayang, pergi makan. okay. aku memang dah lama sungguh tak jejak Pizza Hut. sangat lama okayy. semenjak aku dah tak dating ni, mana ada nak makan-makan kat restoran. err. aku memang kedekut sedikit nak makan kat kedai mahal. hehe. perangai ni wujud semenjak aku dah tak dating. masa dating dulu-dulu, ada aku kisah kalau sekali keluar, pergi melantak sampai 3 restoran sekaligus? aku tak pernah lokek tang makan dulu. ah. cerita lama. so makanlah pizza yang ada udang goreng kat atas dia tu. mak aih. memang sedap gila beb. aku rasa macam nak order udang tu saja dok ratah. cuma pelik makan pizza dengan air 7up Revive. macam orang demam. hehe.

lepas tu pergi ke MPH again. oh. ahad lagi la ramai orang kan. tapi okaylah, nasib baik buku yang dipamerkan tu lebih tersusun daripada masa jumaat lepas. aku geram sebenarnya. dekat clearance sale tu, tak boleh guna voucher 1M kalau nak beli buku kat section tu. banyak novel-novel english kat situ yang murah-murah, ada yang sampai rm5 je. range harga dia dari rm3-20. masa tu aku nampak, siap ada orang borong, penuh bakul. ah. jeles betul tengok orang shopping buku ni. tak keterlaluan kalau aku kata, aku lebih cemburu tengok orang borong buku banyak-banyak daripada orang borong baju dan kasut banyak-banyak. okay. kalau nak kasi hadiah birthday terbaik kat aku, sila hadiahkan buku. #demand

inilah dia buku-buku yang dibeli.


sekian melaporkan. KALAU rajin, nanti aku review buku-buku ni. hehe. bye.

15 comments:

  1. sama lah kita. Aku panas hati betul tengok orang beli buku pakai troli. hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku usulkan untuk beli Antalogi Karya Sasterawan 2011, Republik Kutu, dan Namaku Epal Kuning.

    Mungkin sebab aku lebih sukakan gaya bebas dan kurang saduran islamis, aku tak pilih Faisal Tehrani melainkan karya gelapnya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih luc. eh, mana nak cari buku-buku yang disebutkan diatas tu ye? lebih-lebih lagi yang Antologi Karya Sasterawan 2011 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat gerak budaya, tau dak?

      Delete
    2. gerak budaya tu kedai buku ye? atau publisher? tengok kat sini.

      http://www.gerakbudaya.com/

      Delete
    3. yup, dia kedai buku, patutnya ada tapak, hari tu dia buat new year sale kat ada alamat dia mention tu.

      Delete
    4. thanks luc, aku tahu ceruk tempat tu tapi tak sangka pulak dekat area situ2 je. dekat je dgn uia lama aku dulu. maknanya kalau aku turun pj, just turun kat ppum. terima kasih info ni. :)

      Delete
    5. Lagi satu,

      buku yang aku galakkan kau beli, Malaysia-Lah (Himpunan Analisa Terpilih Kaki Lepak)

      Tak rugi kau beli. Aku beli dari GB gak.

      Delete
    6. muahaha. thanks. kau mind nak sebut harga buku2 diatas tak? :D

      Delete
  4. Antologi Sasterawan rm35 kot,
    Republik Kutu rm20,
    Namaku Epal Kuning tu rm30 kalau tak silap,
    Malaysia-Lah rm 22.

    ReplyDelete
    Replies
    1. again, thanks. simpan duit. kalau ada suggestion, bgtahu lah. aku suka antologi daripada novel panjang2. heee..

      Delete
    2. Sama lah, aku lebih sukakan antalogi.

      Delete