Saturday, May 7, 2011

projek tak seberapa

semalam aku baru je siap buat compilation untuk accreditation untuk kulliyyah of architecture uia. heh. tahu tak betapa malasnya semua orang nak buat benda tu sebabnya dah lah kacau waktu cuti untuk bermanja2 dengan diri dan family, pastu requirement gedik suruh scan drawing lak. bayangkan la kalau sekeping....

a1 scan sekeping rm20 = maknanya kalau aku ada 5 boards = rm100
a0 scan sekeping rm30 = maknanya kalau aku ada 3 boards = rm90
so, total up for both is rm190!!

gila hape nak perabis duit sampai rm190 semata-mata untuk scan??

haha. so aku pun telah bermalam selama 5 hari 4 malam di rumah kawan aku ni untuk buat benda accreditation ni bersama. aku just capture gambar je semua board tu...  takde lah buat sepanjang 5 hari pun... jalan2 je yang lebih :P

ada sorang blogger tu tanya aku, apesal tak upload gambar projek2 yang ada kat facebook ke, blog ke.. nak juga tgk2 kan...hari ni hajat anda tertunai ok. first time letak ni.

okay, ni lah board aku untuk first n second semester untuk tahun pertama aku kat uia...



yang ni adalah first sem punya. kena buat children playground. aku guna konsep jurrasic age. mase mula2 aku pun blank juga nak design playground ni sebab aku kena design playground depan masijd uia. -.-
lecturer kata aku kena fikir design yang tak terlalu menyerupai dinosaur sebab akan mengundang sensitiviti orang ramai tentang "ape?? dinosaur depan masjid??" something like that laa...

 heh. yang ni sem dua baru2 ni punya... memang menguji kesabaran lah buat benda ni. nampak je senang... aku kena buat sebuah vacation home kat paddy field, terletak di Kampung Sungai Haji Dorani, sebelah gagau ikan Haji Yatim tu... berkonsepkan recollection. ape maksud tu google lah. heh. [mood malas/benci accreditation] kalau nak tau, bace sendiri kat board tuh. hahahaha.

okay. lain kali ada yang menarik tentang projek2 akan aku upload dalam blog ni. berlabelkan arkitektur okay!

Monday, May 2, 2011

terima kasih

terima kasih kerana kau sudi berkawan dengan aku.


terima kasih kerana kau telah banyak berusaha untuk mengenaliku.


terima kasih sebab bagi aku rasa pahit manis sebuah persahabatan.


terima kasih juga kerana kau berjaya buat aku menyedari hakikat sebuah kehidupan.


terima kasih kerana kini aku sudah dapat mengenali apa itu dosa dan pahala.


terima kasih kerana kau buat aku berpijak di bumi yang nyata.


terima kasih kerana tindakan kau menjadikan aku insan yang lebih kuat berbanding dahulu.


terima kasih kerana sekarang aku mulai mengerti apa itu perasaan malu.


terima kasih atas segala bantuanmu.


terima kasih yang tak terhingga atas segala pemberianmu.


terima kasih kerana selama ini kau terlalu berlembut denganku.


terima kasih kerana kau sanggup mendengar rungutanku.


terima kasih kerana kau banyak beralah demi melunaskan kehendakku.


terima kasih kerana sudi singgah dalam diari kehidupanku.


terima kasih kerana telah menjadi sumber inspirasiku.


terima kasih atas segala kata-kata janji yang meyakinkan aku.


terima kasih atas segala kenanganku bersamamu.


terima kasih kerana kau pernah menjadi teman setia untukku.


terima kasih kerana kau dah banyak menyedarkan aku.



* * *

ya,
kau akan ku tunggu.
kerana kau yang aku percaya.
semoga kau juga begitu.

Sunday, May 1, 2011

terlajak perahu

okay. aku bukan nak cakap pasal mendayung perahu, atau ape2 kenderaan air yang lain. mesti korang pernah dengar pepatah yg popular dalam satu rancangan kuiz tv3 yang bertajuk "Sempurnakan Harimu". haha. setiap kali yang bonus round dimana seorang antara mereka yang mendapat markah tertinggi dipilih untuk menjawab soalan teka gambar. kemudian si pengacara rancangan akan memberi warning terlebih dahulu, berbunyi "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata wang anda binasa." Dalam hal tersebut, jelaslah jika peserta itu tercakap apa2 perkataan lain maka lesaplah peluangnya untuk menang.

begitu jugalah dalam kehidupan kita. sangat berkaitan.

dalam hidup ni, wang bukanlah perkara utama yang akan dipertaruhkan jika kau terlepas kata tentang sesuatu. tapi ianya adalah soal perasaan individu itu sendiri. pernah tak kau membuat seseorang berkecil hati atas kerana kau tak berfikir dahulu sebelum berkata-kata? kadang-kadang even kau dah berfikir dahulu sebelum berkata itupun mampu membuat seseorang itu terasa, apatah lagi jika kau tak berfikir sebelum tu. okay. selepas ni aku akan kupaskan bagaimana kita boleh elakkan daripada kecilkan hati seseorang walaupun kita dah berfikir masak-masak apa yang kita nak cakap tu.


Perkara yang umumnya mampu buat seseorang terasa hati
selalunya orang akan berasa kecil hati jika apa yang dikatakan oleh individu itu adalah perkara yang peribadi untuknya. walaupun kau berterus-terang pada dia tentang sifat peribadinya dengan cara terbaik dan berhemah, sedikit sebanyak mesti akan rasa kecil hati walaupun sebesar kuman. bukan semua orang dapat menerima teguran. even jika pada mulutnya berkata "tak apa", itu bukan bermakna dia menerima semuanya dengan hati yg benar2 ikhlas.

Siapa yang mudah terasa hati?
selalunya orang yang senang terasa dengan kita bila seseorang itu dah mula rapat dgn kita. contohnya teman baik kita. bukanlah bermakna yang lain takkan terasa hati langsung kat kita. tapi mostly camtu lah (mengikut pemerhatian aku la). contoh hipotesis yang boleh aku nyatakan: semakin rapat kau berkawan dgn orang tu, semakin senang kau nak buat dia kecik hati. haha.

Bagaimana tak nak bagi timbul rasa kecil hati? 
so apa caranya? bukan senang sebenarnya. tapi aku yakin semua mampu buat step2 ni...
1. sebelum kau cakap tu, fikir dulu penerimaan dia tentang dia jika kau katakan hakikat tersebut.
2. kaji background dia. mana tahu dia tu pemalu yang amat ke, panas baran ke. 
3. tanya dia dulu, adakah dia sanggup mendengar luahan hati kau.
4. masa cakap tu gunakan ayat yang semanis mungkin walaupun kenyataan yang kau nak kata tu sepahit hempedu.
5. elakkan dia daripada bertanya banyak2 masa kau bercakap sebab mungkin kau akan lupa poin kau dan dia mungkin akan jadi emosional dan marah2 kau masa dia tanya tu.
6. jangan sekali-kali melibatkan nama orang lain masa bercakap tu. sebab dia akan rasa selama ni orang backstabbing dia senyap2.
6. lepas berterus terang dgn dia, jangan menghukum dia. tanya dia. apa penerimaan dia. suruh dia luahkan pendapat dia. kau kena dengar dengan sabar sepertimana dia sabar masa kau terus terang kat dia.

Penerimaan dan reaksi
reaksi setiap individu adalah berbeza2 pada setiap perkara. ada yang dapat terima sepenuhnya (selalunya sedikit bilangan golongan camni). ada yang dapat terima separuh2 je. ada yang tak dapat terima langsung (disebabkan ego yang terlalu banyak). okay. selalunya yang dapat terima separuh tu akan memberontak dgn diri dia. dia akan rasa kau tak patut kata dia macam tu dan tak adil. separuh dirinya juga mengiyakan. kalau dia dah start menerima, maka dia akan berubah kepada lebih baik. malah dia akan berterima kasih kat kau. tapi kalau orang yang tak dapat terima langsung, ini yang bahaya. mungkin juga dia akan menjauhkan diri daripada kau. dia akan mengata yang buruk2 pasal kau. to be truth, ni la yang paling sedih bila dia mula jadi lain disebabkan kata2 kita. 

aku bukanlah individu yang layak untuk kata selebihnya tentang hal ni sebab aku bukan arif sangat. tapi aku berpendapat yang penting untuk kita berterus terang dengan insan yang rapat dengan kita sebab kau mesti tak nak kan nanti akan datang kau bertengkar hal ni dan meletup segala-galanya. bila kau dah terus terang, kau akan lega. dia pun akan tahu isi hati kau. tapi aku akui ada sesetengah perkara kita kena simpan juga.

bila berterus terang, kita jujur dengan diri kita sendiri. kita tahu apa yang kita nak. memang tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Tapi dengan usaha, keberanian dan tindakan yang kau buat tu akan menjamin corak hidup kita di masa hadapan. yang penting kau kena bersikap positif, bila kita fikir benda yang baik-baik, maka hasilnya akan baik.

selamat mencuba!