Monday, May 2, 2011

terima kasih

terima kasih kerana kau sudi berkawan dengan aku.


terima kasih kerana kau telah banyak berusaha untuk mengenaliku.


terima kasih sebab bagi aku rasa pahit manis sebuah persahabatan.


terima kasih juga kerana kau berjaya buat aku menyedari hakikat sebuah kehidupan.


terima kasih kerana kini aku sudah dapat mengenali apa itu dosa dan pahala.


terima kasih kerana kau buat aku berpijak di bumi yang nyata.


terima kasih kerana tindakan kau menjadikan aku insan yang lebih kuat berbanding dahulu.


terima kasih kerana sekarang aku mulai mengerti apa itu perasaan malu.


terima kasih atas segala bantuanmu.


terima kasih yang tak terhingga atas segala pemberianmu.


terima kasih kerana selama ini kau terlalu berlembut denganku.


terima kasih kerana kau sanggup mendengar rungutanku.


terima kasih kerana kau banyak beralah demi melunaskan kehendakku.


terima kasih kerana sudi singgah dalam diari kehidupanku.


terima kasih kerana telah menjadi sumber inspirasiku.


terima kasih atas segala kata-kata janji yang meyakinkan aku.


terima kasih atas segala kenanganku bersamamu.


terima kasih kerana kau pernah menjadi teman setia untukku.


terima kasih kerana kau dah banyak menyedarkan aku.



* * *

ya,
kau akan ku tunggu.
kerana kau yang aku percaya.
semoga kau juga begitu.

No comments:

Post a Comment