Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

mari menjaga lidah!

tak usahlah kau menghakimi orang lain sewenang-wenangnya. jikalau pun kau nak menghakimkan dia, kau simpan hujah-hujah itu dalam benak kepala kau sendiri. kau tak perlu nak sebarkan pada orang lain sedangkan kau tak ada bukti kukuh dan kau tak tahu perkara sebenarnya. baru dengar cakap orang lain/khabar angin, dah senang-senang buat andaian sendiri. kalau kau nak menghakimi dia, kau kena tanya cerita pada tuan badannya sendiri. lepas tu, kau jadilah hakim pada tuan badan itu. tak perlu sebarkan pada orang lain. kemudian terus teranglah tentang apa yang kau tak suka pasal dia secara tertutup. hanya kau dan dia. kau tahu kenapa aku cakap begini? sebab dalam dunia ni ada macam-macam jenis orang. contohnya;

1. batu api
2. mulut tempayan
3. serkap jarang
4. mulut murai
5. bermuka dua
6. pembuka tembelang
7. telinga lintah

dan macam-macam lagilah jenis orang.

aku tak suka dengar cerita keburukan orang lain daripada bukan tuan badannya sendiri yang mengaku. kalau pun aku tahu dia macam tu, aku akan diamkan. aku tak suka nak sibuk hal orang. tapi tipulah juga kan kalau aku ni tak pernah nak sibuk hal orang. haa, cumanya aku akan sibuk kalau benda tu nampak jelas di mata. walaupun begitu, hal yang aku nilaikan sendiri tu takkan aku cerita pada orang lain. sebab bila aku sebarkan pada orang lain, tak pasal-pasal orang lain pun dah tahu keburukan dia, sedangkan selama ini orang menghormati dia.

baiklah, aku sedaya upaya meletakkan taraf yang sama untuk kita semua. kita masing-masing ada keburukan dan kebaikan. cuma kadang-kadang keburukan tentang kita yang tersebar itu mengaburi mata sesetengah pihak yang telahpun menganggap kita ini jahat. sedangkan keburukan itu sepatutnya tidak ada kena mengena pun dengan orang lain. hanya dia dan pihak tertentu. kenapa perlu libatkan orang lain untuk turut mengatakan dia jahat juga? kau mana tahu dia jahat? kau tak pernah dengar cerita dari mulut tuannya sendiri, sewenang-wenangnya kau membuat andaian dan sebarkan? oh, itu sangat tidak adil.

benda ni sebenarnya lumrah. tapi aku nak hentikan lumrah ini dalam masyarakat sekeliling aku. aku tak nak budaya mengata belakang ni terus-terusan jadi amalan harian. hari-hari kau makan melantak daging manusia. suka ke macam tu? tak kan... dan benda ni juga pernah jadi pada aku sebagai si penjahat tu. memang macam-macam manusia ni mengata aku. aku tahu memang aku pernah buat silap, tapi kesilapan tu kenapa kau tak cakap sendiri pada aku, tapi kau cakap kesilapan aku pada khalayak, sampai aku dipandang serong. memang nampak sangat kepala mereka serong tatkala memandang aku. acuh tak acuh. sedih tahu diperlakukan begitu.

kesimpulannya, jangan mengata orang. diam adalah cara terbaik. nak baiki kesilapan orang tu? cakap sendiri dengan dia. jangan cerita dekat orang lain. habis cerita.




*ini sebenarnya pasal diri aku sendiri. biar aku terkilan sorang-sorang.

Saturday, March 17, 2012

live the life to the fullest!

ah kemain kan aku, tajuk nak english padahal dalam entri bahasa melayu je. eceh. sebelum tu nak cakap, rasa dah lama jugalah tak menaip entri. yelah, sebab tengah live the life to the fullest, sampai lupa kewujudan blog picisan ni. ehehe. jadi kali ni saya mahu menceritakan bagaimana caranya saya untuk merasa live the life to the fullest.

maksud 'live the life to the fullest' ialah menjalani kehidupan harian yang sangat memberangsangkan dan menyeronokkan sehingga kau rasa tak sabar-sabar nak tunggu esok dan esok dan esok. ye kawan-kawan sekalian, kita sedia maklum yang kehidupan sebagai pelajar, atau secara spesifik lagi- pelajar arsitektur, kita memang sangat sibuk. sibuk bukan main kepalang. macam PM lah katakan.(hiperbola). kesibukan itu boleh menyebabkan kita merasakan yang kehidupan tak membenarkan kita bergembira sedikitpun. tahukah anda, sebenarnya itu cuma alasan je...

dicelah-celah kesibukan itu sebenarnya terdapat intipati yang boleh kau garap dan ambil kemanisannya.

situasi pertama:
hari tu masa site analysis and synthesis (27/2), memang rasa penat gila, hujung minggu terpaksa dikorbankan. hari jumaat tu tak boleh nak pergi frinjan. lepas tu dengan desakan kerja yang terlalu banyak, terasa seperti kau tak dapat nak berehat dan letih. tapi sebenarnya masa kau buat kerja-kerja tu, kau terasa tak satu perkara, dimana kau berkerja dalam satu kumpulan, kau dapat mengenali insan-insan lain dgn lebih dekat, yang mana sebelum ni kau nak tegur pun segan, nak duduk sebelah pun malu, padahal satu batch. kan kan? jadi dekat sinilah kau ambil peluang. macam aku, selama ni aku tak pernah berpeluang nak bersembang kencang dengan seorang kawan dari rantau afrika. nama dia Souad. dia perempuan, dari Djibouti. serius! dulu aku cuma dapat lihat dia, jeling-jeling jubah/abaya dia yang cantik gilaaaa, tapi kali ini aku dapat sembang gila-gila dengan dia. secara tak langsung skil komunikasi english aku bertambah baik. ya. aku dapat cakap english dengan lebih lancar berbanding sebelum ni. dan aku berjaya memberanikan diri untuk menjadi pembentang site analysis, yang aku kira, bahagian aku adalah bahagian terbesar, iaitu bahagian circulation, utilities dengan sensory. dulu, kalau nak pembentangan, aku mesti sorok muka. tetapi sekarang tidak. buat apa nak takut-takut? sebab aku mahu live the life to the fullest!


situasi kedua:
aku tak tahu ada pertandingan ni dekat mahallah sampailah kawan aku, anis memberitahu. aku rasa macam nak masuk, tapi rasa lack of confidence sebab semester lepas aku masuk, lepas tu kalah. hahaha. walaupun begitu, aku tetap suka mencuba benda-benda yang berkaitan dengan suara. ehehe. aku diberitahu pada awalnya, pertandingan 1/3, tapi tiba-tiba sejam sebelum pertandingan, rupanya 29/2. memang rasa lemah semangat. tapi sebab aku rasa ni lah peluang untuk aku untuk bersuka ria. dan aku masuk bukanlah nak menang sangat. rasa nak enjoy myself. yalah, baru lepas habis presentation site analysis. apa salahnya kan. malangnya masa aku nak menyanyi tu, rupanya takde lagu skyscraper-demi lovato dalam list karaoke. aku pun dengan gila-gilanya pilih lagu hurt-christina aguilera. haha. nasib baik la vokal takde nak terkucil-kucil. aku gembira. kenapa perlu stres kan diri, enjoy saja. dapat hamper, kita makan ramai-ramai. :)

situasi ketiga:
untuk pengetahuan semua, aku ni pasif dan tak pernah nak bersukan sama sekali. aku tak pernah masuk kokurikulum yang kena guna tenaga. (walaupun aku 5 tahun kelab badminton dekat sekolah tapi peraturan main pun tak penah ambil kisah. memang ignoran). jadi, aku pun accept challenge. aku main ni pun sebab ganti tempat orang lain. dia tarik diri. daripada membiarkan Archi kalah regu perempuan, tanpa wakil, baik aku masuk, ye dak? (walaupun main memang tah apa-apa, kalah sokmo =,="). rupanya bersukan ni best. tak pernah rasa, mana nak tahu. best dapat keluarkan peluh, dapat skil baru, dapat menguatkan otot. ecehh. memang tension juga bila fikirkan kerja yang tak siap-siap masa tu, lebih-lebih lagi working drawing. terasa macam aku dah ketinggalan progress dari orang lain. yelah, 3 hari aku terasa terbazir dengan tournament. tak sentuh langsung drawing. tapi rupanya aku salah. aku boleh je hantar sama-sama macam orang lain, dan complete. yang paling best, aku dapat momen manis masa main badminton. dapat kenal senior (yang sebelum ni tak pernah tahu kewujudan pun), dapat pingat pertama dalam hidup ni!! haha. gangsa pun okeylah. janji dapat sesuatu. buat apa nak tension kan, main, gembira, hidup. sekarang ni ketagih nak main bila ada waktu senggang. seriously!

***

rasanya cukuplah tiga situasi yang berlaku sepanjang hampir tiga minggu yang lalu yang sangat sibuk. kesimpulannya, tak ada alasan untuk kita kata tension dan rasa tak ada life. bila aku tutup fb haritu, terasa life aku diangkat semula. terasa juga nak tutup balik, tapi tunggu dulu. ada misi yang masih tak selesai.

ingat ye kawan-kawan (dan aku juga), jangan tension, dalam kesesakan hidup, rasa tak cukup 24 jam sehari, sebenarnya Allah dah aturkan segalanya untuk kita lalui di atas muka bumi ini sesempurna mungkin.

We have made the Night and the Day as two (of Our) Signs: the Sign of the Night have We obscured, while the Sign of the Day We have made to enlighten you; that ye may seek bounty from your Lord, and that ye may know the number and count of the years: all things have We explained in detail. - (Quran 17:12)

remember dear friends to live this life to the fullest! 

Sunday, May 1, 2011

terlajak perahu

okay. aku bukan nak cakap pasal mendayung perahu, atau ape2 kenderaan air yang lain. mesti korang pernah dengar pepatah yg popular dalam satu rancangan kuiz tv3 yang bertajuk "Sempurnakan Harimu". haha. setiap kali yang bonus round dimana seorang antara mereka yang mendapat markah tertinggi dipilih untuk menjawab soalan teka gambar. kemudian si pengacara rancangan akan memberi warning terlebih dahulu, berbunyi "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata wang anda binasa." Dalam hal tersebut, jelaslah jika peserta itu tercakap apa2 perkataan lain maka lesaplah peluangnya untuk menang.

begitu jugalah dalam kehidupan kita. sangat berkaitan.

dalam hidup ni, wang bukanlah perkara utama yang akan dipertaruhkan jika kau terlepas kata tentang sesuatu. tapi ianya adalah soal perasaan individu itu sendiri. pernah tak kau membuat seseorang berkecil hati atas kerana kau tak berfikir dahulu sebelum berkata-kata? kadang-kadang even kau dah berfikir dahulu sebelum berkata itupun mampu membuat seseorang itu terasa, apatah lagi jika kau tak berfikir sebelum tu. okay. selepas ni aku akan kupaskan bagaimana kita boleh elakkan daripada kecilkan hati seseorang walaupun kita dah berfikir masak-masak apa yang kita nak cakap tu.


Perkara yang umumnya mampu buat seseorang terasa hati
selalunya orang akan berasa kecil hati jika apa yang dikatakan oleh individu itu adalah perkara yang peribadi untuknya. walaupun kau berterus-terang pada dia tentang sifat peribadinya dengan cara terbaik dan berhemah, sedikit sebanyak mesti akan rasa kecil hati walaupun sebesar kuman. bukan semua orang dapat menerima teguran. even jika pada mulutnya berkata "tak apa", itu bukan bermakna dia menerima semuanya dengan hati yg benar2 ikhlas.

Siapa yang mudah terasa hati?
selalunya orang yang senang terasa dengan kita bila seseorang itu dah mula rapat dgn kita. contohnya teman baik kita. bukanlah bermakna yang lain takkan terasa hati langsung kat kita. tapi mostly camtu lah (mengikut pemerhatian aku la). contoh hipotesis yang boleh aku nyatakan: semakin rapat kau berkawan dgn orang tu, semakin senang kau nak buat dia kecik hati. haha.

Bagaimana tak nak bagi timbul rasa kecil hati? 
so apa caranya? bukan senang sebenarnya. tapi aku yakin semua mampu buat step2 ni...
1. sebelum kau cakap tu, fikir dulu penerimaan dia tentang dia jika kau katakan hakikat tersebut.
2. kaji background dia. mana tahu dia tu pemalu yang amat ke, panas baran ke. 
3. tanya dia dulu, adakah dia sanggup mendengar luahan hati kau.
4. masa cakap tu gunakan ayat yang semanis mungkin walaupun kenyataan yang kau nak kata tu sepahit hempedu.
5. elakkan dia daripada bertanya banyak2 masa kau bercakap sebab mungkin kau akan lupa poin kau dan dia mungkin akan jadi emosional dan marah2 kau masa dia tanya tu.
6. jangan sekali-kali melibatkan nama orang lain masa bercakap tu. sebab dia akan rasa selama ni orang backstabbing dia senyap2.
6. lepas berterus terang dgn dia, jangan menghukum dia. tanya dia. apa penerimaan dia. suruh dia luahkan pendapat dia. kau kena dengar dengan sabar sepertimana dia sabar masa kau terus terang kat dia.

Penerimaan dan reaksi
reaksi setiap individu adalah berbeza2 pada setiap perkara. ada yang dapat terima sepenuhnya (selalunya sedikit bilangan golongan camni). ada yang dapat terima separuh2 je. ada yang tak dapat terima langsung (disebabkan ego yang terlalu banyak). okay. selalunya yang dapat terima separuh tu akan memberontak dgn diri dia. dia akan rasa kau tak patut kata dia macam tu dan tak adil. separuh dirinya juga mengiyakan. kalau dia dah start menerima, maka dia akan berubah kepada lebih baik. malah dia akan berterima kasih kat kau. tapi kalau orang yang tak dapat terima langsung, ini yang bahaya. mungkin juga dia akan menjauhkan diri daripada kau. dia akan mengata yang buruk2 pasal kau. to be truth, ni la yang paling sedih bila dia mula jadi lain disebabkan kata2 kita. 

aku bukanlah individu yang layak untuk kata selebihnya tentang hal ni sebab aku bukan arif sangat. tapi aku berpendapat yang penting untuk kita berterus terang dengan insan yang rapat dengan kita sebab kau mesti tak nak kan nanti akan datang kau bertengkar hal ni dan meletup segala-galanya. bila kau dah terus terang, kau akan lega. dia pun akan tahu isi hati kau. tapi aku akui ada sesetengah perkara kita kena simpan juga.

bila berterus terang, kita jujur dengan diri kita sendiri. kita tahu apa yang kita nak. memang tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Tapi dengan usaha, keberanian dan tindakan yang kau buat tu akan menjamin corak hidup kita di masa hadapan. yang penting kau kena bersikap positif, bila kita fikir benda yang baik-baik, maka hasilnya akan baik.

selamat mencuba!