Tuesday, February 28, 2012

 pernah dengar kan ayat common ni:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
eh, ni bukan ayat common atau ayat dari mulut ke mulut je, ni sebenarnya maksud dari firman Allah yang kau boleh cari dalam surah an-Nur, ayat 26.

ayat tu sebenarnya membuatkan aku termenung seketika. kerana aku terfikir jauh-jauh, adakah perempuan yang kurang baik macam aku ni takkan dapat lelaki yang baik-baik untuk menjadi pemimpin aku suatu hari nanti?

kerana aku orang yang bukanlah baik sangat, sebab tu aku tak mahu menaruh cita-cita tinggi melangit untuk memiliki seorang lelaki yang baik. apa maksudnya baik itu? tafsiran aku mudah sahaja. lelaki baik itu bermaksud dia adalah seorang yang menjaga hal ehwal agamanya dalam seluruh perincian kehidupannya. amat mudah pengertian tu, tapi jika kita kaji dalam-dalam, maksud yang dinyatakan tadi tu sebenarnya amat luas, kerana untuk menjadikan agama sebagai landasan sebenar kehidupan ini, perlukan satu perkara yang dinamakan istiqamah. hari-hari kena buat. hari-hari kena jadi lebih baik. susah tu, tapi tak mustahil kan.

ya. lelaki seperti itu bagaikan tak layak untuk aku, tapi aku mahu dia yang seperti itu.

kerana; aku mahu jadi lebih baik. aku mahu dia bawa aku ke jalan yang diredhai. contohnya lah kan, mungkinlah selama ini aku tak sedar yang hidup aku bukan berpaksikan Tuhan semata-mata, tapi sebab seseorang sepertinya, maka boleh mengajak dan mengingatkan aku membuat kebaikan dan perubahan secara perlahan-lahan. mengingati-Nya. buat aku merindui-Nya. itu yang aku mahu.


kenapa tiba-tiba aku nak sebut pasal ni? sebabnya aku rasa loser gila. hmm.

Sunday, February 12, 2012

Ghostheart dan aku.

minggu lepas, setelah penat merayap dan bersakan-sakan dalam PWTC bersama nadia, kami pun bergegas menyeberang ke The Mall untuk bersantai dan mengisi tembolok yang aku rasa meronta-ronta minta makanan. maklumlah, keluar pun tak bersarapan. sebelum mencari kedai makan, kami berjalan lagi. window shopping. The Mall tu, bagi aku adalah tempat yang mati dan sunyi. rasa kesian juga dengan pemilik-pemilik kedai dalam tu, hanya mampu duduk menunggu pelanggan. masa aku melewati satu deret kedai yang menjual baju-baju, pekedai tu beriya-iya memujuk kami untuk masuk ke kedainya. katanya, "tak beli pun tak apa, masuk tengok-tengok je." aku memang tak punya bajet untuk membeli-belah selain buku ketika itu, maaf kak, maaf amoi. kalaupun kedai itu dibuka sepanjang hari, belum tentu 5 customers akan datang membeli. aku rasalah. emm. kasihan.

sedang berjalan tu, tiba-tiba ternampak sebuah kedai buku yang terlindung oleh eskalator. mulanya aku tak mahu pun berjalan ke belakang tu, tapi disebabkan itu adalah kedai buku, maka apa salahnya kalau kami rajinkan jalan sedikit. kedai buku itu lapang. besar ruangannya. masuk sahaja kedai kau akan nampak hamparan buku-buku fiksi inggeris yang banyak. seperti biasalah, kalau aku nak tengok buku, mesti aku akan berpaling pada kulit belakang untuk lihat sinopsis dan periksa harga. yelah, student tak bergaji macam aku kenalah survey harga. beli yang mampu je.

sedang asyik meneliti buku-buku dekat situ, aku tiba-tiba tertarik dengan buku yang berjudul Ghostheart, R.J Ellory [link]. aku tertarik dengan ayat ni...

"Annie O' Neill observes life from her second-hand bookstore in Manhattan. She is 30, single, and tired of the quiet anonymity of her life."

itu je sebab aku terus beli buku tu dengan tidak berfikir panjang. harga novel dekat kedai buku tu semua banyak yang murah. aku dapat buku ni dengan harga RM 12 sahaja. murahkan? rasanya lepas ni aku akan datang The Mall lagi bila ada kelapangan. oh, tapi untuk ke kedai buku tu sahaja.


Tentang Ghostheart dan pandangan dari aku.


mula-mula kau baca cerita ni, kau akan rasa bosan gila sebab dia cerita tentang Annie dan kehidupannya yang sangatlah terasing. macam dalam dunia dia je. diceritakan tentang kesukaannya, tentang orang sekeliling yang rapat dengannya, tentang kedai buku yang diwariskan menjadi miliknya, tentang jirannya, tentang emaknya dan ayahnya (sangat sedikit tentang ayahnya yang dia tahu sebab sepanjang perjalanan pembacaan dalam buku ni adalah untuk membongkar siapa ayahnya).

cerita ini takkan menarik kalau tak wujud watak Jack Sullivan. Sullivan adalah jiran Annie yang berusia lewat 50-an yang sangatlah pemabuk dan berterus terang. hubungan Annie dengan Sullivan bagaikan anak-ayah. Sullivan selalu ke rumah Annie untuk sarapan, dan kadang-kadang untuk bercerita, bersembang. Sullivan ni bolehlah dikatakan pendengar setia dan kaunselor untuk Annie.

kemudian datang seorang lelaki misteri bernama Forrester. Forrester ni orang tua yang mengakui yang dia kenal siapa ayah kepada Annie. Forrester akan datang sekali minggu untuk memberi manuskrip cerita yang ditulis ayahnya. lepas tu, kau akan dapati yang dalam cerita ni ada rentetan cerita lain. yelah, manuskrip cerita yang Forrester bagi tulah. cerita tu macam link atau petunjuk untuk Annie mengetahui siapa ayah dia. aku banyak skip cerita manuskrip tu. bagi akulah, sepatutnya editor buku ni buat font lain untuk setiap cerita manuskrip tu. aku mula-mula pening juga, yelah, tetiba kenapa cerita orang lain pulak. kalau buat font berbeza senanglah nak distinguish antara cerita asal dengan 'cerita-dalam-cerita' tu.

oh ye, tiba-tiba muncul watak David Quinn yang kononnya seorang pencinta buku. Annie dan David kemudiannya menjadi rapat dan mereka seolah-olah bercinta, walhal masing-masing tidak pernah mengucapkannya. bagi Annie, cinta tak perlu nak disebutkan. pengalaman dia yang lepas membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bercinta. tapi kali ini Annie terasa dirinya tewas dengan David. lama kelamaan dia semakin jatuh hati dan  mereka pun ....... oh. masa baca part tu dalam buku aku terasa blushing. ergh. kemudian beberapa hari lepas tu, secara tiba-tiba David kata yang semua tu kesilapan dan goodbye.

memang kesian Annie. okay, dalam hal ni aku terasa macam terasa.

aku cuba memahami Annie sebagai perempuan yang kasihan. yang asyik gagal dalam hubungan, yang sangat loner. aku letakkan diri aku dalam situasi tu. andainya suatu hari nanti aku dah hampir mencecah umur 30, dan aku masih tak punya lelaki untuk disayangi, agaknya mungkin aku boleh jadi macam Annie. ni aku cakap dari sudut perempuan sikitlah. ehe. perempuan ni bila makin meningkat umur, mungkin kita akan rasa kecantikan yang ada pada kita tu semakin menghilang, dan kita akan jadi lebih sensitif dengan fizikal. mungkin juga sebab kita beranggapan rupa kita yang semakin kurang menarik tu punca kenapa tak ada lelaki yang sukakan kita. dan macam-macam lagi. lepas tu kita akan rasa lebih baik membujang daripada dapat lelaki yang tak guna. dan mungkin kita akan bersedia untuk hidup membujang selamanya, tapi dalam hati kita taknak semua tu sebab kita nak sekurang-kurangnya ada manusia yang akan mengetahui kewujudan kita untuk disayangi dan dikenang bila mati. termelankolik pulak.

aku banyak cakap 'mungkin' sebab aku tak sampai tahap umur tu lagi. agak-agak je.

terlajak pulak. pengakhiran cerita ni, Annie dah tahu siapa ayah kandung dia yang sebenar. dan kebenaran tentang ayahnya yang agak mengejutkan. dan siapa David Quinn yang sebenar dan tentang segalanya, masa lampaunya.

jujurnya buku ni bolehlah dikatakan sederhana. penulis pandai mengolah watak Annie sebagai seorang foreveralone. aku cuma appreciate part-part dimana Annie menghadapi konflik dengan dirinya tentang masalah-masalah yang dia hadapi. oh lupa! dan juga part Annie bersama jirannya, Sullivan. terasa macam sebenarnya dunia ni sebenarnya ramai loner dan mereka inginkan perhatian dari seseorang yang kita percayai, dan perasaan protected. kita perlukan teman untuk berbicara, untuk meluahkan, tapi bukan semua orang boleh kita sandarkan untuk menjadi seseorang seperti sedemikian, ye dak?





.



Wednesday, February 1, 2012

pencarian buku baru

sejak akhir-akhir ni, aku rajin lah juga menggodek goodreads [link]. kepada sesiapa yang tak pernah godek goodreads ni, bolehlah pergi sign up untuk ada akaun anda sendiri. kat sana ada banyak benefit untuk sesiapa yang boleh digelar sebagai ulat buku. antaranya, boleh lihat recommendation, review buku, dan juga boleh cari kawan! kat sana korang boleh kasi rating buku-buku yang korang pernah baca dan boleh kongsi review dengan ahli-ahli yang lain. terima kasih luciper sebab war-warkan tentang goodreads.

goodreads juga tempat yang ideal untuk kita godek sebelum kita pergi beli buku yang kita cari tu untuk mengelakkan sesalan dan pembaziran wang. kita boleh komen review orang juga. boleh berdebat tentang ideologi penulis buku tu dan sebagainya. aku pun boleh dikira baru jugalah ada akaun goodreads ni, dan selalu jugalah aku baca komen orang. aku tak pernah pula lagi komen. hehe.

cakap pasal passion aku tentang buku, memang aku suka baca buku. dulu masa sekolah rendah selalu aku akan mengambil peluang bila ada pertandingan nilam. sekolah menengah slow sikit. ya, disebabkan masa dan tanggungjawab dan duit, aku ketepikan jugalah hobi ni. dulu-dulu masa di zaman foundation, selalu aku pergi shopping buku. yelah, duit banyak, masa pun banyak. tapi semenjak dah bermaharajalela dengan projek archi ni, aku tinggalkan.

kalau nak tanya jenis buku apa yang aku suka baca, dulu aku suka baca novel english yang ke arah perempuan (macam chic lit), motivational dan jenis antologi. baru-baru ni semenjak terdedah dengan dunia penulisan bebas ni, aku lihat buku dari sudut yang lain. aku mengenali penulis-penulis indie, yang karyanya lebih terbuka dan bebas. menarik sebenarnya kumpulan penulis sebegini. selalunya buku macam ni bolehlah cari dekat frinjan, urbanscape, atau pesta2 buku. jarang nak jumpa dekat kedai buku. boleh dikatakan sekarang aku menjadi lebih cenderung untuk menghargai dan membaca karya dari local author. terima kasih encik psychopath sebab ajar saya pilih buku. ehe.

tempohari dalam entri blog lepas [link], kalau perhati kat bawah ruangan komen tu ada conversation aku dengan luciper. luciper ada bagi cadangan  buku-buku yang mungkin menarik untuk aku baca. pertama kalinya aku dengar Gerakbudaya.com [link] dan GB ni bolehlah dikatakan publisher atau distributer buku-buku yang berkisar politik, ekonomi, sejarah, budaya, dan macam-macam lagi. boleh lawati facebook group gerakbudaya [link] untuk mengetahui perkembangan buku baru atau nak request apa-apa buku.

jadi, dengan ini saya mahu mengumumkan bahawa saya eager untuk mencari buku-buku di bawah.
(nampaknya hobi yang lama ditinggalkan seperti bertandang semula!)






semoga dengan izin Allah maka aku akan mendapatkan buku-buku di atas. Insya-Allah. mungkin dengan membaca aku boleh tingkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Melayu Kerjaya yang bakal aku ambil semester depan. huehue. sesiapa nak cadangkan aku apa-apa bulu yang menarik, silalah berbuat demikian. aku amat menghargai komen dan cadangan korang dan yang pasti aku mesti akan looking forward untuk buku yang korang cadangkan tu. :)



.