“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”eh, ni bukan ayat common atau ayat dari mulut ke mulut je, ni sebenarnya maksud dari firman Allah yang kau boleh cari dalam surah an-Nur, ayat 26.
ayat tu sebenarnya membuatkan aku termenung seketika. kerana aku terfikir jauh-jauh, adakah perempuan yang kurang baik macam aku ni takkan dapat lelaki yang baik-baik untuk menjadi pemimpin aku suatu hari nanti?
kerana aku orang yang bukanlah baik sangat, sebab tu aku tak mahu menaruh cita-cita tinggi melangit untuk memiliki seorang lelaki yang baik. apa maksudnya baik itu? tafsiran aku mudah sahaja. lelaki baik itu bermaksud dia adalah seorang yang menjaga hal ehwal agamanya dalam seluruh perincian kehidupannya. amat mudah pengertian tu, tapi jika kita kaji dalam-dalam, maksud yang dinyatakan tadi tu sebenarnya amat luas, kerana untuk menjadikan agama sebagai landasan sebenar kehidupan ini, perlukan satu perkara yang dinamakan istiqamah. hari-hari kena buat. hari-hari kena jadi lebih baik. susah tu, tapi tak mustahil kan.
ya. lelaki seperti itu bagaikan tak layak untuk aku, tapi aku mahu dia yang seperti itu.
kerana; aku mahu jadi lebih baik. aku mahu dia bawa aku ke jalan yang diredhai. contohnya lah kan, mungkinlah selama ini aku tak sedar yang hidup aku bukan berpaksikan Tuhan semata-mata, tapi sebab seseorang sepertinya, maka boleh mengajak dan mengingatkan aku membuat kebaikan dan perubahan secara perlahan-lahan. mengingati-Nya. buat aku merindui-Nya. itu yang aku mahu.
kenapa tiba-tiba aku nak sebut pasal ni? sebabnya aku rasa loser gila. hmm.
No comments:
Post a Comment