aku tak ada boyfriend/pakwe/teman lelaki, so blog ni lah yang jadi boyfriend aku. sukati la nak cerita apa. huehuehue. alhamdulillah, semalam crit1 pun dah berlalu. seronok! meh tengok gegambor, cuci mata kejap.
kat lantai hostel. oh biasalah macam tongkang pecah. yang gabus putih tu conceptual model aku. |
butter papers crit dengan conceptual painting. wohho. colourful kan kan. ada orang kata dia dah boleh tau tu painting aku sebab tengok warna dengan stroke dia. heh. |
dari kiri: ar hazrin halimi dengan yang tengah tu, senior fifth year, hazim azami. mereka menjadi panel pengkritik dan memberi markah. masa ni tengah cerita pasal painting kot. |
sotong perempuan yang sedang present. dia pakai jubah hitam pasal dia nak nampak tak serabut dengan warna warni. hihihi. |
aku tak tahu kenapa, tapi semester ni aku rasa bersemangat sangat. kalau time presentation tu, aku rasa nak cakap banyak-banyak. sampai kena stop dengan panel sebab aku banyak cakap. lol.
but for me, dalam banyak-banyak crit aku, ni lah crit paling best kot setakat ni. mungkin aku tak takut kot, sebab bila aku takut, selalunya ayat apa yang aku nak cakap tu takkan terkeluar, lepas tu aku macam nak presentation cepat-cepatlah habis. dapat panel best, maka crit tu best. dan sebab lain aku kata best, ialah aku dapat guidance macam mana nak teruskan design. semester ni rasa lebih sistematik. so lepas-lepas ni dah tahulah macam mana nak buat design proses yang sebenar. dulu pakai tibai je semua benda. -.-
komen panel: aku kena cerita lebih lagi pasal konsep tu, sebab konsep tu benda penting dalam design, konseplah yang akan guide design kita sampai akhir nanti. lepas tu, kena banyak research lagi pasal precedent studies. huehue. mana taknya, aku buat benda tu last minute gila-gila. pagi presentation baru nak print dan cari kat internet. pagi subuh baru tulis. salah sendirilah. precedent studies tu bukan takat cakap pasal material dengan organization dia je, tapi kena ceritalah semua. apa typology dia, apa dia punya approach, camana susun space inside, outside. camana dia display dan banyak la lagi. then... aku kena tunjukkan dekat board apa yang aku dah synthesis tu dekat site planning and zoning tu. macam kalau yang dah demolish tu, demolish terus. tak perlu tunjuk lagi. huehue. tunjuk la juga jalan baru yang aku proposed tu. lepas tu ar hazrin ada cakap, kan aku punya konsep duality, dia suruh aku fikir macam mana nak kasi bangunan aku tu memang kalau tengok betul-betul menggambarkan duality. sebabnya mungkin tak nampak sangat gaps diantara dua bangunan yang aku buat tu kot, kecik sangat dia punya scale. lepas ni aku nak perlebar lagi garden courtyard tu. kasi lagi interesting dengan landscape.
semua tu komen membina untuk aku. takde kutukan pun.
dan aku suka crit yang macam ni sebab kadang-kadang ada crit yang agak ganas, bila panel dok psiko-psiko kita. cakap tak layak jadi akitek la, pemalas la, takde effort la. dan lagi tak suka kalau panel tu suruh kita cari salah kita sendiri, kaji sendiri apa salah kita. macam mana nak tau salah sendiri sedangkan takde orang nak bagitahu kita salah dan sebagainya. well, kita kan dalam learning proses. (tapi bukan semua lecturer lah ye. ramai je yang nice-nice belaka. heuheu). sebab mungkin lecturer tu sengaja nak psiko, tapi bukan tu caranya kot, sebab macam takde nurturing kat situ. bila kena psiko, balik bilik campak kertas, menangis bawah bantal. aku lagi suka belajar cara lembut, bukan cara dengan kata-kata kasar. syukur kali ni aku crit balik sambil gelak tawa. dengan rasa dalam hati, bila nak crit 2 ye? :)
boleh baca cerita ni kispen harapan
+
aku nak buat projek kecil, untuk diri sendiri: visual diaries.
boleh baca cerita ni kispen harapan
+
aku nak buat projek kecil, untuk diri sendiri: visual diaries.