bilik aku wei! |
sabtu! aku suka cuti! sebelum aku buat design, rasa nak tulis dalam blog dulu.
itu sebahagian dari workspace aku dalam bilik. gambar katil? sorry. haha. itu private sangat lah you. mana boleh tunjuk orang. LOL. pagi sabtu, bangun-bangun je terus buka facebook. lepas tu masak air. buat air, enjoy surfing internet. kalau korang nampak atas meja aku memang banyak benda. aku takdelah penyusun-kemas-meja-sentiasa-bersih, tapi aku suka keadaan yang teratur.
ehem, yang dekat rak atas sekali tu, yang ada kanvas berlukisan bulat-bulat dan akar-akar retak tu, itulah painting concept aku untuk design akan datang nanti. aku kan kena design handicraft gallery, so setakat ni, tu lah dia painting conceptnya. nanti one day aku akan explain abstract tu. eh, aku nak ubah sikit painting tu. nak kasi line axis dia tu nampak jelas sedikit. heuheu. cuba tengok dekat rak yang ada banyak buku tu. siap ada dua labu sayong kecik; bertujuan untuk menjadi inspirasi mereka bentuk galeri tu nanti.
rak yang bawah kanvas tu pulak, namanya rak makanan. ada cereal, oat, kuih raya jannah, vico, gula perang (oh ya, aku guna gula perang dalam minuman), nescafe 2 sachet, nesvita, teh cina, tu je kot. aku berazam semester ni nak kurus dua kilo dari sekarang. walaupun ada insan yang akan berkata "ah, mengada lah kau ni dah kurus pun nak diet", tapi aku tetap nak diet. huehue. setiap hari aku nak cuba kurangkan pengambilan nasi. sehari sekali cukuplah. aku taknak makan malam benda berat-berat dah. air pun dah mencukupi.
atas meja aku ada cebisan kain langsir lebihan, aku buat tempat iron baju. seminggu sekali aku akan iron baju kurung yang diperlukan dalam minggu tu. lepas tu iron akan disimpan dalam almari. sebelah kiri meja, ada rak kecik warna pink. dalam rak tu, aku letak memacam benda, tapi most of them is stationary. ada satu rak yang aku keluarkan dari laci tu, ialah rak yang penuh dengan prisma colour marker. yelah kan, projek dah setat, so kenalah keluarkan terus, senang aku nak buat kerja atas lantai.
aku baru beli spec baru dan mouse baru!! cuba cari barang itu pada gambar. jumpa tak jumpa tak? aku beli kedua-duanya dekat PC Fair dalam UIA. mouse biasa jenama Dell tu cuma RM10 je. sangat ergonomic dengan tangan kanan, dan sangat tidak ergonomic pada tangan kiri. (of course lah kan.) so, lefthanded, you will hardly use my mouse. -.- yang spec baru tu, aku beli dengan harga.... boleh tahan la. tak mahal sangat pun. entah kenapa mata aku masa pilih bingkai tu, asik tertancap kat warna putih aje. jadi hasilnya, aku pun beli warna putih. walaupun ramai kawan kata, apesal tak beli hitam sebab sekarang trend (yeke?).
hah. sebelah meja aku tu tingkap. siang-siang aku tutup, bila dah malam sikit baru bukak. sebab, udara malam sejuk. siang terik! so malam-malam aku akan slowkan kipas ke angka satu dan buka tingkap luas-luas. untunglah aku duduk tingkat lima, nyamuk tak masuk pun. sejuk tau angin malam...nyaman sangat. kalau hujan, bilik aku takde tempias air hujan, sebab dekat dengan overhang bumbung kan. so kalau buka tingkap masa hujan, heaven. sejuk... dah lah hujan kat gombak ni selalu sejuk-sejuk. memang aku tutuplah kipas kalau sejuk sangat, lebih-lebih kalau hujan waktu malam.
okey. itu je lah yang boleh aku eksplain gambar diatas tu. hihi. bai. nanti ada masa aku update.
No comments:
Post a Comment