kejadahnya gambar-gambar sebegini dihasilkan?? ya, aku tahu ianya cuma kartun, tetapi bukankah gambar seperti ini ibarat mengaibkan Islam sebagai agama yang suci? sedangkan gambar-gambar ini jika disalah ertikan, ia mengundang makna yang menyimpang dari ajaran Islam dalam hal hubungan diantara lelaki dan perempuan.
seolah-olah, wanita bertudung labuh, berniqob, berpakaian sopan itu adalah dikalangan wanita yang murah, senang-senang berdua-duaan dengan lelaki, duduk bercanda bawah pokok, peluk-peluk pinggang, pegang tangan. oh my!
ya! dan seolah-olah si ilustrasi gambar tu terlalu mengagungkan cinta manusia daripada cinta kepada Rabb.
ya, aku tahu, mungkin anda merujuk gambar itu kepada pasangan yang telah berkahwin, hubungan yang halal dan sebagainya. tetapi bukankah dengan gambar kartun sebegitu akan mengundang kekeliruan kepada golongan yang kurang alim dan agak jahil dari segi agamanya sebab, gambar tu akan membuatkan rasa tidak salah melakukan hal tersebut, malah disuruh oleh agama. NO! tak patutnya wujud gambar sebegini sebab, walaupun telah berkahwin, pasangan itu pun ditegah daripada bemesra-mesraan di khalayak ramai, sekalipun sudah berumahtangga.
agak-agaknya, apalah yang difikirkan para ilustrasi gambar tersebut ketika sedang menghasilkan kartun tu?
yang muda-muda bila tengok gambar tu, mulalah rasa nak kahwin. mulalah rasa nak ada pasangan. tak salah, cuma kita sebagai pelajar, ada banyak lagi tanggungjawab daripada berangan nak kahwin, lagha tak tentu hala. padahal bukannya mampu pun nak kahwin lagi. amalan pun tunggang langgang lagi. dari fikir nak kahwin, nak ada pasangan, lebih baik fikir masa depan diri sendiri dulu. tak perlulah berangan nak calon yang baik-baik sedangkan diri sendiri tak berusaha pun kearah kebaikan.
bila dilihat gambar sedemikian, otak aku berkata, alangkah bagusnya tudung dan niqob, mahupun jubah labuh dan kopiah itu ditanggalkan sahaja. tak perlu buat gambar sebegitu. tak ada motifnya kalau pegang-pegang tangan dengan pakai macam tu.
atas nama dakwah, seharusnya perkara sebegini tidak berlaku demi sebarang kekeliruan. sepatutnya artikel-artikel yang islamik tidak patut diselitkan dengan gambar ilustrasi sebegitu. dah macam sekular pun ada!
ni pandangan aku je. kau mungkin lain. okeylah, kalau tak puas hati, nak bidas, hentam aku kat komen bawah ni.
mana tahu pasangan kartun tu dah berkahwin? jangan sempitkan fikiran aida
ReplyDelete*hentam hentam hentam*
ReplyDeleteah. kartun mana ada akad nikah?
ReplyDeletewalaupun telah berkahwin, pasangan itu pun ditegah daripada bemesra-mesraan di khalayak ramai, sekalipun sudah berumahtangga. ( perenggan ke-4)
ReplyDelete^dia bukan bot.
ReplyDeletebot?
ReplyDeletesabar :)
ReplyDeletexpe la.. bkan masalah sgt pun.. it's all from us how to see that thing.. nak kahwin awal tu urusan peribadi.. its better from zina.. yg pnting dah brsdia zahir dan batin...
ReplyDeletehai anon. itu bukan persoalannya. masalahnya, mereka2 ni tergedik sangat bila tengok gambar-gambar ni padahal tak bersedia pun lagi. nak kahwin awal, tarahal la. kau mampu, kau berani tanggung, kau kawin. tak perlu sua kan gambar yang macam tu.
ReplyDeletesaya husna add sy
ReplyDelete