Wednesday, May 16, 2012

berdebu ni. tiup-tiup habuk... fuhh fuhh.

assalamualaikum semua.

telah lama juga aku tidak menulis. aku amatlah sibuk. sepanjang malam tak tidur. dengan purata tidur sehari hanya 1-3 jam, dan menjadi penunggu studio sepanjang masa, ini menunjukkan bahawa aku tidak punyai masa untuk dibazirkan begitu sahaja. kalau boleh, ada masa sikit-sikit tu, rasa nak rehat je. nak buka internet pun tak ada nafsu dah.

syukur dan sabar saja. sabar dan sabar, akhirnya hari pembentangan design semester dua pun dah berakhir semalam. wow. aku berasa gembira kerana dapat panel yang baik. baik di sini bermaksud, mereka tidak berkata perkataan yang kasar dan mengejek, tetapi mereka bertutur dengan hikmah. aku tak lah kisah mana markah yang bakal aku dapat, tapi semester ini aku pelajari sesuatu yang bukan hanya satu. tapi agak banyak. aku belajar kuatkan semangat. belajar construction baru, belajar cara pembentangan baru, belajar cara menguruskan masa. yang dahulunya aku tak buat. aku seronok walaupun penat. setakat ni tak pernah lagilah nak menangis sebab final ni. tahu tak kenapa? sebab Allah sayang aku. Dia beri aku satu inspirasi yang tak boleh dibayar dengan apa jua pun. dan semester ni aku tak ada sakit teruk seperti semester lalu.

dengan tamatnya pembentangan semalam, maka dengan izin Allah, semester akan datang aku akan bergelar pelajar tahun akhir, bachelor of science in Architecture.

dayah. sebab kau banyak temankan aku sepanjang semester ni. aku rasalah, kalau kau takde, entah apa lah jadi kat aku. sebab kau sama-sama semangat nak stay up kat studio, aku rasa 2 kali ganda semangat. seriously. kita hadapi macam-macam bentuk psiko dalam studio kita tu yang masing-masing pulun gila. kan?

mirah. kau pun banyak sama-sama dengan aku sem ni. walaupun dulu aku anggap kau garang gila, tapi akhirnya aku tahu yang kau ni sebenarnya tah apa-apa je macam aku. wakakaka. aku akan rasa rindu dekat 10 minit kau tu. biarlah kau kuat tacing (or buat-buat tacing) ke, hape ke, aku rasa kau ni best juga sebenarnya. lol.

ceh dah macam tribute/penghargaan plak ni. ah takpe ah. biarlah.

pastu aen. kau banyak jadi inspirasi aku. kau buat aku nak jadi kuat macam kau (walaupun aku takkan mampu nak jadi cam kau pun). pada mata aku, kau sangat mengejar kesempurnaan sampai kau tak tidur 3 hari. memang gila la kan. pastu kau dengan dayah boleh lagi bergila-gila main susun hot cup maggi sampai aku tak sangka korang ni layan je benda kecik-kecik ni. aku happy sangat tau. sangat. walaupun aku terasa stoned dengan nescafe bercawan-cawan, tapi fikir balik kenangan tu takkan aku lupa. thanks to culture class. trolololol.

pagi ni aku bangun tidur setelah hampir 12 jam tidur, dan aku buka jendela. aku lihat matahari mula mencerahkan alam. langit pula membiru. perasaan ini best sangat. macam baru dilahirkan semula. start fresh! tapi ada banyak lagi submission untuk hari ni dan esok. pulun lagi. dan lagi. nanti bila balik rumah, aku nak upload gambar 'gila-gila sebulan ni'.

nak pergi mandi lah. dah kambing. hai adik tahun kambing. kakak tahun kuda nak ngorat boleh? lol.












3 comments:

  1. walaupun kenangan nie cam dah lama tp when i read it ...mutiara putih terjatuh jua sebutir dua :')

    ReplyDelete