Monday, November 28, 2011

.



Kadang-kadang rasa nak pecahkan perasaan ni dengan letupkannya. Menggunakan bom nuklear terkuat agar kesemua jenis perasaan itu terpisah terhambur jauh-jauh dan dapat kecaikan sesetengah daripadanya. 

Agar aku tidak lagi merasa beban yang selama ini terkumpul yang kemudiannya menjadi busuk.




Monday, November 21, 2011

pengkelasan status mengenai bola di facebook mengikut aliran pemikiran

malam ni perlawanan antara malaysia dengan indonesia. memang banyak status di facebook yang memperkatakan tentang ni. jom baca status bola yang mempunyai kepelbagaian ragam. semua ni copypaste dari news feed. kawan-kawan, jangan marah. kita gelak-gelak je oke!
 
status suruh orang jangan overjoyed:
yang MUSLIMAH tayah nak terpekik lolong sangat tengok bola. jaga adab n malu lagi-lagi yang tengok bercampur kat kedai. tayah nak bangga sangat kalau menang. bukan dapat merz sebijik pon. perangai setan tu dok riak-riak. kalah pon, tayah nak maki-maki. semua setan turun malam ni dari pangkat prebet sampai lah general. yang tudung labuh,kopiah pon boleh kecundang tengok bola ni. jaga-jaga. agama ajar nak berhibur boleh tapi berpada-pada. jangan jadi macam kapir. erghh. baik Tuhan T_T
 
status doa:
Jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak kepada pasukan Harimau Malaya Malaysia. Moga Allah swt mempermudahkan perjalanan permainan mereka semua pada malam ini. Ameen Ya Rabbal Alameen !!!
 
status cheerleader:
hitam kuning! Hitam kuning! Go tiger! Go tiger!
 
status orang semangat cintakan negara:
Menang kalah malam ni kita tetap Malaysian kan? XD
Kalah pun menyanyi lagu Negaraku jugak kuat-kuat. Semangat kenegaraan tu kena ada! Heheheh.
 
status semangat tumpaskan lawan:
Malaysia Boleh Menang! Ganyang Indon!!
ready to kill tigers!!! go malaysia go!!!
 
status orang yang jealous dengan orang lain sebab ada status bola:
ramai org klua status pasal bola aku pn nak klua status gak lah.
 
status orang yang tengok bola dekat tv:
please jangan hujan...nnti siaran astro terganggu.....x dapat laa nk tengok bola... :(
 
status kesian:
adoiii..baru semangat nak tgk bola mlm ni,rupanya jersi kuning malaysia aku da kena kebas kat ampaian..damn
 
status terfaktab:
"Nasib baik malam ni game lepas Isyak kan awak?" kata si bf pada gf.
 
status untuk bibik:
buat semua bibik2 yg berada disluruh malaysia,jgn gado2 same tuan rumah yer mlm ni....
 
hahaha. macam-macam! aku je tak urban, takde status bola. LOL.

Saturday, November 19, 2011

kerengga itu.

aku mahu berdiri,
meregangkan sendi-sendi yang kelenguhan.
kaki pula semakin bersemut-semut.
aku duduk semua di tebing batu itu,
memerhatikan tanah.

dengan fikiran yang menerawang, aku seolah-olah telah masuk dalam satu dunia asing,
yakni dunia fikiranku.
seakan memahami keadaan pada permukaan tanah itu, aku setia melihat.
kaki dilunjurkan semula.
melihatkan mereka yang genit-genit itu, nisbahkan sahaja aku sebagai gergasi.

mereka rajin.
gagah
mesra
pantas

ia sentiasa merayap-rayap.
akan tetapi tidaklah pula memanjat kaki togelku.
berhati-hati menyusun langah yang laju, sambil mencari-cari dan bersahut-sahut.

sedang asyik memerhati, tiba-tiba ekor mataku menangkap imej seekor kerengga
yang sedang meliuk-liuk badannya.

rasa bersalah mula terbit.
aku barangkali telah memijak jasad kerdil itu.
nyawa ditarik malaikat,
dan kini rangka kecil itu tidak lagi bergerak.
tidak lama kemudiannya, berduyun-duyun kerengga lain menghampiri jasad kaku itu.
bukan seekor dua yang datang, tetapi berpuluh-puluh ekor ramainya.
seolah-olah mengiringi pemergiannya.

seluruh kawanan di situ melihat dengan kehairanan dan merasa terkesima.
semakin lama semakin ramai yang berkumpul di bucu tebing longkang itu.
mayat itu diangkat. diusung.
kali ini semakin ramai yang datang, bagaikan ada upacara doa selamat.
diam
kaku

seketika kemudiannya, semua bergerak.
beredar dari perhimpunan mengejut itu.
ada yang kembali melakukan tugas seperti biasa,
akan tetapi ada kerengga-kerengga yang masih terpaku. tidak bergerak, sambil dipujuk-pujuk oleh sang kerengga lain.

barangkali kerengga yang memujuk itu berkata,
"tidak perlu bersedih meratapi yang telahpun pergi."
seekor demi seekor beredar.
kini aku tidak lagi melihat jasad yang diusung itu.
barangkali dia telahpun pergi ke suatu tempat yang lebih tenang dan abadi.

siapa tahu mungkin kerengga itu adalah sang ketua,
atau ayah kepada anak-anaknya.
atau barangkali pahlawan yang telah banyak berjuang demi keselamatan mereka,
atau mungkin kerengga itu adalah... ah, aku tidak tahu apa lagi mahu ditekakan.

melihat peristiwa itu,
aku tersentuh,
sebak
lalu tertangis sedikit.

ihsan google : the fallen comrad



*copypaste dari fb notes aku. ini kisah benar sewaktu menghadiri perjumpaan srm dekat edu square.


Tuesday, November 15, 2011

pemahaman yang bertambah

sekadar gambar hiasan. ihsan google.


dulu masa first year, first sem, lecturer ada kata....
"perspective ni killer drawing tau!"

aku pun memahaminya dengan memikirkan..
"memang killer nak draw perspective ni. susah nak mati."

***


tapi bila dah masuk second year, lecturer ada ulang lagi ayat tu.
"perspective ni killer drawing awak. biar orang terpegun!"

kali ini barulah faham rupanya, killer drawing tu maknanya lukisan mahal yang akan jadi paling mempesonakan dan paling hebat diantara lukisan-lukisan yang lain.


yeay. pengetahuan telah bertambah 0.0000123 merit.

Sunday, November 13, 2011

patah seribu.

aih aida, asik patah je. apalah kau ni....

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua

bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

ni lagu shila.
lagu ni best. kbai.

Thursday, November 10, 2011

LOL-ing!

i think this is the art of trolling. penuh status facebook dengan sharing benda ni. 
paranoid!


kah kah kah!

stresskan diri sebentar.

jadual minggu depan.

14 nov
  • studio. aku nak present balik design aku dengan mock up baru, space baru, facade baru, semua baru. hari tu crit aku teruk. aku buat cincai sangat. sebab aku tak tahan nak balik dan masa amat terhad. sehari je ada masa untuk buat crit. kan gila tu.
  • petang jam 4- aku ada exam mid-term untuk Land Surveying. oh my. aku tak baca apa-apa lagi.
15 nov
  • pagi jam 10 ada exam subjek UNGS 2050. subjek ethics and fiqh for everyday life. ok. aku dah study. nanti jawab soalan aku pandai-pandailah guna ayat.
  • petang lepas zohor- nak kena pergi KFC. bukan sebab nak makan ayam, nak makan zinger or whatsoever, tapi kena buat assignment lighting. baru dapat lux meter. petang tu juga terus pergi.
  • malam ni confirmlah buat assignment ESS
16 nov
  • ok. pagi kelas ESS. kena hantar assignment tu. dan mungkin ada presentation.
  • petang kelas Building Services. kena hantar assignment piping. esok aku akan buat assignment ni. nak tanya ayah selagi masih ada dekat rumah ni.
  • malam pulak kena presentation untuk Leadership. mampus. aku tak buat lagi slide pasal Seksualiti Merdeka. artikel suratkhabar pun tak cari lagi. T.T
17 nov
  • hari ni lega sedikit. petang kelas BCM aku kena hantar assignment concrete. ok. yang ni aku dah siap.
  • malam mesti aku nak kena perbaik benda design. sebab 21 mungkin crit 3. 
18 nov
  • studio seperti biasa. 
19 dan 20 nov
  • karnival rakan muda. aku tak tahulah apa peranan aku pada hujung minggu tu. isnin crit. entah-entah tragedi crit 2 akan berlaku lagi. itu yang aku tak nak.

sekarang:

aku rasa nak tempahan maut.
aku tak merungut dengan apapun tugasan yang diberi. tapi aku rasa semua ni macam diluar kemampuan aku. aku sangat takut kalau-kalau aku tak dapat nak hadapi semua ni.

doakan aku.

Tuesday, November 8, 2011

patah hati kot.

Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg.
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

sesi soal jawab sendirian.

jujurnya cakap sekarang aku rasa malas nak update blog.

memang kerja banyak, tapi sebenarnya itu bukanlah alasannya.

***

pernah tak kau rasa, bila kau buat sesuatu benda tu, sampai kau mual dan tak sanggup lagi nak tengok. pernah tak? aku selalu rasa macam tu. aku tak boleh stick pada satu benda dan taksub melakukannya sampai nak jadi gila. lagi-lagi kalau masa terhad.

bagi kau, yang mana penting; kesihatan atau hasil yang menakjubkan?

okaylah. itu je soalan pelik tiba-tiba. sekarang ni aku kuat rasa pening dan mual. macam nak muntah tiba-tiba. jangan fikir bukan-bukan. AMD. dan aku cukup makan. aku taknaklah asyik nak ada kebergantungan terhadap paracetamol. aku bukan suka makan ubat. vitamin b complex yang aku beli dulu tu pun tak habis-habis aku makan. ergh.

tamat pasal tu.

***

apakah perbezaan hari raya aidilfitri dan aidiladha?

mestilah ketara kan. tapi bagi kau lah kan, raya mana yang lebih menginsafkan? bagi aku, aidiladha kot. aidilfitri memang menginsafkan juga, itu pun sebab kita baru melalui ramadan. tapi kan cara sambutannya tak berapa menginsafkan, lebih-lebih lagi cara menyambut dekat malaysia ni. seringkali aku tengok bila aidilfitri, orang akan berbelanja mewah sakan, menunjuk-nunjuk, hiburan non-stop, lambakan makanan membazir. ini apa yang aku nampaklah realiti masyarakat kita. tapi bila aidiladha, kurang sedikit perkara-perkara macam tadi. kita akan diceritakan kisah korban, lepas tu buat korban akan disedekahkan, tak ada lambakan rancangan hiburan menyanyi melalak-lalak, lagi... dan boleh tengok rosmah dengan najib buat haji secara exclusive trip untuk tahun ni. lulz.


selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam!

***

soalan lagi. kau mesti bosan kan dengan aku?

"As much as you ignore me, as much as I miss you 0:)" - ernie syafika

sebab tu kau ignore aku kan, sebab aku membosankan kau. tapi aku tak kisah pun sebab lagi kau ignore, lagi mahal perhubungan kita. lantaklah aku nak tafsir apa pun.

yelah. hari tu aku pergi mines. aku jalan seorang diri. macam tak ada hala tuju. dalam poket cuma ada sekeping not rm 5 dan sekeping not rm 1. rm 1 untuk tambang bas balik rumah. ikutkan hati memang aku nak withdraw duit dari teller, tapi malangnya, aku tak tahu kenapa cimb kat giant tu dah tutup. renovation kot. jadi aku pun biarkan saja poket kosong.

aku berjalan tanpa arah, tanpa duit. heh. tapi tiba-tiba hati aku terasa nak pergi tempat bowling.

kau tahu betapa aku gagahkan kaki pergi tempat tu?

kau mana tahu. aku text pun ada kau nak reply? kau mana kisah hatta aku jatuh gaung pun kau takkan percaya sampailah nanti kau nampak kubur aku yang bernisan nama aku, baru kau percaya kot.

oh ya. .cimb kat situ tutup sebab dah ada cawangan besar kat taming jaya.

***

dah lah. ini jelah coretan merapu kali ni. sekian.