aku mahu berdiri,
meregangkan sendi-sendi yang kelenguhan.
kaki pula semakin bersemut-semut.
aku duduk semua di tebing batu itu,
memerhatikan tanah.
dengan fikiran yang menerawang, aku seolah-olah telah masuk dalam satu dunia asing,
yakni dunia fikiranku.
seakan memahami keadaan pada permukaan tanah itu, aku setia melihat.
kaki dilunjurkan semula.
melihatkan mereka yang genit-genit itu, nisbahkan sahaja aku sebagai gergasi.
mereka rajin.
gagah
mesra
pantas
ia sentiasa merayap-rayap.
akan tetapi tidaklah pula memanjat kaki togelku.
berhati-hati menyusun langah yang laju, sambil mencari-cari dan bersahut-sahut.
sedang asyik memerhati, tiba-tiba ekor mataku menangkap imej seekor kerengga
yang sedang meliuk-liuk badannya.
rasa bersalah mula terbit.
aku barangkali telah memijak jasad kerdil itu.
nyawa ditarik malaikat,
dan kini rangka kecil itu tidak lagi bergerak.
tidak lama kemudiannya, berduyun-duyun kerengga lain menghampiri jasad kaku itu.
bukan seekor dua yang datang, tetapi berpuluh-puluh ekor ramainya.
seolah-olah mengiringi pemergiannya.
seluruh kawanan di situ melihat dengan kehairanan dan merasa terkesima.
semakin lama semakin ramai yang berkumpul di bucu tebing longkang itu.
mayat itu diangkat. diusung.
kali ini semakin ramai yang datang, bagaikan ada upacara doa selamat.
diam
kaku
seketika kemudiannya, semua bergerak.
beredar dari perhimpunan mengejut itu.
ada yang kembali melakukan tugas seperti biasa,
akan tetapi ada kerengga-kerengga yang masih terpaku. tidak bergerak, sambil dipujuk-pujuk oleh sang kerengga lain.
barangkali kerengga yang memujuk itu berkata,
"tidak perlu bersedih meratapi yang telahpun pergi."
seekor demi seekor beredar.
kini aku tidak lagi melihat jasad yang diusung itu.
barangkali dia telahpun pergi ke suatu tempat yang lebih tenang dan abadi.
siapa tahu mungkin kerengga itu adalah sang ketua,
atau ayah kepada anak-anaknya.
atau barangkali pahlawan yang telah banyak berjuang demi keselamatan mereka,
atau mungkin kerengga itu adalah... ah, aku tidak tahu apa lagi mahu ditekakan.
melihat peristiwa itu,
aku tersentuh,
sebak
lalu tertangis sedikit.
*copypaste dari fb notes aku. ini kisah benar sewaktu menghadiri perjumpaan srm dekat edu square.

ihsan google : the fallen comrad |
*copypaste dari fb notes aku. ini kisah benar sewaktu menghadiri perjumpaan srm dekat edu square.
uncle dulu ada kawan panggilannya kerengga....
ReplyDeletetapi pinggangnya macam gajah...
erkk. boleh pulak ye macam tu uncle? -.-'
ReplyDelete