nampaknya bulan puasa hampir sampai ke penghujungnya, tapi itu tak bermakna kita tak perlu lagi nak masak sedap-sedap untuk berbuka kan. kali ni, kraken membawakan resipi yang sebenarnya tidak asing lagi bagi penduduk pantai timur, iaitu solok lada. pernah dengar tak sebelum ni? baiklah, kalau tak tahu apa dia solok lada ni, selalunya solok lada boleh didapati di kedai-kedai makanan Terengganu atau Kelantan yang lazimnya menjual nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan sebagainya. solok lada selalunya dihidang bersama nasi kerabu. dekat pasar malam pun boleh cari. boleh check petang ni kat bazar ye.
nak dijadikan cerita, solok lada ni rupa dia macam cili dan ada isi kat dalam cili tu. isi dia tu isi ikan dan campuran kelapa parut. biasalah, selalunya makanan pantai timur ni kan berasaskan ikan. rasanya lemak, sedikit pedas dan yang penting, sesiapa penggemar ikan (macam aku), pasti suka dengan keenakan solok lada. solok lada ni lazimnya dijual dengan harga RM0.50-RM1.50 satu, bergantung pada saiz solok dan jenis kedai yang anda kunjungi tu. kalau dekat restoran mewah, mungkin lagi mahal lah kot. jadi lebih baik jadi pandai, buat je sendiri, makan pun puas, boleh hidang kat satu keluarga. jadi, hari ni aku nak berkongsi sedikit resipi solok lada.
gambar dicuri di Google |
bahan-bahan utama:
- isi ikan setengah kilo dikisar-jgn letak air, tak kisah ikan apa, tapi selalunya guna ikan kembung atau sardin
- kelapa parut setengah biji
- cili hijau bergantung pada banyaknya isi ikan tu dibelah, jangan buang tangkai, buang empulur dgn biji kat dalam
- susu santan segar + garam sedikit tiga cawan, bergantung pada jumlah soloknya
bumbunya:
- bawang besar dua biji
- serai dua batang
- lengkuas seinci
- bawang putih lima ulas
** semua ni dikisar lumat-lumat
penambah rasa bagi sedap:
- lada hitam sedikit ditumbuk lumat, satu sudu kecil --kalau banyak sangat nanti, risiko sakit perut ditanggung sendiri
- garam satu sudu besar
- gula secukup rasa
ni cerita pembuatannya...
mula-mula, keluarkan isi ikan dari ikan-ikan tu dan kisar lumat.ambil isi ikan tu gaul dengan kelapa parut tu. kemudian, bumbu yang telah dikisar tu pun gaul sekali. kalau nak kasi sedap, tambah penambah rasa, ya., lada hitam, garam, gula.
dah siap gaul sebati, kemudian ambil cili. cili hijau tu dibelah, dan keluarkan lah biji dan empulur dia. sebenarnya empulur tu pedas, jadi kena keluarkan. lagipun kan nak letak isi ikan, nanti tak ada ruang pulak kan. lepas dah siap belah cili tu, ambil isi ikan tadi dan sumbat dalam cili tu.
ok. bila semua dah siap, ambil solok2 yang belum masak tu dan letak dalam periuk/kuali. aku guna kuali. susun solok tu terlebih dahulu dalam kuali. kemudian baru letak susu santan dalam kuali. ini untuk mengelakkan isi ikan daripada terkeluar daripada cilinya. lepas tu buka api perlahan je. biar sampai masak betul2. nak tahu masak ke tak, dia punya isi tu kalau dah tak lembik; dia punya cili tu dah layu; maknanya dah masaklah tu. sebenarnya, ada juga orang kata kukus je, tapi aku biasa masak dengan santan sebab nak rasa lagi lemak.
dah siap, bolehlah dimakan sebagai lauk ataupun ratah-ratah je (macam aku).
okay semua, kraken nak pergi masak. selamat mencuba ya!
wah2....menu cadangan jumaat ni..bagus2..
ReplyDelete@idaida0504 selamat mencuba sis!
ReplyDeleteMahu cuba.
ReplyDeletesilakan abam bujal. suruh isteri kesayangan buatkan. :)
ReplyDeletelapa terus aku... ngap ngap ngapp~
ReplyDeletepegilah beli tau pai~
ReplyDeletenampak sedap...tapi masa masak benda tu,isi ikan tu tak terkeluar berkecai ke?
ReplyDeletesaja tanya nanti buat tak jadi nangis.....
maaf le lambat reply @pembunuh tanpa bayang
ReplyDeletetak, dia tak berkecai pun, kalau boleh, letak solok lada yang nak direbus tu susun bebaik dalam periuk dulu. baru letak santan perlahan2. takkan berkecai. selamat mencuba ya :)