Saturday, August 20, 2011

Kad raya: Kemestian?

Kad raya pertama aku, baru je aku terima semalam. Gembira jugalah rasa bila dapat kad raya ni sebabnya, dah lama aku tak dapat kad raya! Hahaha. Dulu di zaman sekolah, selalulah juga dapat. Ada yang buat sendiri, ada yang beli je. Kalau nak diikutkan, kad raya ni kalau kita tengok, semakin lama semakin kurang sambutannya. Teringat dulu-dulu, dekat bazar ramadan, siap ada jual kad raya. Sekarang, nak beli kad raya, carilah dekat pejabat pos ke, pasaraya ke, stationery ke.

Kad raya pertama aku dapat tahun ni ialah daripada Nadia Jalal. Kawan baru aku yang sebenarnya taklah berapa nak baru sangat. Haha. Sebabnya dah pernah kenal pun masa sekolah rendah, tapi kejap je kawan dengan dia. Pastu dia dah pindah rumah, aku pun pindah sekolah. Tiba-tiba terjumpa semula dalam kalangan kawan-kawan blog ni, dalam satu grup joyah. Hehe. Thanks Nadia. Aku terharu gila. Haha.

boleh salin alamat. hantarlah kad raya kat aku. huehuehue


kiriman Nadia :)

Kad raya aku yang lama-lama dulu banyak juga. Sebab, maklumlah kawan merata, banyak pindah sekolah. Tapi kad-kad tu dah entah kemana la. Dah kena recycle kot. Tapi seriously seronok dapat kad. Teringat masa sekolah asrama dulu, siapa paling banyak dapat kad raya, dia dikira hot. Haha. Yelah kan. Banggalah budak sekolah lain pakat hantar. Pulak tu setiap kali check dekat bilik warden, ada banyak dapat kad dari admirer. Sepanjang malam baca kad-kad raya tu mesti sengih sampai ke telinga. keh keh keh.

Tapikan, kad raya sekarang ni, orang dah malas nak hantar. Sebabnya nak hantar kad raya, banyak prosesnya. Kena pergi cari kadnya, lepas tu cari setem, kena tulis, pastu kena poskan. Tunggu dua tiga hari baru sampai. Tu pun kena hantar awal-awal kalau tak nanti posmen delay hantar lepas raya bila kadnya menimbun. (tapi tak tahu la sekarang ni senario di pejabat pos tu masih menimbun atau tak).

Kemudahan di hujung jari sekarang ramai lebih prefer hantar sms, takpun kat facebook. Tu pun wish macam ni je. Satu gambar yang ada ucapan raya dan di tag ramai2. Senang. Kos pun lebih murah. Bila dah terlalu banyak lambakan kad elektronik ni, kadang-kadang tak perasan pun siapa yang ucap. Aku okay je, yang penting ucapan hari raya ni bertujuan nak bermaaf-maafan.

Walau apapun, kehadiran kad raya yang bertandang dalam kotak besi rumah aku memang aku sangat hargai. Maaflah tahun ni seriously tak ada duit nak hantar balas kad raya. Walau bagaimanapun, aku sangatlah treasure kad raya yang korang bagi!

Ucapan hari raya itu hendaklah dilakukan dengan penuh makna, bukan sekadar kata-kata di mulut sahaja. Tak perlu kad raya, ucap depan-depan pun ok apa kan? Apa yang mampu je okay, janji ikhlas!

3 comments:

  1. burok sunggoh itu tulisan di sampu surat.. keh3..

    ReplyDelete
  2. @gedek: siapa uncle? siapa tu? hehe.

    @n.a.j: keh3. takpe nadia. aku happy tahu!

    ReplyDelete