Tuesday, July 5, 2011

'pop fiksi'

Aku baru diperkenalkan tentang 'pop fiksi' ni oleh rakan ZineSatuMalam semalam. Rasanya ramai kot yang tak tahu tentang benda ni. Baiklah, apa yang aku boleh faham tentang 'pop fiksi' ni ialah:

  1. sebuah cerita ringkas dan padat
  2. mengandungi unsur penerangan yang jelas tentang sesebuah objek dan keadaan
  3. tak semestinya ada pendahuluan, klimaks atau penutup cerita
  4. tak kisahlah kalau cerita itu cerita sebenar (realiti) atau rekaan semata-mata
  5. cerita tu boleh jadi ada unsur merapu dan fantasi, tetapi disampaikan dengan cara yang difahami
  6. aku perasan juga jenis macam ni tak ada dialog. dialognya semua diterjemah dalam ayat
  7. cerita juga boleh tergantung sekerat jalan. tapi bukan tergantung tiba-tiba. tergantung yang membawa maksud lah.
  8. stail penulisan: ikut masing-masing punya cara. kalau aku punya cara agak skema lah. hehe.

contoh: boleh rujuk sini dan sini juga.

Setelah diberi penerangan dan memahami serba sedikit, semalam aku pun cuba la mengarang satu perenggan...



Tanganku digenggam erat. Jari-jemari dirapatkan. Diciumnya. Halus mulus dan beraroma minyak wangi Pleasure dari Estee Lauder. Dilepaskan genggaman. Bertanya dia padaku adakah aku sudah berpunya. Ah. Aku harus berkata apa. Mahu menipu atau berterus-terang sahaja? Sudah. Pandangan beralih kepada seorang kanak-kanak kecil memakai gaun merah pendek yang berlari dikejar ibunya. Barangkali mengambil barang di kedai lalu dibawa lari. Comel budak kecil itu, getusku dalam hati. Soalan yang masih tak terjawab itu kubiarkan. Lara dalam hati siapa tahu. Dia merenung mataku dengan seribu pertanyaan. Mungkin dia hairan mengapa aku biarkan sahaja dia rangkul dan peluk aku dan mengapa pula soalan yang semudah ABC itu tidak dapat ku jawab. Memori 2005 terlintas apabila kelihatan sepasang manusia melintasi hadapanku. Seorang lelaki dan seorang wanita bunting. Dalam kesejukan malam aku dihanyutkan dengan cerita lama. Cerita aku dan kau. Cerita yang tak ingin aku buka lagi sebenarnya. Terlalu banyak rahsia antara kita. Rahsia yang mampu buat kau jerit dan tampar aku sepuas hati jika diungkit semula.


tips:  Masa nak mulakan mengarang tu, cuba bayangkan dalam situasi tu. Dan amati perilaku/keadaan sekeliling. Boleh jadi cerita ni masa kita nak pergi angkat kain, lepas tu nampak sekumpulan warga bangladesh, kita pun segan, lepas tu terbayang orang bangladesh suka pergi pasar malam beli ayam hidup, lepas tu bla bla bla...


Malam ni mungkin ada tajuk zine pasal 'pop fiksi' ni. jadi aku pun nak memerah otak berimaginasi.

imaginasi
Ha. Bak kata spongebob, "imaginaaaatiooonnn...." kalau spongebob dengan patrick pun boleh berimaginasi dalam kotak televisyen, kenapa kita tak boleh kan? Haha. Ok. Selamat berimaginasi!

9 comments:

  1. saya tak pandai nak berfiksi~~camna?

    ReplyDelete
  2. pandai pandai. boleh abam. cuma kena berimaginasi. bak kata zoul, mulakan dgn satu ayat. lepas tu teruskan cerita. pasti boleh~

    ReplyDelete
  3. hehe, fiksyen itu memang cerita rekaan. no fact no reality, just imagination dan byk cabang. pulp fiction itu slh satu dari nya. btw, aku suka fan fiction. :">

    ReplyDelete
  4. @lavender: yeap. thats what zoul told me before. thanks. but whats fan fiction actually?

    ReplyDelete
  5. hoho sori baru perasan soalan ni. heee, terlambat pulak. mesti dah tau kan, fan fiction tu apa since ZSM pun dah buat tajuk tu~ :)

    ReplyDelete