cerita ini aku ada hantar dalam ZineSatuMalam. nak tahu apa benda tu? klik sini
yang ini pula page blog ZineSatuMalam klik sini pula
yang ini pula page blog ZineSatuMalam klik sini pula
boleh like page tu dan hantarkan karya-karya anda mengikut topik yang diutarakan pada malam-malam tertentu. #promo
***
Azrin merenung ke luar jendela. Dia terlihat habuk-habuk di celah-celah daun tingkap. Lalu diambilnya kain. Di lapnya. Di tiup-tiupnya. Tangannya kotor. Lalu Azrin bergegas ke bilik air. Di basuhnya tangan dengan sabun berjenama Dettol, untuk membasmi kuman yang ada di tangan. Itu sahaja jenama yang dipercayainya. Setelah selesai membasuh, dia berjalan semula ke arah kerusinya.
Tiba-tiba terdengar panggilan dari ruang tamu.
“Azrin, mari makan. Mak dah siap masak. Nanti sejuk pula lauk ni.”
“Iya mak. Azrin datang ni.”
Azrin pun berjalan ke ruang makan. Adik-adiknya juga telah duduk bersedia untuk makan secara berjemaah. Lebih afdal begitu. Semua makanan telahpun dihidang rapi di atas meja. Hanya perlu mengambil pinggan yang tersusun di sebelah periuk nasi dan dicedokkan nasinya. Azrin memilih pinggan. Ditiup-tiupnya untuk menghalau habuk degil. Tak cukup dengan itu, dia ambil tisu dan lap sekali lagi. Azrin sangat pantang dengan kekotoran.
Kemudian, doa makan dibaca adiknya. Amin.
Sedang enak menjamu selera, adik bongsunya mengadu sesuatu yang kurang enak kepada ibunya.
“Ma, kenapa dalam lauk ni ada lalat mati?”
Seraya Azrin bangun dari meja makan dan terus berlari ke arah bilik air. Diluahkan semua isi perutnya. Terbayang bagaimana dia makan binatang yang kotor seperti lalat. Sudahlah pula lalat membawa taun. Dalam perut lalat ada cacing pula. “Oh tidak! Virus dah banyak dalam perut aku!” Difikirkan cara bagaimana untuk membunuh bakteria dan virus berbahaya di dalam perutnya.
Matanya menghala ke arah sesuatu. Dilihatnya label. “MAMPU MEMBUNUH 99.9% KUMAN DAN BAKTERIA BERBAHAYA!” Tanpa berfikir panjang lagi, Azrin meneguk cecair itu. Pandangannya kabur. Beberapa saat kemudiannya, dia rebah. Keseorangan. Lalu buih mula keluar dari rongga mulutnya. Azrin disahkan mati beberapa minit kemudiannya.
Nota: fobia kepada kekotoran dipanggil Automysophobia
saya sampai sudah tak berkesempatan nak join zine satu malam~haih~~
ReplyDeletemalam ni topik 2.0
ReplyDeleteabam hantar la sepam dua. hihi.
ist time belog kamu, aku sudah jatuh cinta. wink*
ReplyDelete