"aida, kau takde lesen ke?"
"haah. aku takkan buat lesen sampai la aku dah ada duit nak beli kenderaan"
"oh, kenapa pula? kalau kau ada lesen nanti senanglah kau nak drive"
"bukan ape, aku cuma malas nak renew lesen bebanyak kali padahal aku bukan ada kenderaan pun.."
ha. itulah aku yang sampai sekarang cuma bergantung kepada kenderaan awam semata2 kalau nak berjalan. yalah, aku tak ada boyfriend yang sudi angkut aku kemana2. tak ada driver. even ayah aku pun tak duduk rumah, jadi aku kenalah berdikari naik bas, tren, teksi dan sebagainya.
kau tahu betapa penat naik public transport ni? sumpah penat weh!! kalau dari umah ke gombak naik kereta tak sampai sejam pun, lebih kurang 45min je.. tapi kalau aku naik public transport dari rumah, ada tiga cara...
1. naik teksi sampai uia. harga lebih kurang rm35++
2. naik bas mini rm1 > tukar naik bas metro 22 sampai pasar seni rm3 > tukar naik bas metro 91 sampai uia rm2.50. total up=rm6.50
3. naik bas mini rm1 > tukar naik tren ktm dari serdang ke kl sentral rm1.70 > dari kl sentral tukar naik lrt putra ke terminal putra rm2.40 > turun lrt, naik bas rapid ke uia rm1. total up= rm6.10
dan cara 2 dan 3 tu boleh mencecah sehingga 2-3 jam lebih untuk sampai ke uia yang padahal boleh sampai tak sampai sejam pun. yeah. bak kata seorang kawan aku...
"kalau tiga jam nak pergi uia, boleh sampai seremban kot! "
kalau korang lah kan, apa yang korang pilih?
aku senang je. disebabkan perjalanan yang terlalu memakan masa, aku tak memilih satu pun daripada tiga tu. sebaliknya aku lebih rela tak balik rumah kalau setakat cuti dua hari or tak ada benda penting. walaupun orang selalu kata camni kat aku...
"aida, rumah kau bukan jauh sangat pun. kat selangor je. apesal tak balik je rumah? bosan kot duk uia ni..."
so now you know the answer.
susah kan.
ReplyDeleteAku pun tengah duk tunggu naj jpj test. seksa. ni pun sebab terpaksa. ambik lesen awal pun apa guna, kereta still tak boleh bawa ke U. Mak tak bagi.
Such a waste. kan.
tu lah... kalau ada lesen tapi tak guna pun tak guna.
ReplyDeletela. kenapa mak tak bagi? rugi.rugi.
selalu mak ni kurang percaya kat anak perempuan, contoh macam aku ni ha..
aku pon xbalik umah kalo cuti 2 hari je..penat wooo duk dalam bus 3jam.. pastu xilang penat lagi dah kne balik semula! huuu
ReplyDeletepenat dalam bas ajelah.
ReplyDeletebile tah nak updet nih . . .
ReplyDelete