Sunday, May 8, 2011

dialah mama saya

bersyukur kerana aku masih mempunyai seorang mama yang amat penyayang.. aku bertuah kerana dapat merasai kasih sayang seorang mama. dialah yang tabah menjaga anak2nya seramai lapan orang, memang kalau nak bandingkan segala jasa dia sangatlah tak ternilai harganya. masuk tahun ni, mama pun dah berusia 45 tahun. aku sebagai anak sulung seharusnya memahaminya, lebih2 lagi aku ni anak perempuannya. akulah teman rapatnya, aku jugalah tempat meluahkan masalahnya. 

mama memang terer didik aku menjadi seorang manusia. skill yang dia ada tu memang power bagi aku, maybe nanti bila aku dah kahwin pun aku nak ikut cara dia ajar aku ni. hahaha. 

Masak
 
mama pandai buat aku jadi rajin pergi dapur yang padahal aku memang malas gila nak masak kadang2 tu. haha. cara dia camni, memula dia akan biarkan dapur tak berasap dari pagi, bila dah tengah hari, semua perut anak2 dia mulalah berlagu irama keroncong. time ni la dia nak ajar aku skill masak tu. dia akan pegi beli atau keluarkan ape2 lauk mentah dari peti ais, pastu dia akan kata, "ha kakak, ape lagi, mama dah keluarkan ikan tu, pegilah masak. lapar kan? masak je ape2 asalkan boleh makan, biar tau sikit susah masak tu..." aku pun terpaksalah masak sebab dah lapar gila. 

yeahh..disebabkan dia selalu buat camtulah aku sekarang boleh la masak sikit2... aku start masak umur form 1, memula masak sikit2 yang senang dulu, pastu baru dia serah semua benda kat aku. bila aku balik cuti, maka akulah mangsa yang kena masak. katanya, bukan selalu aku ada kat rumah, adik2 teringin nak rasa air tangan aku pulak. :P


Dating

haaa, dating di sini bermaksud keluar dari rumah dengan seseorang kawan. biarlah nak kata mama aku ni konservatif ke, hape ke... tapi mama memang pantang betul kalau aku keluar malam. mama kata, perempuan tak elok keluar malam2 ni, tak elok kalau orang pandang. aku pernah la keluar ni, kadang2 terlewat then balik lewat malam sikit. cara dia nak ajar aku senang je, bila aku balik rumah dari jalan2 tu, mesti dia takkan layan aku. kalau aku cakap dgn dia pun dia akan buat tak endah jer. dia takkan layan aku dan buat dingin gila-gila lah. pastu mestilah aku terasa kot.

but aku tahu dia nak ajar aku jadi perempuan yang baik. so kalau taknak dia buat muka masam kat aku, kenalah balik awal, at most sebelum maghrib dah sampai rumah. disebabkan aku nak jaga hati mama, aku sangat jarang balik malam kalau keluar. 


Mengemas 

pasal mengemas ni dia memang sangat titikberatkan, walaupun anak2 dia agak malas dan tak suka berkemas kalau tak dipaksa. hehee. disebabkan mama yang selalu sangat kemas rumah setiap hari, jadi tabiat dia tu pun aku terikut juga. entah, kalau tak kemas tu terasa tak lengkap kerja seharian aku, lebik2 lagi kat hostel. tiap2 hari aku akan cuba sapu sampah kat bilik aku dan kemas katil aku sendiri. 
 
teringat kat rumah, kalau dah jam 7 pagi kami tak bangun2 dari tidur, mesti dia akan buka tv kuat2 pastu buat2 bising.ketuk meja sana, bunyi pinggan susun kat dapur...ishh memang annoyinglah!  tapi bunyi2 bising tu la yg buat aku bangun pagi dan kemas rumah. (tapi sorry aku tak suka basuh kain. hehe) 



itulah serba sedikit tentang mama. saya sangat sayangkan mama saya!

No comments:

Post a Comment