Hari ni hujan lebat sangat. Aku duduk rumah melayan laptop, dan kerjanya cuma main Mario Forever dan internet. Dua tu je kerja aku. Takde benda lain.. tibe2 hujan lebat masa pukul 3.30 petang tadi. Aku cuak juga sebab hujan yang lebat tu kuat sangat sampai tempias masuk dalam rumah pastu kena laptop plak. Rasa tak cool sangatlah. Heh. Aku pun pergilah buat ape yang patut taknak bagi hujan tu terus membasahi lantai rumah. Hmm. Tengah sedap2 layan Mario bersama2 cendawan dan “where’s my keyboard”nya, aku mula rasa hujan semakin melampau2 kuat dan angin pun kencang gila2. Tetiba, terdengar bunyi “krak,krak,krak”. Kuat juga. Aku dah mula takut…sumpah. Masa tu baru aku rasa aku patut off je laptop ni, yelah dgn kilat sabung menyabung, air tempias semua. Tetiba je ada satu bunyi yang kuat ”DAMMM!!”. Peh. Aku ternampak sesuatu yang menakutkan aku. Tapi sebelum tu aku nak cerita satu benda ni dulu. Bunyi ape tadi tu biar jadi misteri jap. Heee…
::Mimpi mengerikan::
Aku tidur tak sedar diri… satu pagi Jumaat tu aku bangun. Tapi aku pelik kenapa cuaca kat luar lain macam. Pagi2 lagi dah ada mambang. Aku tengok tingkap. Memang pelik. Pokok hutan yang selama ni ada kat depan rumah aku habis ditarahnya. Kelihatan sangat terang dgn cahaya jingga. Tiba2 datang satu angin dari tingkap. Aku panik. Barang2 dalam rumah aku semua terbang mengikut arah angin. Sangat kuat tak terperi. Aku kira itulah dia kiamat. Pokok, rumah, kereta semua beterbangan, ibarat sudah tak punya jisim yang akur kepada graviti. Masa inilah dinding rumah aku hancur sedikit demi sedikit. Aku menangis dalam mimpi tu dan tak ada siapa yang datang menolong.
dah, sambung cerita..
Okay. Tadi tu cuma mimpi saja. Tapi apa yang aku mimpikan tu ada beberapa perkara yang betul2 terjadi. Okay. Sebenarnya bunyi yang kuat tu datangnya dari pokok besar yang tumbang kearah rumah aku.. pokok tu serius besar dan tinggi. Nasib baiklah bokok tu tak sampai masuk dalam rumah aku. Sipi2 je lagi nak kena. Lepas2 pokok tu tumbang, aku terdengar jeritan suara meminta tolong. Dua kali dia minta tolong. Masa tu memang rebut kuat sangat2. Aku hanya mampu tengok kat celah2 tingkap, tapi apepun aku tak nampak sebenarnya. Aku terus buat keputusan untuk call badan penyelamat. 999 lah. Lepas report tu, dia ada cakap nak dating semua, tapi, tahu tak, betapa hampehnya sampai kesudah tak sampai2 pun bombanya. Cehhhh. Makan gaji buta!! Aku pelik, aku bukannya buat panggilan palsu pun. Memang pokok besar tumbang. Memang kren kat sebelah kuil tu terbalik. Aku memang hilang percaya terus kat 999 ni. Kecemasan sepatutnya datanglah secepat mungkin. Hmmm.
Sampai sekarang misteri orang jerit minta tolong tu aku tak tahu sapa. Cuma aku dgn mak aku je dengar “TOLONG!!” tu. Kesian orang tu. Mungkin dia dah diselamatkan…semoga begitulah. Maaflah aku tak cukup berani nak pegi kat belakang tu…
Punca dapat angin ribut melampau2 tu ialah sebab hutan kecik kat belakang rumah aku tu dah ditebang. Memanglah angin akan datang direct terus. Takde tapis2 dah. Sebelum ni masa ada hutan tu, tak pernah pun jadi ribut melampau ni. Disebabkan angin terlalu kuat, tu yang pokok tu tumbang. Kesian orang yang duduk rumah paling atas tu sebab bumbung dia ranap sikit dek hempap pokok. Mesti tadi air hujan masuk dalam rumah..aku hairanlah. Dah dekat 10 tahun aku duduk rumah ni, aku masih tak faham ape sebenarnya kren2 kat belakang rumah aku tu buat. Elok2 ada hutan, ditebangnya. Padahal bukan nak buat ape2 pun kat tempat yang dia dah tebang tu. Aku agak kesal juga… mungkin kat belakang rumah aku ni jadi pusat curi tanah disamping sewa kren2 n lori haram. Mungkinlah. Sebab kenapa nak letak kat kawasan yg betul2 tersorok gila2…?
Kejadian tadi buat aku banyak berfikir. mimpi buruk aku tu pun tak mustahil satu hari nanti boelh jadi kenyataan kan...Sorry la tak ada gambar nak tunjuk. :)
Harap semua ambil la iktibar daripada kejadian. And jangan harapkan sangat 999 tu. Lalala~~
No comments:
Post a Comment