masa kecik2 dulu, aku adalah sorang budak yang degil, suka bercakap dan main 24 jam. Hehe. Basically aku dibesarkan kat Kuala Lumpur. Yeah. Macam2 pengalaman aku masa kecik2 dulu ni... okay, mari describe aku camana masa kecik2 dulu..
- always rambut pendek
- rambut cam megi
- pipi tembam dan berkulit cerah
- suka minum susu pakai botol sampai 6 tahun
- suka menyanyi (dan lagu2 tu suma lagu rock kapak beb. Haha)
- kuat berceloteh dan suka bagi banyak alasan
Aku dilahirkan di kampung tersayang, Kluang, Johor. Lepas tu, aku duk kat Kampung Pandan, KL. Mula2 aku masuk sekolah tadika, iaitu seawal 5 tahun, ayah aku daftarkan aku kat satu sekolah tadika agama ni, kalau aku tak silap nama dia Tadika Islam Al-Watan. Pagi2 aku kena bangun kul 6.30 sebab pukul 7.30 kelas start. Pakai baju macam budak2 pegi sek agama..okay. Hari pertama aku, pergi balik ayah aku amik. Hari kedua ni lah yg kelakar. Pagi tu ayah aku hantar. Tengahari tu tetiba ayah aku datang lambat. Entah knapa otak aku masa tu, aku dgn tah ape2 selamba je naik bas sekolah. (padahal takde sape suruh aku naik bas sekolah) haha. Aku pelik kenapa bas tu tak berhenti kat rumah aku. Pergi tah mana2 je. Last2 pemandu bas tu sedar yg masih ada sorang budak dalam bas tu, iaitu aku. Pakcik tu tanya, aku duk mana... aku pun tunjuk je la jalan pergi rumah. Kira okay jugalah aku tahu jalan balik rumah kan. Hehehe... gila betul. Masa tu ayah aku dah pergi balai polis cari aku mana. Rupanya aku kat rumah dah, naik bas plak tu. Heh. Sejak dari insiden tu, ayah aku dah tak bagi pergi sekolah dah....
aku selalu didiscriminate sebab aku tak comel dan cantik macam orang lain. Sampai sekarang aku masih ingat insiden ni, aku pegi rumah makcik ni nak beli aiskrim. Entah ape salah aku, makcik tu halau aku camtu je. Dia siap kata “eh kau budak kerinting, balik lah rumah kau.” kecik gila hati aku. Sedih. Sejak dari tu aku ada masalah self esteem dimana aku segan kalau orang mengata pasal rambut aku yang kerinting macam megi ni... alah. Tu semua citer lama.
setahun berlalu, aku pun dah 6 tahun. Masuk tadika lagi. Kali ni tukar tadika. Masuk tadika cina pulak. Nama tadika ni Tadika Nirwana. Aku masuk tadika ni kejap je, sebab lepas tu aku dah pindah rumah... aku pindah ke Apartment Pandan Lake View, Pandan Perdana, KL. Masa ni aku masuk tadika lain pulak, tapi still tadika cina juga. Nama tadika tu Tadika Sri Pandan. Heh. Kat tadika ni, suma orang stock pandai2. Almaklumlah suma dak2 cina. Aku selalu disisihkan dalam kelas sbb aku bukan comel macam sorang budak tu nama dia Najwa (tgk,sampai skang aku bleh ingat nama dia tu). Masa final exam, aku ingat aku dapat ranking 11/13. lagi dua aku nak dapat number last. Hehe. Tapi tadika ni best. Ktorang ada aktiviti tahunan. Aku kena menari tempurung kelapa. Lagu jong2 inai dgn que sera2. Heh.
Bersambung............
blog baru ke ni?
ReplyDeletebaru sgt. setahun jagung. heh.
ReplyDelete