Monday, March 28, 2011

masa dah tamat. stop.

aku naik tren, perjalanan dari rumah ke kampus kalau naik public transport memang boleh ambil masa dua tiga jam, yang padahal kalau naik kereta tak sampai pun sejam. huh. so bila kita naik public transport ni, memang macam2 lah ragam yang boleh ditontonkan dan dianalisa dalam kepala otak masing2 mengikut rasionalnya. bila aku tengok mereka2 semua tu, aku terus berkata dalam hati,

"emm....masa untuk giliran aku dah tamat...."

YA. bila kau dah meningkat dewasa, secara tak langsung fikiran kau akan matang dari yang sebelumnya. ada orang cepat, ada orang lambat. sedikit demi sedikit kau akan buka mata luas2 dan tengok dunia ni dari kacamara yang sebenarnya. yang realiti. aku juga masih mencari kebenaran.dan dalam on the way nak cari jalan benar tu, aku lihat banyak contoh2 disekeliling aku yang memberi pengajaran pada aku sendiri. 

sebagai contoh:pada awalnya cinta itu manis tapi cinta manis tu boleh bertukar kepada pahit. sampai satu tahap, kau akan sedar semua tu takkan kemana pun. bila kau bercinta bagai nak rak pun, satu hari nanti kau tetap akan kahwin juga. aku tahu, memang best bercinta, orang kata mengenal hati budi masing2 tapi bila kau dah bosan satu hari nanti, or bila kau dah basi nanti, tak mustahil cinta boleh jadi pahit. kau pun menyesal, tapi kau tak boleh nak patah balik sebab semua dah terlambat. fikirkan dosa semua tu lagilah kau nak meraung. better not to deal with others feeling until you really prepared for it, or then you will regret.

"yalah. dalam tren peluk2, pegang2, manja2... eleh, nanti bila kau dah benci nanti, taik yang dulu kau puja wangi nak mampus tu konfem tukar jadi bau paling busuk dalam dunia ni. tunjukkanlah kat semua orang kau bahagia..."

huh. memang mendidih gak tengok orang camtu. tengok lagak gaya pun baru belasan tahun. entahlah, masa muda2 kita bukan fikir sangat side effect dia pun. tau nak seronok je. nak tahu? "nak tahu perangai anak2 kita bila dah besar nanti? cerminlah diri anda masa anda berusia 18 tahun." (masa tu ada penceramah bagitahu masa ceramah maulidur rasul)

dengar ayat tu, aku terus terpaku. sebab aku pun bukan baik sangat masa 18 tahun tu. cuba bayangkan, kalau perangai kita sekarang pun mcm iblis, macam mana dengan perangai anak2 kita nanti? lagi 20 tahun, agaknya apa yang akan jadi pada anak2 kita? adakah lebih super iblis dari kita?

memikirkan soal ni buat aku rasa takut pula nak ada anak. cuba bayangkan kalau anak2 kau pegi dating pastu pegi pegang2 tangan dgn pakwe dia(kalau anak kau perempuanlah), takpun anak kau kata nak pegi tuition tapi sebenarnya dia ponteng n pegi tengok wayang dengan kawan2 dia. huh. takpun anak kau jadi gay. rasa menyesal beranakkan dia. kalau tahu dari kecik2 lagi dipicit-picitkan idung tu.

berbalik pada tajuk asal. betullah, masa aku dah tamat untuk permainan macam ni. aku kata macam ni sebab aku dah nampak jalan yang benar tu. aku dah nampak kesannya. berhentilah melakukan sesuatu yang mencetuskan dosa. jangan cari jalan kearah tu. tamatkan semua permainan perasaan yang takkan mengundang apa2 hasil yang baik pun.

dan kalau kau nak sangat bercinta bagai tu, haha, kahwin je la terus. ada berani?

Saturday, March 26, 2011

sedapkan hati anda wahai aida nesa.

"aku mengerti kot apa yang kau cakap selama ni. aku rasa kau sayang aku sangat2, cuma kau tak nak aku manja dgn kau lg. bg kau, cinta tak perlu diungkapkan. hanya perlu dirasa. kan kan? betul kan ape aku kata ni?"
 
kau akan buat aku rasa sayu dan sedih sebenarnya...tapi aku tetap terimanya dgn hati lapang. kata orang, kalau kita banyak sabar, hasilnya lebih menguntungkan sebab buah masak atas pokok lg sedap dari masak lepas petik/gugur. kan? aku sabar ajelah. tapi kan, bila kau buat camni, aku rasa nak menjalang pulak. kau memang akan kata perangai aku ni seakan2 'keji', tapi aku ni perempuan. aku ingin dimengertikan, dimanjakan, dijagakan. uhh. aww....

yelah. memang patutlah perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki. aku faham dah. once kita dah cintai seseorang lelaki dgn penuh rasa cinta dan kasih sayang, kita akan jaga dia. akan mahu tetap bersamanya. my waiting list is already press the bell for his turn. aku nak senyum lebar2 ke? hahaha. aku gatai ka? hahaha. hanya mampu tergelak kecil dgn sikapku ini.

siapa lagi nak sedapkan hati aku kalau bukan aku sendiri kan. aku patutnya sayang diri aku lagi daripada sayangkan dia tu. sebab dia bukan dah kahwin lagi pun dgn aku. haram jadah aku cakap camni. dalam hati cakap lain. (yeke?)

aku asyik dengar lagu 'what hurts the most' sbb roomate aku kerapkali buat stuck on replay. uish. tapi takpe sbb aku suka itu lagu. wahh. eh. lagu tu buat aku berfikir tentang sesuatu. kalau kita dah terlalu rapat dengan seseorang, bila terjadinya sesuatu perpisahan, mesti kita akan rasa super sedih. sedih yang teramat dan berbekas dalam hati peristiwa tu. mungkin boleh jadi mental. siapa yang betul2 kuat semangat je boleh bangun dari kesedihan tu. fikirlah, kalau kita dah rapat gila2 dgn besfren kita tu, tibe2 dia tinggalkan kita. mesti kita akan rasa kehilangan yg amat besar- sikit sebanyak akan efek hidup kita. dari kita periang jadi pemurung tegar. sebab kalau kita tak rapat sangat dgn orang tu, kita takkan rasa terefek sangat. benda ni applicable untuk semua situasi. family, besfren, husband ke, asalkan insan tu kita sayang dia sangat2. takut kan jadi camtu...bayangkan sejenak...

aku terbayangla jugak kan, kalau aku, mesti aku tak dapat terima sepenuhnya. aku mungkin jadi tak betul kejap. gila. menangis. murung. kejap atau lama tu tak pasti sbb tak alami lagi. aku tak mau alaminya pun! lepas tu, terbayang ni pulak. bila kita dah tua nanti, ajal akan datang bebila masa je.(even muda pun kan). bila dah tua nanti, kita mesti dah hidup bersama suami kita dalam tempoh yang lama kan, mungkin lebih lama dari parents kot... bila salah seorang pergi meninggalkan dunia ni, pasti kehilangan temannya amat2 lah terasa. tempat kita gaduh, geram2, marah2, tengking2, sayang2, manja2, berkongsi segalanya tu dah tak ada lagi... dan bila dia dah tak ada lagi, barulah kita rasa seronoknya gaduh2 tu... malah rindu saat2 bertengkar tu. huhu. macam nak menangis je bila bayangkan diri sendiri ada kat situasi tu. too sad to think ;'(

itulah manusia kan. btw, acceptance is a must for everyone. belajarlah. kalau tak, sampai bila2 pun akan hidup dalam bayang2 masa silam. ustaz aku kata, sebab tu manusia ni dikurniakan sifat pelupa... dan of cos kalau tak, mesti semua manusia takkan dapat recover daripada sesuatu yang menyedihkan sebab terlalu mengingatkannya. sebab tu la ada je orang sampai trauma, schizophrenia, sebab akal tak dapat menerima kenyataan yg pedih dalam hidup ni.

ape2pun, memori dan kenangan bersama insan yang kita sayangi takkan terhapus, because we cherish every moment that we spend together. hargailah teman anda. sedapkan hati anda banyak2 ok.

Saturday, March 12, 2011

This Entire Life

After we born in this world, we were aimed and planned to die. Then we are going to resurrect for submitting our deeds. After we die in this world, is that moment can be call again as 'life'?

Thursday, March 3, 2011

televisyen

baru sahaja menapak pulang dari kelas. kaki ini melangkah laju menuju ke kantin kerana perut sudah beberapa kali berbunyi, akibat tidak makan apa-apa dari pagi tadi. sampai di kantin, terus menuju ke kaunter yong tau foo dan memilih beberapa item yang menjadi kegemaran. sementara menunggu, maka lebih baik jika duduk dahulu sambil menikmati juadah di televisyen. agak lama tidak menonton televisyen sebenarnya. aku kira itu adalah saluran astro prima. (maaf jika silap. aku tak tau sangat pasal astro). iklan pun bersiaran.

terkejut aku. rupanya sekarang akhil hayy dah berlakon.. tak silap nama cerita tu akhil hayy cafe. beliau mmg versatile. ustaz, penyanyi, pelakon, pendakwah.

serba boleh.

tapi aku lebih terkesima melihat kelincahan seorang kanak-kanak- kecil. dia menari bergelek sambil dipertontonkan orang ramai, termasuklah ibu bapanya. dia menari tanpa rasa malu dan memang sangat sporting. kasihan budak itu diperkotak-katikkan oleh rancangan itu. kasihan dia. kecik2 dah tayang badan depan semua orang.

yong tau foo siap. aku makan laju2 sebab nak kejar masa.

aku terfikir, apalah yang akan jadi pada televisyen 20 tahun yang akan datang. itu baru sikit, belum sampai tahap kanak-kanak dieksploitasi dgn cara yang halus tapi kejam oleh orang dewasa termasuk ibu bapanya lagi.