Thursday, March 3, 2011

televisyen

baru sahaja menapak pulang dari kelas. kaki ini melangkah laju menuju ke kantin kerana perut sudah beberapa kali berbunyi, akibat tidak makan apa-apa dari pagi tadi. sampai di kantin, terus menuju ke kaunter yong tau foo dan memilih beberapa item yang menjadi kegemaran. sementara menunggu, maka lebih baik jika duduk dahulu sambil menikmati juadah di televisyen. agak lama tidak menonton televisyen sebenarnya. aku kira itu adalah saluran astro prima. (maaf jika silap. aku tak tau sangat pasal astro). iklan pun bersiaran.

terkejut aku. rupanya sekarang akhil hayy dah berlakon.. tak silap nama cerita tu akhil hayy cafe. beliau mmg versatile. ustaz, penyanyi, pelakon, pendakwah.

serba boleh.

tapi aku lebih terkesima melihat kelincahan seorang kanak-kanak- kecil. dia menari bergelek sambil dipertontonkan orang ramai, termasuklah ibu bapanya. dia menari tanpa rasa malu dan memang sangat sporting. kasihan budak itu diperkotak-katikkan oleh rancangan itu. kasihan dia. kecik2 dah tayang badan depan semua orang.

yong tau foo siap. aku makan laju2 sebab nak kejar masa.

aku terfikir, apalah yang akan jadi pada televisyen 20 tahun yang akan datang. itu baru sikit, belum sampai tahap kanak-kanak dieksploitasi dgn cara yang halus tapi kejam oleh orang dewasa termasuk ibu bapanya lagi.

1 comment: