Saturday, March 26, 2011

sedapkan hati anda wahai aida nesa.

"aku mengerti kot apa yang kau cakap selama ni. aku rasa kau sayang aku sangat2, cuma kau tak nak aku manja dgn kau lg. bg kau, cinta tak perlu diungkapkan. hanya perlu dirasa. kan kan? betul kan ape aku kata ni?"
 
kau akan buat aku rasa sayu dan sedih sebenarnya...tapi aku tetap terimanya dgn hati lapang. kata orang, kalau kita banyak sabar, hasilnya lebih menguntungkan sebab buah masak atas pokok lg sedap dari masak lepas petik/gugur. kan? aku sabar ajelah. tapi kan, bila kau buat camni, aku rasa nak menjalang pulak. kau memang akan kata perangai aku ni seakan2 'keji', tapi aku ni perempuan. aku ingin dimengertikan, dimanjakan, dijagakan. uhh. aww....

yelah. memang patutlah perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki. aku faham dah. once kita dah cintai seseorang lelaki dgn penuh rasa cinta dan kasih sayang, kita akan jaga dia. akan mahu tetap bersamanya. my waiting list is already press the bell for his turn. aku nak senyum lebar2 ke? hahaha. aku gatai ka? hahaha. hanya mampu tergelak kecil dgn sikapku ini.

siapa lagi nak sedapkan hati aku kalau bukan aku sendiri kan. aku patutnya sayang diri aku lagi daripada sayangkan dia tu. sebab dia bukan dah kahwin lagi pun dgn aku. haram jadah aku cakap camni. dalam hati cakap lain. (yeke?)

aku asyik dengar lagu 'what hurts the most' sbb roomate aku kerapkali buat stuck on replay. uish. tapi takpe sbb aku suka itu lagu. wahh. eh. lagu tu buat aku berfikir tentang sesuatu. kalau kita dah terlalu rapat dengan seseorang, bila terjadinya sesuatu perpisahan, mesti kita akan rasa super sedih. sedih yang teramat dan berbekas dalam hati peristiwa tu. mungkin boleh jadi mental. siapa yang betul2 kuat semangat je boleh bangun dari kesedihan tu. fikirlah, kalau kita dah rapat gila2 dgn besfren kita tu, tibe2 dia tinggalkan kita. mesti kita akan rasa kehilangan yg amat besar- sikit sebanyak akan efek hidup kita. dari kita periang jadi pemurung tegar. sebab kalau kita tak rapat sangat dgn orang tu, kita takkan rasa terefek sangat. benda ni applicable untuk semua situasi. family, besfren, husband ke, asalkan insan tu kita sayang dia sangat2. takut kan jadi camtu...bayangkan sejenak...

aku terbayangla jugak kan, kalau aku, mesti aku tak dapat terima sepenuhnya. aku mungkin jadi tak betul kejap. gila. menangis. murung. kejap atau lama tu tak pasti sbb tak alami lagi. aku tak mau alaminya pun! lepas tu, terbayang ni pulak. bila kita dah tua nanti, ajal akan datang bebila masa je.(even muda pun kan). bila dah tua nanti, kita mesti dah hidup bersama suami kita dalam tempoh yang lama kan, mungkin lebih lama dari parents kot... bila salah seorang pergi meninggalkan dunia ni, pasti kehilangan temannya amat2 lah terasa. tempat kita gaduh, geram2, marah2, tengking2, sayang2, manja2, berkongsi segalanya tu dah tak ada lagi... dan bila dia dah tak ada lagi, barulah kita rasa seronoknya gaduh2 tu... malah rindu saat2 bertengkar tu. huhu. macam nak menangis je bila bayangkan diri sendiri ada kat situasi tu. too sad to think ;'(

itulah manusia kan. btw, acceptance is a must for everyone. belajarlah. kalau tak, sampai bila2 pun akan hidup dalam bayang2 masa silam. ustaz aku kata, sebab tu manusia ni dikurniakan sifat pelupa... dan of cos kalau tak, mesti semua manusia takkan dapat recover daripada sesuatu yang menyedihkan sebab terlalu mengingatkannya. sebab tu la ada je orang sampai trauma, schizophrenia, sebab akal tak dapat menerima kenyataan yg pedih dalam hidup ni.

ape2pun, memori dan kenangan bersama insan yang kita sayangi takkan terhapus, because we cherish every moment that we spend together. hargailah teman anda. sedapkan hati anda banyak2 ok.

No comments:

Post a Comment