Monday, April 15, 2013

The Latest Playlist.


Ini adalah playlist aku yang terbaru sekali. Baru seminggu dua ni punya updates. Kalau dilihatkan, dalam playlist ni, artis yang paling dominan ialah Maher Zain. Okay, so far lagu Maher Zain semua best okayy. Tapi yang favorite ialah Forgive Me dengan So Soon.

Lagu Forgive Me tu tentang seorang manusia yang tak lekang dari melakukan kesilapan, tapi kenalah selalu minta ampun dan bertaubat. Aku tak tahu lah kenapa suara Maher Zain dalam lagu ni dia lain macam sikit. Nada dia deep habis. Kalau lagu So Soon tu ialah tentang kehilangan seseorang yang kita rapat dan sayangi di dunia ni untuk selama-lamanya. Walaupun agak sedih, tapi lagu ni ada bagi semangat. Contohnya dalam lirik (korus) dia kata;
"I have to move on ’cause I know it’s been too long 
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong 
I’ll try to take it all, even though it’s so hard 
I see you in my dreams but when I wake up you are gone 
Gone so soon"
Boleh menangis woaaah kalau feeling sorang-sorang.

Okay, yang kedua dominan ialah Dewa19. Ah gila betul aku. Masa tu aku tengah bertwitter. Tiba-tiba adalah sorang kawan ni, dia tengah karaoke. Dia tuju lagu Munajat Cinta kat aku yang masa tu tengah buat assignment rasanya. Lagu ni lama dah aku suka, masa dekat CFS lagi. Anis Syahirah la yang perkenalkan. Sampai sekarang pun masih suka. Video klip dia pun comel sangat! haha. Lepas tu lagu Larut. Actually, aku tak pernah tahu tajuk lagu tu. Sampailah aku pergi main download je haritu, sebab nak tahu. Rupanya ni lagu yang aku suka masa form 4 kalau tak silaplah. Masa tu famous juga la album Republik Cinta. Biasalah kan, dulu mana ada internet. Terdengar dekat walkman, pastu kalau tanya-tanya kawan pasal lagu tu. Kemudian kalau tak tahu, mengharap lagu tu diputarkan semula pastu cepat-cepat suruh kawan dengar.lol. Video Larut pun berseni juga. Sebab lebih kepada abstrak. Gittew.

Lagu Katalis-Spider, mengandungi lirik yang agak minblown (yeke?), sebab aku kena fikir apa situasi dia. Haa. Macam cerita. Rupanya lagu Cerita Dia-Drama Band tu lagu OST cerita yang ada Sharnaaz dengan adik sam bunkface. haa Siti Saleha. Lupa kejap. Apa entah cerita tu. Okay laa. Kononnya pasal seorang wanita yang masih menunggu jawapan dari orang yang telah menolaknya.

Rembau Most Wanted yo! haha lagu ni pun best. Rap terbaik. Rasa nak cekik je. Lagu yang berbangga dengan identiti Nogori. Pastu soundtrack dari Bridal Mask-Right Beside You. Aku tak pernah-pernah nak tengok drama Korea, tapi cerita Bridal Mask ni, serious berbaloi tengok. Sebab cerita dia tak cliche. Story line dia ialah pasal Korea yang ingin menuntut kebebasan dari cengkaman Jepun. Jadi setting dia pun of course lah macam zaman 40-an dulu. Tapi soundtrack ni mendayu sangat. Terbayang scene Kang To dengan Mok Dan masa zaman perang tu. Kisah cinta mereka sangat tragis.

Okay la, yang terakhir mahu dikupas ialah lagu english. Just Give Me A Reason-Pink ft Nate Ruess. Apahal entah lagu Pink kali ni rentak dia comel sangat. haha! Mula-mula aku dengar lagu ni, bukanlah lagu yang asal, tapi dari medley lagu-lagu hit dari Pink, oleh Macy Kate dengan Kurt sebagai pemain piano (ini link dia). Ada la part yang dia nyanyi tu, ada lirik ni;

"We're not broken just bent 
And we can learn to love again"

Pastu aku takdelah cari pun lagu tu, sampailah hari tu aku balik rumah terdengar adik mainkan lagu tu dekat phone dia. Baru la aku rasa nak pergi download. Best! Kemudian Stay-Rihanna ft Mikky Ekko. Selain daripada lagu Love The Way You Lie, Russian Roulette, dan Unfaithful, Stay adalah lagu yang punya soul. Mungkin aku terpengaruh dengan bunyi piano sebagai main melodi kot. Jadi bila dengar tu rasa puas semacam. Melayang-layang.lol.tipu.

Jadi mungkin playlist ni akan bertambah lagi. Dan yang pastinya lagu-lagu dalam playlist ni akan jadi lagu tema final sem. Kemudian dengar sampai lebam telinga sebab cucuk earphone sebab roommate tak suka bising. kahkah.





No comments:

Post a Comment