Thursday, August 11, 2011

Ramadan Terakhir_POMPA BENSIN

salam semua. salam ramadan diucapkan! 

pada bulan ramadan ni, dekat slot Samarinda menyajikan cerita terbaru khas untuk bulan ramadan. tajuknya Ramadan Terakhir. mantap cerita ni. tapi taknak cerita pasal cerita tu sebaliknya tentang lagu soundtracknya yang meluluhkan hati. oh. kalau dulu, masa cerita Syurgamu Ramadan, lagu soundtracknya Akan Ku Jumpa nyanyian Azfar tu memanglah terbaik. dengar lagu je pun dah boleh buat aku nak tengok cerita tu seterus dan seterusnya. Tahniah untuk Radius One. anda sensitif mengenai hal ini; aku kira.



buat masa ni, lagu penuh Jangan Lupa Namaku masih belum ada. sebab kata pihak Pompa Bensin, kena tunggu 5000 orang like fanpage dia dulu (oh sungguh demand). ni link dia [pompa bensin facebook fanpage]. tak apa lah nak demand-demand kan, nasib baik lagu sedap. silalah like sebab aku nak dengar yang full punya! hewhewhew. lagu ni kalau kita hayati lirik dia, ada unsur ketuhanan dan membuatkan kita terfikir, walaupun kita tak nampak tuhan tu dimana, tapi kita jangan lupa nama tuhan kita sebab Dia sentiasa ingat kita walau apa jua situasi. dan percayalah, tuhan itu lebih mencintai kita lebih dari segala makhluk yang ada di dunia. btw, aku suka juga instrumen yang dia guna dalam lagu ni, syahdu~


Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


ini pula video unofficial sekerat.
[video]

enjoy!

4 comments: