"kakak, cepat naik badan ayah. kita tak boleh lama duduk dekat sini. ayah tak nak kakak jadi mangsa keadaan,"  jerit ayah kepadaku. aku lantas lari memecut ke arah ayah. ayah, apa  permainanmu sebenarnya? apakah ayah mahu bawa kakak jauh dari semua dari  yang kakak sayang? ayah, janganlah begini... kakak selesa dengan apa  yang kakak ada sekarang. 
"ayah, kenapa ayah? kenapa?" 
 
"kalau kakak sayang ayah, jangan banyak soal. cepat kakak. kita dah kesuntukan masa ni!"
aku  terus menaiki tunggangan badan ayah. ayah bagaikan kuda dengan  mendukungku. walaupun aku telah pun berusia hampir menjangkau 21 tahun,  ayah tetap gagah mengusungku. ayah, apa semua ni ayah... kakak memang  tak mengerti...
ya...  ayah memang berlari laju. seperti ada yang menolak ayah sehinggakan  ayah begitu larat untuk berlari sebegini. tiba-tiba aku sampai di sebuah  kawasan bukit yang tinggi. ayah perintahkan supaya aku turun dari  badannya. aku kata pada ayah yang aku takut. aku gayat. ayah hanya  menjawab, "kakak, dalam dunia ni kalau kakak tak cuba, mana kakak  akan tahu. cuba kakak turun dulu. ayah pegang tangan kakak. kakak jangan  takut ya. ayah ada." 
bagaikan  kanak-kanak kecil, aku pun turun. kelihatan gaung yang amat dalam. aku  bertanya pada ayah, kenapa wujud gaung seperti itu? kenapa kita berada  di atas? 
ayah terdiam. barangkali memikirkan jawapan yang sesuai untuk anaknya. tapi ayah bertanya padaku, "kakak,  cuba kakak duduk sini. kakak tengok bawah tu. bila kakak berada di  atas, kakak nampak kan semua yang ada di bawah?" soal ayah kepadaku.
 
aku menjawab.  "iya lah ayah. kakak boleh nampak semua yang ada dibawah tu. tapi orang  yang ada dibawah tu boleh nampak ke kakak yang duduk dekat sini?"
"kakak,  kalau kakak menuntut ilmu, ibarat kakak berada di atas. kakak boleh  nampak mereka semua. kakak tahu semua. sebaliknya jika kakak tiada ilmu.  kakak terus berada di tempat yang kelam seperti di bawah sana. kakak  tak nampak dunia ni... sebab itulah ayah bawa kakak keluar dari  kebiasaan kakak. ayah nak kakak jadi manusia. bukan hanya mengikut  telunjuk manusia yang lain," jelas ayah.
hari  semakin malam. semakin gelap. aku dan ayah masih berada di tengah hutan  belantara yang penuh dengan lereng-lereng bukit curam dan menakutkan.  ayah menyuruh aku naik tunggangannya semula. dia kata, dia nak bawa aku  jauh dari rumah. dia mahu tunjukkan aku dunia luar. 
matahari  telahpun melabuhkan tirai cahayanya, dan kini aku dan ayah berada dalam  gelap. kedengaran seperti gonggongan anjing dari jauh. anjing itu  mungkin mendengar bunyi kaki ayah yang berjalan di dalam hutan. aku  dengar langkah anjing itu semakin hampir. aku katakan  pada ayah, "ayah, kalau kita mati digigit anjing macam mana? kakak takut. ayah, lebih baik kita lari. selamatkan diri kita dulu!"
 
ayah  mengangguk. lantas dia berlari lagi. lebih laju. demi menyelamatkanku.  sambil berlari ayah berkata bahawa musuh di dalam gelap kita tak tahu  siapa. mungkin gonggongan itu anjing, tetapi yang bergerak menuju ke  arah kita itu bukanlah anjing. kita kena berhati-hati. "baguslah  kakak peka dengan bunyi sekeliling. kakak kena ingat, musuh kita bukan  yang berbunyi sahaja. malah yang senyap juga boleh menjadi musuh yang  dahsyat jika kakak tidak berhati-hati."
 
terima  kasih ayah! semakin dia berlari, semakin perlahan langkahnya.  barangkali ayah penat. yalah, sepanjang hari dia berlari dan  mendukungku. lalu aku pula mendukungnya. anjing itu semakin jauh. aku  gembira. tiba-tiba aku sampai di satu persimpangan. diantara moden dan  kuno. diantara jalan kerikil dan jalan lebuhraya. diantara selesa dan  tidak. aku cuma terdiam. aku memang tidak tahu selama ini dunia ini ada  jalan yang secantik lebuhraya ini. kulihat ayah semakin lemah. aku pun  semakin tidak berdaya hendak meneruskan perjalanan. hanya terduduk  menantikan bantuan.
datanglah ribuan manusia. aku semakin longlai. mata terpejam dan aku terjaga. 
semua ni cuma mimpi.
kenapa  aku mimpi pelik sebegini? mungkin aku rindukan ayah, terlalu rindu  barangkali... bila ayah nak pulang...kakak rindu ayah...lalu airmataku  bercucuran. 
btw. hmmm.
ReplyDeleteayah kau ada lagi ke
sorry tanya soalan bukan2
ayah aku ada lagi.
ReplyDeletecuma dia dah berbulan tak balik rumah.
dan aku sangat rindu dia.
:(