Tuesday, July 3, 2012

sunyi.

aku akui aku memang sunyi. rasa sunyi sampaikan rasa membunuh perasaan sendiri. bila aku sendiri, sunyi akan tiba dengan suara-suara halus yang terngiang dalam kepala membuatkan aku rasa nak sangat peluk dia. rindu. setiap malam aku menemani dia, mencium dan mendakapnya. aku tak tahu apa perasaan yang terlalu istimewa ini sehinggakan aku sanggup buka semula laptop tengah-tengah malam ni, walhal aku dah terlalu kantuk.

tiba-tiba runut lagu 'payphone' berbunyi lantang.

aku angkat. dan itu suara ayah. ayah menyebut yang seseorang mahu bercakap dengan aku.

aku menjadi girang seketika. suara budak kecil empat tahun setengah mula bergetar menerusi gegendang telinga. harus aku terima hakikat yang dia tiada di hadapanku. hanya mampu mendengar.

kami bercerita seperti biasa. sangat mengubati rindu yang tersimpan. seperti malam-malam yang sebelumnya, kami bercerita tentang 'tidur gulung popia', sifat 20, apa yang kami makan dan minum, siapa yang kami sayang, malam ni tidur bersama siapa dan semuanya. dia tak pernah jemu ucapkan rindu pada aku. aku rasakan itulah hadiah yang paling bermakna sebelum aku pejamkan mata setiap malam. dia tidak akan tidur selagi tidak bercakap dengan aku.

"kakak, nanti kakak balik rumah eh. nanti kakak tidur nabil eh. nabil sayang kakak. nabil rindu kakak..."

setakat ini tiada siapa yang boleh menandingi rindu dia pada aku kerana aku tahu, rindunya adalah rindu yang suci, bukan dibuat-buat dan ditipu-tipu tuturnya kerana tak mungkin seorang budak kecil akan menipu tentang sesuatu yang dirasai dalam hatinya. dia ikhlas. aku boleh rasa.

dan kalaulah umurku panjang, aku akan berikan untuknya hanya yang terbaik. biarpun aku tak punyai sesiapa yang mampu menjaga perasaan aku, tapi aku yakin dia mampu menjaganya kerana setiap apa yang dia lakukan adalah menghiburkan sehingga mampu mengubat hati yang sedih. aku akan menjaganya. sehingga dia menjadi manusia berguna. aku mahu dia membesar di hadapan aku.

suatu hari nanti, bila dia sudah meningkat dewasa, pasti akan ada sedikit batasan antara kami. dan ketika itu aku sudah tidak lagi boleh memeluk dan menciumnya. dan aku harap semoga aku akan mendapat pengganti nabil untuk menceriakan aku selalu, supaya aku terus bersemangat dalam kehidupan.

semoga pengganti yang lahir dari rahim aku itu nanti juga akan jadi seperti nabil- si kecil yang bijak, rajin, ceria dan pandai menghormati orang lain.



"....kakak pun sayang nabil juga... selamat malam. mari baca doa tidur....bismikallah humma ahya wa amut..."





2 comments: