ini la handphone tu. mampuih aku nak cari duit.
barang yang lepas jangan dikenang. sekarang ni cari duit nak ganti tu. em. mama kata, ada hikmah kenapa handphone tu hilang. mama pun sedih juga sebenarnya. nak kerja ke? tapi aku tak tahu nak kerja mana...
cakap pasal 'barang yang lepas' ni, aku teringat pula kisah lama. heh.
entahnya, aku sebenarnya malas nak menjiwang bunga-bunga kat sini. tak gemor. tapi sejak akhir-akhir ni aku macam kena penyakit rindu, kut. bukan rindu, bukan, tapi entahlah. tak ada perkataan yang spesifik untuk aku terangkan, tapi apa yang aku rasa ni normal untuk semua manusia. biasalah teringat-ingat kan.
ada satu masa ni, tiba-tiba aku teringat semua kenangan manis di zaman 'dulu kala'. macam bila kau buka weblagu nak pergi download lagu, tiba-tiba banyak pop-up window dari IDM suruh kau download. ha, camtulah. kejap lagi aku naik tren, teringat. pergi mines, teringat lagi. pastu nak makan roti pun boleh teringat. saiko betul. sejak tahun lepas, rasanya penyakit ni dah lama tak ada. berkunjung pula pada pertengahan 2012 ni. hahaaa. lepas tu aku sedar yang aida nesa sebenarnya tak adalah kuat mana. dia poyo je lebih. kahkahkah.
tapi seriously, aku bukan lah rasa macam nak bercinta lagi, nak cari pakwe tu jauh sekali la. kadang-kadang memori yang indah tu macam satu ubat tau. bila aku tacing-tacing, teringat je terus boleh sengih-sengih. tah apa-apa, tapi tulah dia. masa dekat studio, buat final hari tu, tetiap malam ada delivery roti bakar pelbagai perisa. aku mesti akan beli kaya+planta. every bite i ate reminds me of this people and i feel my passion to continue my work is slightly upgraded. sebenarnya aku tak pernah tahu kombinasi dua perisa tu sangat lazat sampailah ada seorang ni buat sandwiches yang sangat special untuk aku. fuh fuh. rasa sangat surprised masa tu. itu empat tahun lepas, dekat KLCC, pergi archidex, masa tengah tunggu gate dia buka pagi-pagi.
teringat juga yang dulu selalu berdebat pasal shawl masa aku mula berjinak-jinak nak ubah stail bertudung. dia kata, aku tak cantik bila pakai shawl. banyak kali dia argue, bagi contoh macam-macam. (nota: dulu sebelum aku bershawl ni, macam biasalah pakai tudung bawal yang ada bunga-bunga kat tepi dia tu. tak pun yang ada manik-manik berlian murah tu.) ha. dia kata shawl ni jarang lah, pendek lah, lepas tu serabut lah, tak kena dengan muka aku lah. macam-macam lah. lepas tu aku cuba buktikan yang pakai shawl ni cantik, memenuhi syariat, dan aku pun beli pashmina hat yang besor dan tebai tu. dia masih tak suka. hm. yelah. tapi lepas-lepas tu kami pun dah tak jumpa. lama sangat. lepas tu makin aku galak beli shawl. yang macam aku dok pakai la ni. makin banyak koleksi. heh. tiba-tiba hari tu ada satu kes. buat temujanji. lama sangat tak jumpa, tengok muka dia rasa nak telan. tiba-tiba dia hulurkan satu bungkusan. aku buka dekat rumah. rupanya itu adalah tudung labuh segi empat bidang 60 warna hitam. rupanya dia nak suruh aku belajar tutup aurat dengan sempurna. ada beberapa kali aku pakai masa pergi studio. orang cakap; aku nampak kemas, nampak sopan. ecewah. ha, berjayalah kau ye?? tapi kan, lepas aku pakai tudung tu, aku tetiba ada rasa nak berubah. effect dia, aku mula start nak pakai handsocks. pakai stoking.
kahkahkah. ni la muka dia.
ingat nak buat entri pendek je. kehkeh. banyak pula cakap ye. itulah dia. kat atas ni baru sedikit portion pop-up dalam kepala ni. banyak lagi, tapi takmau dah taip. cukuplah hanya sedikit teladan untuk pembaca setia ni haa. hahaaa. cuba buat roti sapu kaya+planta. cubalah. sedap whor. lepas tu kalau tak percaya tudung labuh tu sebenarnya awesome, pakailah sekali. pinjam dekat kawan ke. lepas tu, sila feel the difference. tak menyesal.
aku ada terfikir, bila jadi je isteri orang nanti, aku nak terus pakai tudung besar secara istiqamah. doakan moga aku sempat kahwin. hahahaa.
kbai.
cik adik,
ReplyDeletebusy ke..mana entry baru..hehe..
aah la kak. busy sangat lately ni..
Deletehaaaaa kan??best tudung labuh ni.
ReplyDelete