Friday, January 27, 2012

pwned!

aku sebenarnya kan, tak tahulah apa salah aku sampai kena macam ni. betul la, mungkin betul sesetengah lelaki akan mula rasa bosan bila dah lama sangat dengan kita, dan mungkin sebab tu aku kena tinggal. ah, loser tak bunyinya tu?

aku ada naluri kejahatan juga. ingat lepas kejadian 29 november tu, aku boleh lupa semua ke? takkan mungkin. gila. kau tahu, bila seseorang tu dah jadi sebahagian dari cerita kita selama...aku bagi tempoh katalah 3 tahun, hari-hari kau tanya dia buat apa, dia sihat ke dak, apa masalah dia, tup tup dia pasang lain kat belakang senyap-senyap. dengan someone yang kau rasa dia bukanlah threat pun. rupanya teammates bertukar menjadi soulmate. kawan bertukar jadi sang jantung hati.

dah lama aku dapat hidu perlakuan mereka tu senyap-senyap. almost for more than a year ago. hey. i am a girl too. kau ingat aku tak tahu apa maksudnya kalau pagi-pagi lagi dah text lelaki. tell the men yang kau nak pergi mandi, nak masak, nak mandi kucing, nak basuh berak kucing, nak mop rumah, cukur bulu, what the reason? nak tunjuk kau seorang anak dara yang rajin lah tu. dear girl, kalau kau nak tunjuk rajin pun, nak dapat appreciation dari lelaki, tak perlu nak beritahu every single thing yang kau buat. perlakuan kau seperti tu dah mula menyongsangkan fikiran aku, sebab aku rasa dah lain macam.

so that is you man. you try to win two heart at a same time, don't you? jangan mimpi kalau kau rasa aku hanya tempat pelepas bosan dan nafsu. oh man, i do highlight the word nafsu here. why? what the hell on the the earth kau tiba-tiba nak ajak aku skype? if you want a slightly description about the man, let me say yang dia macam golongan serbanitas. ahah. can imagine?why i say so? because dekat luar kita akan nampak macam tarbiyah, calon suami pilihan, penegak agama, pendakwah, and those things yang related, padahal dekat ym, chatting, dengan perempuan bukan main sweet lagi. (sama lah perempuan tu. or should i give her new name, hijabister?) ergh. whatever.

aku percaya rules of karma. what goes around comes around, and what goes up must come down. satu hari nanti kalau kau tak kena balasan seperti ni, jangan kau salahkan tuhan kalau kakak dan adik kau pun kena benda yang sama.

perbuatan kau macam ni, 'tahi manusia yang digoreng dengan tepung goreng pisang, luar cantik, dalam busuk'. mana aku terfikir dapat analogi keji ni. hahaha. fikirlah, luaran dia kita akan nampak semuanya baik belaka, dalamnya, penuh tahi, kekejian. mungkin kau akan kata, alah biasalah tu bila dah jadi ex, semua jadi tahi. actually, for the past two months, since we are officially break up, aku tak pernah mengganggap dia tahi atau keji sekalipun. tapi semalam, that good perception is totally changed, and i will stick to that forever.

hey man. i know maybe you think this life is too wide to explore. and means the least quality is to be left, the best come first. remember our first year? masa tu semua nice-nice belaka, macam kau dengan perempuan tu sekarang. wohaa. nanti bila kau dah kenal betul-betul, takdenya kau nak berbedtime story cerita Hassan Al-Banna. takdenya kau nak cerita dakwah-dakwah dan pelajaran seumpamanya. mungkin kau memilih perempuan tu sebab lahiriahnya lebih comel. lebih alim. yelah. serbanitas seperti kau tak sesuailah dengan perempuan yang so-called mulut laser macam aku kan. well, you choose.

Memang dia silap pilih lawan orang macam aku yg keras kepala tegar ni. Memang habislah dia.
Sepandai2 dia pun sebodoh2 dia juga. Bodohlah dia. Dia bakal susah. Padan muka.
Memang rasa darah menyirap, tapi don't worry. Aku takkan keluarkan setitik pun airmata utk dia.
Lepas malam ni, memang overjoyed betul aku rasa. Macam baru lepas parti buih.
After all, aku terfikir macam mana perasaan orang yg main kayu tiga. Takde sekelumit rasa bersalah ke.



ah!
i am tired enough to think. just wait the moment and hopefully you will repent! you will see the hell is just below your feet.


btw, lagu ni best. goosebumps masa aku dengar ni. untuk keadaan sekarang, aku lebih kepada set the rain to the fire! haha.

Monday, January 16, 2012

keluar berjalan-jalan

hello peeps!

tajuk tak stim kan? sekali lagi, aku pergi ke mid valley megamall ahad lepas untuk dating pula, padahal dah pergi jumaat lepas. eh. bukan exactly dating. lol. untuk jalan-jalan, dan satu sebab yang kuat adalah nak beli buku untuk dibaca pada waktu cuti ni. lama sebenarnya aku tak berjalan di shopping mall secara berdua-duaan. heh. ayat tak boleh blah. masa tunggu kawan sampai, aku berdiri jelah kat tepi eskalator tu. masa tu perasaan aku sangatlah bercampur-baur bila tengok orang dok dating, pegang tangan, dakap pinggang. mesra betullah! ada tu mula-mula dok bermanja masa tengah tunggu nak masuk panggung. bila nampak kerlingan aku yang tak henti-henti, akhirnya mereka berjarak sedikit. huehue. agaknya tulah orang single rasa bila tengok pasangan-pasangan ni bermesra. dulu mungkin aku tak sedar sebab berada dalam golongan begitu, sekarang aku faham. okay. janji pada diri sendiri takkan buat lagi dah!

seperti yang dijanjikan malam sebelumnya, maka tengoklah wayang cerita contraband. not bad dia punya plot cerita. menarik juga cerita bagaimana seorang suami yang dah lama bersara dari dunia penyeludupan nak selamatkan adik ipar dan keluarganya yang sedang diburu kerana dek kegagalan adik iparnya menyeludup dadah iaitu Andy. biasalah, selalunya dalam cerita thriller macam ni mesti ada orang ketiga yang jadi musuh dalam selimut. yang aku tak boleh tahan kejam tu, masa isteri kepada Chris Farraday tu hampir-hampir kena timbus dengan precast cement. peh. tu jelah yang kejam gila kot. yang lain tu biasalah. tak tahulah pasal apa viewer kena 18+. mungkin ada unsur dadah kot. apapun, sebenarnya jalan cerita dia aku dah boleh agak apa yang akan jadi pada penutupnya. sebab apa pun tatau.

lepas berwayang, pergi makan. okay. aku memang dah lama sungguh tak jejak Pizza Hut. sangat lama okayy. semenjak aku dah tak dating ni, mana ada nak makan-makan kat restoran. err. aku memang kedekut sedikit nak makan kat kedai mahal. hehe. perangai ni wujud semenjak aku dah tak dating. masa dating dulu-dulu, ada aku kisah kalau sekali keluar, pergi melantak sampai 3 restoran sekaligus? aku tak pernah lokek tang makan dulu. ah. cerita lama. so makanlah pizza yang ada udang goreng kat atas dia tu. mak aih. memang sedap gila beb. aku rasa macam nak order udang tu saja dok ratah. cuma pelik makan pizza dengan air 7up Revive. macam orang demam. hehe.

lepas tu pergi ke MPH again. oh. ahad lagi la ramai orang kan. tapi okaylah, nasib baik buku yang dipamerkan tu lebih tersusun daripada masa jumaat lepas. aku geram sebenarnya. dekat clearance sale tu, tak boleh guna voucher 1M kalau nak beli buku kat section tu. banyak novel-novel english kat situ yang murah-murah, ada yang sampai rm5 je. range harga dia dari rm3-20. masa tu aku nampak, siap ada orang borong, penuh bakul. ah. jeles betul tengok orang shopping buku ni. tak keterlaluan kalau aku kata, aku lebih cemburu tengok orang borong buku banyak-banyak daripada orang borong baju dan kasut banyak-banyak. okay. kalau nak kasi hadiah birthday terbaik kat aku, sila hadiahkan buku. #demand

inilah dia buku-buku yang dibeli.


sekian melaporkan. KALAU rajin, nanti aku review buku-buku ni. hehe. bye.

Saturday, January 14, 2012

piano lesson!

hello peeps!

kali ni nak bercerita tentang kegilaan yang muncul semula setelah agak lama meninggalkan kegilaan ni. iaitu PIANO! yeah. sekarang kan dunia dah serba maju. tak ada piano sendiri pun dah boleh main dekat dunia maya ni. berbekalkan set komputer dan internet, maka anda dah boleh main piano, secara percuma!

mesti korang terfikir apa sebenarnya yang dibebelkan ni? okeylah. kali ni nak memperkenalkan sebuah application dekat internet, yang dipanggil Virtual Piano. apa dia ni? Virtual Piano adalah application yang mana bila anda pergi ke link http://www.virtualpiano.net/, maka akan terpaparlah di skrin, satu papan piano virtual yang anda boleh main menggunakan keyboard atau mouse. menarik bukan!




dekat butang-butang tu, jika anda klik, anda boleh dapat tukar warna piano, rekod key yang anda main, contoh-contoh lagu yang boleh dipraktik, ataupun hidupkan huruf pada papan kekunci piano. jadi senanglah anda nak buat rujukan.

ini contoh di youtube yang mereka main dengan pakarrrnyaaa....

titanic, my heart will go on-celine dion


adele-rolling in the deep


kalau korang nak connected dengan group virtual piano ni, maka bolehlah join mereka di facebook group mereka, https://www.facebook.com/groups/virtualpiano/. kat group ni ada banyak tips untuk lagu-lagu dan key nya. ramai yang join group tu. so sambil-sambil tu boleh belajar benda baru sambil seronok-seronok berpiano. hehe.

okaylah. semoga waktu cuti diisi dengan perkara bermanfaat. selamat mencuba!

Friday, January 13, 2012

azam untuk waktu cuti semester.

sumber

 selamat bercuti semua kepada yang sedang menikmati cuti semester! sekarang giliran kita pula nak menikmati cuti, adik-adik di rumah pulak kena pergi sekolah. haha. sunyi juga la rumah bila depa semua pergi sekolah. bosan pun ada. cuti ni korang semua plan nak buat apa? aku dah plan lama dah benda ni. ada beberapa benda yang aku nak buat. dan moga plan ni berjalanlah. bukan sekadar kata-kata je. hehe.

pertamanya, aku nak cuba buat 10 kispen. rangka cerita tu dah ada, tapi belum start lagi nak menulis. senang cerita, aku nak perbaiki mutu penulisan aku yang dah nak berkarat. ye. maklumlah. masuk je uia dah tak pernah menulis. ada juga rasa rindu tu.

keduanya, aku nak ekstrakkan segala ilmu yang baru dipelajari secara mendalam pada minggu-minggu exam tu ke dalam Pseudosains. lama benar tak menulis kat situ. rasanya adalah berbulan juga. -.-". tajuk yang akan ditulis tu maybe pasal building services, lighting, acoustics, sikit-sikit pasal benda lain juga. nak share apa yang aku tahu kat korang. muehehe.

ketiganya, nak pergi join aktiviti ZineSatuMalam. yang ni memang lama dah aku tinggal sejak sebulan nak final ritu. haritu depa-depa pergi bukit cerakah pun aku tak dapat nak ikut sebabnya time tu minggu exam. memang tak bolehlah kan... dalam hati ni rasa rugi gilaaaaa.... jeles sangat!

keempat, aku nak pergi belanja voucher buku tu. muehehe. tak sabar nak beli stationary. nak beli buku nota yang mahal. haha. lepas tu aku nak beli beberapa buku. pastu nak baca sepanjang cuti ni. oh tak sabar sangat..

kelima, aku nak perbaiki tahap kesihatan badan yang tak berapa nak sihat ni. nak potong rambut. nak pergi urut. err. lagi... haa, nak makan secara teratur. sepanjang duduk uia, pola pemakanan aku memang macam tak apa-apa je. ikut suka bila nak makan asal tak lapar. so dekat rumah ni bolehlah praktis makan secara seimbang. beberapa hari lepas, aku baru realize sebenarnya aku ada gastrik. hahaha! tu pun sebab lepas cuba makan ubat gastrik, terus hilang sakit perut dan heartburn tu. nama ubat tu Eviline Forte. ala-ala evil gitu.

oke la. taknak merapu dah. nak pergi bersiap, nak pergi midvalley. dah bertahun tak jejak kaki ke situ.
bye!

Monday, January 9, 2012

perihal perut guwa

perut guwa memang sensitif. tak boleh makan makanan uia. sekian harap maklong.

p/s: guwa memang dah biasa dan lali sangat-sangat dengan muntah/sakitperut/cirit-birit/mual ni.ni belum tahap mengandung lagi kan? arrghh.