Wednesday, December 7, 2011

setia yang hilang

"...rugilah dia kerana telah memperlekehkan kesetiaan aku selama ini."

kerana kesetiaanku ini mahal. aku sangat-sangat menjaganya.
walau serapuh mana kesabaran ini, tetap aku titipkan setia ini, 
supaya menjadi pengikat, pengukuh.

sekarang semua dah tiada. aku cuba buang perasaan setia kepada kamu itu.
agar boleh kuberi kepada yang lain,
yang lebih menghargai nilai sebenar kesetiaan.
yang mengetahui peritnya kesetiaan dikhianat.

setia aku bukan enteng.
bukan sekadar pengisi masa dan ruang.
setia aku sampai ke mati.
menjanjikan bahagia dan seribu erti.

kini setia aku padamu telah mati.
kau cabutkan nilai setia itu pada saat aku sedang sarat dengan kehidupan.
perit, aku telan. aku pasrah.
untuk apa lagi aku menagih setiamu itu jika kau sudah bersuara,
sehinggakan membunuh setia milikku, meragut setia untukmu

pasti selepas ini tiada lagi air mata untuk kesetiaanku,
kerana kau telah pergi jauh.
maafkan aku andai aku terlalu setia,
sehingga membelit perasaanmu yang rapuh itu;
lalu berkecai, maka setiamu yang rapuh itu turut bertebaran,
yang pastinya kini tiada lagi segenap setia untukmu.


terima kasih kerana sudi meminjamkan setiamu itu selama hampir separuh dekad,
dan telah mengajar aku menjadi tabah dan menjadikan aku tahu menilai erti setia.


.the end. 



2 comments:

  1. susah menjadi setia,kn? sakitnya berganda.

    ReplyDelete
  2. Benar. Terlalu setia juga susah. Tapi walaubagaimanapun, setia tetap jadi prinsip dalam relationship sampai bila-bila.

    ReplyDelete