Saturday, December 24, 2011

jurnal dua minggu dalam satu malam

dua minggu lalu adalah minggu yang paling sukar dalam semester ni. macam-macam kerja, macam-macam dugaan datang. banyak kali aku menangis. aku tidak sekuat orang lain yang tabah. aku bukan ada superpower macam orang lain. alah, kau pun macamlah ada superpower kan? kopi superpower tu adalah kan. tapi aku tak pernah minum kopi superpower tu. mungkin lain kali aku boleh cuba. mana tahu boleh ekstrak tenaga terkumpul dalam badan aku. haha.

sepanjang dua minggu, aku hilang arah. aku rasa tak ada petunjuk. aku rasa dunia aku gelap. sampaikan aku rasa nak drop studio. rasa nak dismisskan je semester ni. rasa macam nak telan semua ubat yang doktor bagi. tekanan aku memang memuncak-muncak masa tu. disaat submission dan presentation semakin hampir, aku makin hilang tenaga. aku betul-betul suffer. bayangkanlah, aku muntah-muntah, cirit-birit, pening yang melampau, dan pitam beberapa kali. sepanjang hari aku seram sejuk dengan badan aku. kipas bilik memang takkan aku buka. kaki memang menyejuk sepanjang masa. dan yang paling mengejutkan, aku kehilangan berat badan sehingga 5kg dalam masa dua minggu ni sahaja.

bayangkan, aku tak boleh nak telan pun makanan berat. apa saja aku makan, aku muntahkan. perut jadi senak, perit, kepala kosong. airmata memang menjadi peneman setia. aku tak boleh nak buat apa-apa. drawing aku terbengkalai. tersadai 4 hari tanpa sentuh. progress work aku jadi lambat sangat-sangat. sampaikan aku tercicir daripada semua orang.

beberapa kali aku berulang ke klinik. sebenarnya aku tak boleh nak cerita kesakitan aku pada doktor. aku tak reti nak cakap macam mana. dua kali aku dicucuk jarum nak ambil darah, tapi kesian kat akak tu, darah tak mahu keluar pun. haha. tekanan darah aku rendah. patutlah aku senang pengsan, pitam, kebas, cramp, pening. sebab kata doktor darah aku dia pam tak sampai ke otak. tiap kali aku nak buat drawing dan model kat lantai, tiap kali tulah aku pening-pening. aku tak boleh nak tunduk. lama-lama aku jadi macam orang sengsara. apa pun tak boleh.

sekarang aku ada masalah dengan waktu tidur. semenjak sakit, tidur aku dikawal oleh ubat-ubat yang aku ambil. lepas aku stop makan ubat, aku mula jadi pelik. setiap malam aku akan ambil masa lebih kurang 3-4 jam untuk lelapkan mata di atas katil. sangat lama kan? aku tak boleh nak tidur. dan kalau aku tidur pun. tidur yang sangat sekejap. sampai pipi pun dan surut, mata bengkak. even sekarang ni pun aku tak rasa mengantuk langsung. padahal pagi tadi tidur 2jam je. pelik kan. sebab selalunya aku ni pantang nampak bantal, memang lelap terus. hehe. btw, aku yakin, mungkin ni sebab aku terlalu fikirkan sangat kerja-sampai aku stress-sampai aku tak boleh nak tidur dengan betul.

mujurlah aku punya kawan-kawan yang sangat baik hati dan ambil berat tentang aku. sepanjang aku sakit, aku tak keseorangan. aku sentiasa ditemani kawan-kawan. setiap hari fatin akan tanya khabar aku. jannah pula sanggup bawa aku ke rumahnya sebab takut kalau-kalau jadi apa-apa. sue pula, sanggup naik tingkat 5 bilik aku tu, sebab nak lawat aku. dayah walaupun dia stress, tetap bercerita dengan aku. anis pun luangkan masa bila dah habis presentation. nana sanggup naik tingkat 5 sebab nak kasi ubat. terharu. oh! nadia jalal pun tolong aku, dia bank in duit kat aku rm50. kawan-kawan studio pun ada tanya khabar. roomate pun baik-baik. belikan makanan, ubat, picitkan kepala aku. kawan-kawan facebook dan twitter pun banyak yang mendoakan agar kesihatan aku bertambah baik. terima kasih pada mar, zoul, amiey, sab, dan siapa-siapa lagi yang aku dah tak ingat. terima kasih korang. jasa baik korang tu hanya Tuhan saja yang boleh balas. memang aku tak perlukan apa sangat, cuma aku nak semangat, rasa ditemani, ada kawan disamping bila kita tak terdaya nak lakukan sesuatu yang sukar. baru aku sedar, ramai lagi manusia yang baik-baik, yang sanggup jaga kita. yang sanggup bersusah payah untuk kita. alhamdulillah.

sepanjang dua minggu, banyak kelas yang aku tak pergi. aku missed semuanya. bukan rezeki aku kan. hari jumaat kena hantar assignment ess. assignment terakhir. tadi, adalah hari yang sangat-sangat mendebarkan untuk aku. tengahari ada presentation design! petang ada quiz! haha. memang kelam-kabut betul hari ni. restless. tapi syukurlah apa yang aku baca untuk quiz tu memang masuk apa yang aku concentrate je. memang bulat2 benda tu je. hahaha. aku tak mampu nak hadam notes yang penuh dengan aksara-aksara janggal. memang nak baca takkan masuk otak. petang pula lepas je quiz, ayah datang, nak jemput aku balik rumah. aku rasa lega sangat. sangat. rindu rumah.

beberapa hari ada kat rumah ni, aku rasa macam nak buat pembaharuan pada diri aku. hehe. aku rasa nak berubah imej. nak potong rambut, nak berurut, nak semuanyaaaa! tahu tak apa hadiah terbesar selepas semua dugaan dan cabaran ni? hadiahnya ialah, kepuasan. puas? kenapa puas? sebab aku dapat rasa perit, dapat rasa macam mana tanggung kesakitan dikala kerja menimbun, tapi akhirnya aku berjaya juga laksanakan semua kerja tu dengan jayanya tanpa bantuan. walaupun slow-slow. puas tau! lepas tu, semester ni dah nak sampai ke penghujung. aku tak sabar nak habiskan semester ni. aku nak ruang untuk diri aku. mengenali semula siapa aku.

memang tanpa dia pun aku mampu bertahan dengan kaki sendiri. selama ni dia cuma boneka yang aku anggapkan kasih sayang, tapi kasih sayang tu beku. kasih sayang yang terbit dari dalam jiwa aku tu sebenarnya bukan untuk dia, tapi untuk keperluan jiwa aku. solely.

yang paling best, aku dapat turun 5kg, maknanya aku dah muat nak pakai seluar hitam kesayangan aku tu! celus kaki aku, akhirnya. hahahaha.


okaylah. doakan beta sihat selalu.
:)

2 comments:

  1. semoga kau semakin sihat. *hugs*

    aku tau susah, aku x nafikan, tp kita perlu teruskan hidup. jgn sesekali kita hampa berharap kepada Yang Esa.

    jom, kita senyum sama2,ok?

    berusaha!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    thanks mar sebab banyak bagi semangat masa sakit haritu... terharu.

    ok mar, mari kita sama-sama senyum! ^_^
    yeah!

    ReplyDelete