Friday, May 24, 2013

Rapuh dari Pesawat

Keraguan telah meracuni diri
Dalam keresahan ini
Ku cuba bangkit melawan
Arus yang menentang
Hanya alasan
Bukan tangisan yang kucuba tagihkan

Sungguh
Aku belum fahami
Erti lena dibuai alam mimpi

Kekusutan telah merunsingkan diri
Dalam kealpaan ku
Kau cuba menuding jari
Kata kata menikam
Menusuk dalam hati
Merasuk dalam jiwa
Rona yang dusta belaka

Sungguh
Aku belum fahami
Erti lena dibuai alam mimpi

Walau apa yang datang menjelma
Kita akan hadapi bersama
Walau ribut yang datang melanda
Kita hadapi bersama

Ku cuba keluar
Dari keinginan yang merasuk
Benak pemikiran
Ku cuba ubah
Demi masa depan
Usah taksub dengan kesenangan

Katakan
Masih ada peluang
Untuk kembali bertaut
Demi kita dan harapan

19 & 20 Mei 2013. 36 jam. Hari Yang Terlalu Panjang.



20 Mei adalah hari portfolio untuk kami-kami pelajar arsitektur. Semalaman tidak tidur, lebih dari 36 jam, dan macam-macam yang berlaku. Jika kamu membaca ini, moga kamu akan lapangkan fikiran. Jika kamu mahu terasa, terpulanglah. Ini cuma luahan yang terlalu jujur, datangnya dari dalam hati dan pemikiran aku.

Bergelut dengan emosi dan desakan kerja dalam satu waktu yang sama sangatlah menduga aku untuk menjadi lebih bertabah. Lelaki, kau takkan dapat memahami bagaimana aku harus mengasingkan soal hati dengan kisah silam aku. Semua bagaikan rangkuman yang membentuk sebuah jalan cerita yang aku kira, apa yang telah menjadikan diri aku sekarang. Aku yang lebih berhati-hati. Tidak cemerkap lagi. Kerana aku tak sanggup terus-terusan dilukai lagi.

Ini adalah tentang dua cerita. Cerita yang lain-lain, tapi aku kira intipatinya tidak jauh bezanya.

Pertamanya, untuk kamu berdua, maafkan aku kerana aku tak mampu berubah seperti yang kalian mahukan. Sepatutnya aku tidak perlu meminta maaf. Tapi ya, maafkanlah aku jika itu yang membikinmu rasa kecewa. Aku tak pernah meminta semua ini terjadi di saat kita mulai mengenali satu sama lain, namun, tahukah kalian betapa hatiku bergolak disebabkan kalian?

Kisah kalian datang sekaligus pada pertengahan Mei ini. Kebenaran yang aku cari itu tiba-tiba muncul dengan segera, dan tak dapat aku tahankan semua. Ini tentunya rancangan Tuhan untukku. Aku pasti. Dia telah aturkan segalanya. Dan perancangan-Nya adalah yang terbaik. Aku masih percaya itu. Kebenarannya, ialah mengungkapkan segala kesamaran yang terkabur dan terlindung. Hijab telah terbuka luas untukku menilai apa yang terbaik buatku. Lantas keputusan telahpun kuputuskan.

Aku masih tak mengerti mengapa perlunya aku berubah demi seorang lelaki. Aku perlukan penjelasan dalam hal ini. Kalian sama sahaja. Tentunya aku punya alasanku sendiri. Bukan aku tak ingin berubah, tapi jika kamu ingin aku berubah untuk menjadi perempuan yang sempurna pada mata kamu, bagaimana jika suatu hari nanti aku sudah tidak mampu berubah lagi? Pada hemat aku, mengubah diri seorang insan adalah satu perkara yang kau tak boleh paksakan mengikut kehendak diri kamu pada dia yang masih lagi tidak berhak ke atas kamu. Kerana perubahan tak boleh terjadi dalam keterpaksaan. Aku pernah berubah. Banyak. Tapi aku tak perlukan satu arahan yang khusus untuk berubah. Kerana aku sendiri akan berubah, jika sesuatu yang dapat aku garap itu sampai ke hati dan pemikiran yang waras. Dan jika mahu aku berubah menjadi apa yang kamu suka, fikirkan betapa kasihannya aku. Aku bukan boneka.

"Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah..."

       
             -Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussein

Wahai H,

20 Mei menjadi pertemuan setelah lama aku mencari kebenaran. Terima kasih atas ajakan kamu yang aku fikir pada mulanya adalah untuk sebab yang lain (untuk menjernihkan keadaan semula), mungkin aku terlalu yakin. Keyakinan tak bertempat. Haha. Tak mengapa. Inilah yang aku mahukan sejak dua tahun yang lalu. Kita telah buat pengakuan yang jelas. Segalanya telah membuntangkan mataku yang selama ini aku kaburkan demi menjaga perasaan sendiri. Benarlah telahan aku. Aku tak pernah salah dalam meneka hubungan kalian. Dan betapa aku lihat kebencian dalam mata kawan-kawanmu terhadap aku. Dan betapa kamu pentingkan diri sendiri. Betapa kamu melihat aku sebagai satu objek yang kamu labelkan sebagai ******. Oh. Kecewanya. Sebab aku sedih, tak pernah sangka yang aku hanyalah itu pada kamu. Aku bukanlah calon isteri terbaik seperti yang kau pernah katakan dahulu.

Kenudian aku cukup marah tempohari untuk melihat kau melayani aku terlalu mesra sehinggakan aku terdetik sekelumit dalam hati, tentang perasaan yang tidak pernah pasti. Bangang. Aku tak mahu dilayan sebegini rupa. Dan aku jelaskan, kita hanyalah masa silam. Jika kau mengajak aku keluar, hanya sekadar ingin menemani engkau apabila engkau tidak punya teman, moga pada lain kali kau fikirlah sebelum bertanya pada aku. Kerana kita punya cerita lama yang berbekas. Dan jika kau tak mahu/tidak punya niat untuk menyambung kembali cerita lama yang telahpun terhenti sejak 2011 dulu, jangan cari aku lagi. Aku merayu. Tinggalkan aku sepenuhnya. Jangan cuba untuk tegur aku lagi. Jangan mesej aku lagi. Jangan pernah melayani aku seolah-olah pengharapan itu masih ada. Aku tak mahu mempunyai rasa dipergunakan. Aku mahu pergi jauh-jauh dari kamu kerana, kau telahpun berkata, aku bukanlah miliki ciri-ciri calon isteri seperti yang kau mahu. Dan pastinya aku tak akan berubah semata-mata kerana itu. Tak mungkin.

"Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali
Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini
Oh lelaki
Tak guna
Ku berikan semua..."

  
               -Lelaki, Yuna

Kau katakan yang pada tahap ini, kau telah dikira wajib untuk berkahwin. Baguslah. Aku berharap kau akan dapat calon isteri yang kau mahukan itu. Lihat saja. Masa sedang berlalu dengan pantas. Lima tahun telahpun berlalu. Sepatutnya tahun depan, tahun keenam adalah tahun kita, kan? Oh. Lupakan saja. Kau pun telah punyai kehidupan yang baik. Seawal 23 tahun, kau dah miliki rumah sendiri, kereta sendiri, kerja yang baik. Baguslah. Kau aturlah hidup kau sebaik-baiknya. Dan walaupun kau ada berkata bahawa; "jika kita punya jodoh bersama kelak, kita mungkin sahaja akan bersatu," tetapi barangkali hati aku bukan lagi untuk engkau. Jangan main tarik tali dengan aku. Aku mohon.

Satu yang aku pinta pada bakal suami aku. Tolong hormati aku sebagai perempuan. Tolong layani aku sebagai seorang yang kamu sayangi dan hormati, dan bukan hanya atas dasar nafsu dan keinginan liarmu. Aku tak mahu diperlakukan begitu. Jangan kamu memaksa aku untuk mengubah diri aku untuk kelihatan cantik dan sempurna di hadapan kamu supaya kamu merasa bangga apabila berjalan beriringan bersama aku. Jangan. Jangan. Jangan. Aku tak akan pernah ingin permainkan perasaan kamu wahai lelaki. Aku cuma mahu kepastian. Kejelasan. Ketegasan. Ini bukan masanya untuk aku bermain-main dalam soal cinta. Aku mencari calon suami. Bukan mencari calon teman lelaki untuk bersuka-suka. Aku mahu serius.

Untuk F,

Berhentilah berkata tentang dia yang tak pernah pun pedulikan kau. Aku ada di sini. Aku yang pernah terluka ada di sini. Aku mengubati luka aku sendiri. Aku tak pernah berubah. Jika kau mahu aku terus berada bersama kau, katakan pada aku, kau ingin serius bersama aku. Katakan pada aku yang cinta itu tidak membodohkan. Katakan juga bahawa cinta itu membahagiakan, menerujakan. Aku cuma tidak mahu berkeliaran bersama lelaki yang tidak pasti hatinya itu milik siapa. Aku tak mahu mencalarkan hati yang mulai sembuh dari luka. Aku mahu kau terus lihat ke mata aku, dan mata kau berkata cinta itu hanya untuk aku. Jangan jadikan aku sebagai sandaran, tempat kau berteduh bila kau perlukan. Aku mahu kau terus bersama aku, menjaga aku, mendidik aku sehingga aku mati kelak. Terimalah aku seadanya. Its now or never. Fikirkan tentang ini.



Dah dua hari aku simpan dan edit draf ini. Maka aku riliskan juga malam ini. Terima kasih, sang pengajaran.



Saturday, May 18, 2013

parut



"Sebelum awak nak saya anggap awak dah mati, saya nak awak tahu yang ada lagi manusia yang akan tunggu awak. Dia sanggup tunggu awak. Cuma dia takut. Takut dikecewakan lagi."

"Dia terima ke orang yang hatinya berparut macam saya? Parut ini menghalang untuk mencintai seratus peratus dengan orang lain."

"Dia pun ada parut tu juga. Bukan awak sahaja yang ada."


Friday, May 17, 2013

manis

Ya. Manis.

Sering dikaitkan dengan rasa. Yang dirasai bila bahagian hujung lidah mengesan kehadiran glukos dan dihantar maklumat itu kepada minda. Lalu dilabelkan sebagai manis. Manis juga boleh bersifat pada sebuah momen. Momen yang indah, nikmat pabila dikenang. Manis juga boleh mengundang penyakit. Contoh; lebihan gula dalam darah boleh mengundang kencing manis. Manis ini pada asalnya adalah perkataan yang merujuk pada sesuatu yang positif, namun boleh jadi negatif apabila manis itu berlebihan dan disalahgunakan.


Wednesday, May 15, 2013

sebuah hadiah: pengajaran

Hari ini ialah 15 Mei 2013. Hari final presentation untuk pelajar 3rd Year, B Sc. of Architectural Studies untuk batch StudioXIII. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.

Disaat pecutan akhir, aku sempat mendrafkan beberapa pengajaran yang akan aku ambil sebagai panduan hidup selepas ini. If you know my story, April was a month which everything happen too fast. Very fast. Like twisting effect, what is zero somewhat turn to hundred. Metaphorically. Now it is in the middle of May. Life getting slower, yet another promising day will appear soon. :)

Baiklah, pertamanya nak dikata di sini ialah tentang relationship. Perasaan. Cinta. Aku mungkin masih naif untuk merasai apa itu cinta dan aku selalu terlupa. Aku terasa seperti cinta itu datang, tapi mungkin itu hanyalah ilusi yang aku cipta untuk mengisi ruang hati. Aku hampir tersasar. Ya. Aku teringat dulu-dulu, aku pernah berkata yang aku tak mahu bercinta lagi. Tidak mahu mengulangi perkara yang sama lagi. Tetapi, aku hampir meletakkan aku pada situasi itu. Hanyut. Larut. Semalam aku lihat satu pasangan ni asyik dan leka bercerita depan aku, masa aku sedang makan malam di HS Cafe sorang-sorang, masa tunggu turn nak print board. Aku lihat mereka, dan terus berfikir aku hampir menjadi seperti itu semula, jika aku tidak mengawal semua. Muhasabah terus. Mengucap panjang.

Aku sungguh alpa untuk tidak mengambil pengajaran yang lalu. Perkara ni aku tersedar, bila dia tiba-tiba bertanyakan khabar aku, di saat aku merasa uncertainties dan hopeless. Seharusnya aku kena menganggap perkara itu sebagai satu sapaan biasa dari seorang kawan, namun tidak. Aku menganggap itu 'wake up call' untuk aku yang mudah lupa. Terima kasih Hazim. Dia berikan aku segugus doa yang aku kira sangat berharga untuk keadaan aku masa tu. Its a magical words. Dan mengingatkan aku kembali ke asal usul aku. Tujuan aku hidup.

Yes Hazim, we were too fast, too young, to be remember back then. But you will always be my friend.

People do come and go in your life. Trust your instinct. Jangan biar perasaan gila mengawal diri. Be the bravest to rule yourself. You are holding your own remote control. Not others.

Sebenarnya saat aku menulis ni, aku sedang mendengar Let Her Go dari Passenger. Terima kasih Sue kerana perkenalkan lagu ini. Such a meaningful thought in the lyrics.

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Lagu yang menceritakan tentang manusia selalu lupa bila kita punya sesuatu dan tidak menghargainya at the first place. Tak mengapa. Manusia datang dan pergi. Walaupun kita selalu merungut, tak cukup, tak puas bila kita dah terlepas saat itu, kita menyesalinya. Itulah dia. Terlalu lazim.

Keduanya, tentang kawan-kawan. Banyak ragam kawan-kawan ni. Haha. But this final year final semester, I have the chance to know good friends, yang selama ni terlepas pandang, kerana tidak pernah beri peluang pada diri sendiri untuk mengenali mereka. At last! haha. Masa final ni, berkampung dekat bilik Sue. Bayangkan satu compartment tu, duduk berlima. Sue, Dayah, Aimi Ruzlan, Ara dan aku. We are struggling together doing the final project. And that was an awesome moment bila kitorang bergelak, bersedih, berkaraoke, bergila bersama-sama. Sue, akhirnya kita dapat pun bersama pada akhir sem. It was the best final semester moments together. Ingat lagi Sue kata, nak sekali sama satu studio untuk final year final sem masa belajar Structure dulu. And we made it. After some years we've been quite apart. Rasa nak hug korang semua! eh. Already lah. haha.

Ini senarai lagu yang pasti akan diingati sebagai lagu tema masa kita buat kerja sama-sama. Yang tengah-tengah dalam kotak hitam tu.


Thanks also to another friends... Yang datang bagai malaikat membantu, menolong, mendengar dikala aku sedang kesesakan. Jannah, thanks untuk elevation dan perspective tu. hehe. Dan kepada kawan yang lain-lainnya. Sentiasa menjadi tempat pergantungan dan tali untuk memanjat. Rasa nak menangis ni. Serius. :')

Ketiganya, ialah tentang rezeki. Rezeki yang Allah limpahkan kepada hambanya tak pernah bertepi. Sungguh, bila final semester akulah orang paling miskin. Menagih duit mama ayah untuk tampung hidup. Naik segan dah nak minta-minta. Makan pun tumpang-tumpang orang. Memang selalu kebulur sampai rasa shaking. Tapi tak mati lagi kan. hehe. Jangan perlekehkan rezeki yang mungkin kadang-kadang sedikit, tak seperti yang diharap. Untuk final boards ni, Alhamdulillah aku dapat kos printing yang termurah, rasanya. Enam boards, cuma RM140. Dua yang full colour, lagi empat less colour. Dengan RM 200 yang mama bank-in tempoh hari, at least masih ada wang berbaki untuk tampung belanja makan sampai hujung minggu ni.

Mungkin aku tak ada rezeki nak menggunakan desktop untuk buat kerja lebih laju. Tapi, Alhamdulillah, laptop aku yang berjenama HP Pavilion dv4 berteraskan cuma Core 2 Duo dan RAM cumalah 2GB ini mampu melaksanakan tanggungjawabnya, untuk kerja-kerja autocad, sketchup dan photoshop. Walaupun sedikit lambat, tetapi kamu sangat ekselen. Love you. Balik ni saya servis awak ye. :)

Tahap kesihatan aku pun tak lah bagus sangat. Sebab aku tak jaga makan. Lepas tu kena lagi macam dulu-dulu tu. Hm. Tapi aku kuatkan jelah hadapi semua. Sabar. Ini pun mungkin berkat dari doa mak, ayah, kawan-kawan, lecturer. Aku akan sedapkan hati sendiri. Kerana sakit itulah penghapus dosa. Bila kita sakit, masa tu barulah nak ingat Allah. Teruk betul. Jadi, tak apalah sakit sikit-sikit kan. Nak pergi klinik pun dah tak lalu nak menghadap ubat. Bukannya aku makan pun. Ubat itu dadah. Penahan sakit, bukan penyembuh. Yang menyembuh itu hanya kuasa-Nya. Tak apalah, nanti balik rumah aku makan la dengan cara yang seimbang semula. Duduk uia ni kenalah ikut resam student. Jangan nak demand sangat. haha.

Ecotect tak siap lagi ni. History tak buat lagi. Harus pergi melaksanakan tanggungjawab dahulu.




With loves. Jumpa lagi!

Wednesday, May 1, 2013

pesan seorang teman.



Petang tadi ketika menikmati hidangan sizzling yee mee cendawan dan telur mata, saya berbual dengan seorang teman baik saya. Dia menyapa saya yang ralit bermain twitter. Saya memang tidak perasan akan kehadirannya memandangkan waktu itu mata saya hanya tertumpu pada skrin telefon. Dia baru balik dari perjumpaan kataloging kumpulan heritage saya. Kemudian dia pun duduk di hadapan saya.

Dia bertanyakan tentang kesihatan saya. Saya jawablah bahawa saya baharu sahaja kebah dari demam. Lepas tu, dia sempat kata dalam keadaan separa tegas, kenapa saya minum teh ais? Saya jawab, teh ais ni kurang aisnya, bila aisnya cair nanti tidaklah manis sangatkan. Hehehe. Pandai tak saya mengelak daripada dimarahi dengan kawan baik saya itu. :')

Kemudian kami bercakap tentang kehidupan kami pada hujung minggu lepas. Tiba-tiba dia mengingatkan saya tentang sesuatu; iaitu tentang sebuah cherita yang masih saya tak sempat cheritakan padanya tempoh hari. Saya dengan rasa tenang bercampur berdebar dalam hati, terus mencheritakan apa yang berlaku pada April ini. Ya, saya sengaja menyimpan cherita ini untuk dia. Supaya saya boleh cheritakan semuanya. Tanpa putus-putus.

Pada mulanya dia sudah beli makanan dan bungkus untuk dimakan di biliknya. Tetapi dia batalkan hasratnya.    Dia buka bekas makanan itu dan kami pun makan dan bercherita bersama-sama.

Tidak perlulah saya tuliskan butiran perbualan kami disini, kerana saya hanyalah mahu abadikan pesannya kepada saya, dari seorang teman kepada teman baiknya. Kata dia, pertama sekali saya harus jual mahal. Jual mahal bererti saya mestilah tidak menjadi perempuan yang mudah untuk segala-galanya demi lelaki. Saya setuju sangat. Lepas itu, dia kata, jangan buat lebih daripada mesej dan telefon. Kurangkan. Masa ini saya mula rasa malu. Dia menyambung lagi. Katanya, jangan buat apa yang saya buat dulu-dulu tu. Maksudnya saya terlalu asyik. Dia juga berpesan agar tidak meletak harapan terlalu tinggi. Kerana harapan itu selalunya yang memunahkan segala perasaan yang ada. Dia tak mahu lihat saya sedih seperti dulu.

Kemudian sebelum pulang ke bilik masing-masing, saya berkata; yang dia berasal sama seperti negerinya. Dia gembira betul. Siap kata mahu jadi pengapit saya, dan dia dah booking awal-awal lagi. Saya hanya mampu gelak! Yalah, awal lagi kut untuk memperkatakan hal ini. Saya minta padanya, untuk doakan saya agar semua ini akan menjadi kenyataan. Dia kata, dia sentiasa doakan kebahagiaan saya, dan kali ini dia gembira kerana saya telah bangkit dari kesedihan di masa lalu. Saya tersenyum.



Terima kasih teman atas pesanmu itu.