Saturday, March 30, 2013

Pertemuan (bahagian 1)

March 30, 2013

12.48 AM
Azeem: Salam... Lisa, esok free tak?

2.24 AM
Lisa: Wassalam. Free. Apesal tak tidur lagi?
Azeem: Nak tidur dah ni. 
Lisa: Oh. Kenapa tetiba ni?
Azeem: Takde pape...
Lisa: Kalau esok free, kenapa? Bagitau jelah.
Azeem: Esok akan singgah KL Sentral, petang. On the way nak balik Kajang.
Lisa: Oo. Nak jumpa ke?
Azeem: Depends kat awak.
Lisa: Boleh je. Nanti bagitau la bila k.

Sebenarnya itu adalah perbualan pertama setelah berbulan tidak berhubung antara mereka. Dan ajakan untuk berjumpa itu pula ajakan yang pertama semenjak dua tahun lalu. Malam tu Lisa sukar lelapkan matanya. Macam kena ubat guna-guna. Eh? Dia tidur pun, sejam lepas tu terjaga. Sejam lepas tu pun terjaga lagi. Tapi kali ni sebab bunyi azanlah. ehe. Selalunya Lisa ada satu tabiat ni, suka tidur lepas subuh. Tapi lain pula pada pagi Sabtu ini. Dia bertenaga. Seolah-olah baru minum Kacip Fatimah segera dalam tin, ataupun Kopi Super Power. Dia rasa girang. Tapi girangnya dia ada itu ada bolongnya. Berdebar tapi kosong. Semangat tapi penuh ragu. Ragu dengan perasaannya sendiri.

12.00 PM
Lisa: Salam. Azeem. Petang ni agak-agak pukul berapa nak jumpa ni?
Azeem: Wassalam. Pukul 5.
Lisa: Okay, see ya then. Tapi nak jumpa kat mana? Tempat?
Azeem: Tunggu dekat Secret Recipe. Boleh?
Lisa: Alright. :)

5.00 PM
Azeem: Nanti awak tunggu dekat Secret Recipe dulu eh. Saya lambat sikit. Nak solat asar dulu.
Lisa: Okay. Saya tunggu dekat luar kedai dulu. Nanti kita jumpa sama-sama.


Azeem pun tiba di Secret Recipe setelah 15 minit kemudiannya. Lisa mengintai wajahnya di celahan rimbunan pohon sebelum melangkah ke tempat duduk. Gelabah gila Lisa mengatur langkah. Tapi dia buat-buat cool. Alah, dia yang ajak aku keluar. Buat apa nak gelabah, beb!

Lisa duduk di kerusi kayu dan meletakkan tangannya diatas permukaan meja yang berbentuk segi empat sama. Azeem memulakan bicara.

"Pukul berapa sampai tadi?"
"Oh. Sampai 4.30. Lepas tu lepak surau. Asar dulu. Lepas tu baru datang sini."
"Okay, hari tu kata nak cakap sesuatu kan? Cakaplah sekarang."
"Oh yang tu. Yang dah lama tu. Alah susahlah nak cakap. Benda ni kena spontan. Lupa dah nak cakap camana sebab dah lama kot."
"La ye ke... Kalau nak cakap, cakaplah hari ni. Hari lain mungkin dah susah sikit nak jumpa. Ni pun kebetulan nak singgah sini lepas interview kerja tadi. Tu yang ajak jumpa."
"Wah. Interview kerja? Dekat mana? Dapat tak?" ujar Lisa dengan excitednya.
"Insyaallah dapat kot. Motorola nak hire ramai worker kali ni. Mungkin dalam 30 orang akan dapat kerja. So far, Alhamdulillah."

....dan begitulah seterusnya perbualan mereka. Tujuan asal didiamkan dulu. Bicara mereka hanyalah berkisar kehidupan sehari-harian; iaitu perihal keluarga, belajar, graduasi, kerja, masa depan dalam jangka masa pendek. Pelayan restoran muncul. Memberi dua buku menu.

Lisa terus menyelak buku menu dengan mencari hidangan yang murah dan berpatutan. Tapi apalah sangat yang berpatutan dekat Secret Recipe kan. Harga semua menu makanan pun dah naik RM2 sekurang-kurangnya kalau dibandingkan masa tahun 2010 dulu. Nampak sangat Lisa dah lama tak makan disini.

Azeem pula lapar sangat. Katanya pagi tadi dia baru balik dari interview di Johor Bahru, dan tak sempat pun nak bersarapan. Setelah meneliti dengan puas, makanan dipesan. Azeem memesan Chocolate Indulgence bersama Spaghetti Bolognese. Lisa pula memilih Caesar's Salad. Mereka berdua hampir serentak menyebut jus Apple Kasturi ketika memesan minuman. Saat itu mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Buntang. Suatu jenis perasaan dan kenangan muncul serta merta.

Ambil dekat blog ni. http://shailsnest.com/tag/kuala-lumpur/



Bersambung.




No comments:

Post a Comment