Saturday, March 30, 2013

Pertemuan (bahagian 1)

March 30, 2013

12.48 AM
Azeem: Salam... Lisa, esok free tak?

2.24 AM
Lisa: Wassalam. Free. Apesal tak tidur lagi?
Azeem: Nak tidur dah ni. 
Lisa: Oh. Kenapa tetiba ni?
Azeem: Takde pape...
Lisa: Kalau esok free, kenapa? Bagitau jelah.
Azeem: Esok akan singgah KL Sentral, petang. On the way nak balik Kajang.
Lisa: Oo. Nak jumpa ke?
Azeem: Depends kat awak.
Lisa: Boleh je. Nanti bagitau la bila k.

Sebenarnya itu adalah perbualan pertama setelah berbulan tidak berhubung antara mereka. Dan ajakan untuk berjumpa itu pula ajakan yang pertama semenjak dua tahun lalu. Malam tu Lisa sukar lelapkan matanya. Macam kena ubat guna-guna. Eh? Dia tidur pun, sejam lepas tu terjaga. Sejam lepas tu pun terjaga lagi. Tapi kali ni sebab bunyi azanlah. ehe. Selalunya Lisa ada satu tabiat ni, suka tidur lepas subuh. Tapi lain pula pada pagi Sabtu ini. Dia bertenaga. Seolah-olah baru minum Kacip Fatimah segera dalam tin, ataupun Kopi Super Power. Dia rasa girang. Tapi girangnya dia ada itu ada bolongnya. Berdebar tapi kosong. Semangat tapi penuh ragu. Ragu dengan perasaannya sendiri.

12.00 PM
Lisa: Salam. Azeem. Petang ni agak-agak pukul berapa nak jumpa ni?
Azeem: Wassalam. Pukul 5.
Lisa: Okay, see ya then. Tapi nak jumpa kat mana? Tempat?
Azeem: Tunggu dekat Secret Recipe. Boleh?
Lisa: Alright. :)

5.00 PM
Azeem: Nanti awak tunggu dekat Secret Recipe dulu eh. Saya lambat sikit. Nak solat asar dulu.
Lisa: Okay. Saya tunggu dekat luar kedai dulu. Nanti kita jumpa sama-sama.


Azeem pun tiba di Secret Recipe setelah 15 minit kemudiannya. Lisa mengintai wajahnya di celahan rimbunan pohon sebelum melangkah ke tempat duduk. Gelabah gila Lisa mengatur langkah. Tapi dia buat-buat cool. Alah, dia yang ajak aku keluar. Buat apa nak gelabah, beb!

Lisa duduk di kerusi kayu dan meletakkan tangannya diatas permukaan meja yang berbentuk segi empat sama. Azeem memulakan bicara.

"Pukul berapa sampai tadi?"
"Oh. Sampai 4.30. Lepas tu lepak surau. Asar dulu. Lepas tu baru datang sini."
"Okay, hari tu kata nak cakap sesuatu kan? Cakaplah sekarang."
"Oh yang tu. Yang dah lama tu. Alah susahlah nak cakap. Benda ni kena spontan. Lupa dah nak cakap camana sebab dah lama kot."
"La ye ke... Kalau nak cakap, cakaplah hari ni. Hari lain mungkin dah susah sikit nak jumpa. Ni pun kebetulan nak singgah sini lepas interview kerja tadi. Tu yang ajak jumpa."
"Wah. Interview kerja? Dekat mana? Dapat tak?" ujar Lisa dengan excitednya.
"Insyaallah dapat kot. Motorola nak hire ramai worker kali ni. Mungkin dalam 30 orang akan dapat kerja. So far, Alhamdulillah."

....dan begitulah seterusnya perbualan mereka. Tujuan asal didiamkan dulu. Bicara mereka hanyalah berkisar kehidupan sehari-harian; iaitu perihal keluarga, belajar, graduasi, kerja, masa depan dalam jangka masa pendek. Pelayan restoran muncul. Memberi dua buku menu.

Lisa terus menyelak buku menu dengan mencari hidangan yang murah dan berpatutan. Tapi apalah sangat yang berpatutan dekat Secret Recipe kan. Harga semua menu makanan pun dah naik RM2 sekurang-kurangnya kalau dibandingkan masa tahun 2010 dulu. Nampak sangat Lisa dah lama tak makan disini.

Azeem pula lapar sangat. Katanya pagi tadi dia baru balik dari interview di Johor Bahru, dan tak sempat pun nak bersarapan. Setelah meneliti dengan puas, makanan dipesan. Azeem memesan Chocolate Indulgence bersama Spaghetti Bolognese. Lisa pula memilih Caesar's Salad. Mereka berdua hampir serentak menyebut jus Apple Kasturi ketika memesan minuman. Saat itu mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Buntang. Suatu jenis perasaan dan kenangan muncul serta merta.

Ambil dekat blog ni. http://shailsnest.com/tag/kuala-lumpur/



Bersambung.




Black Pearl II. Ninetology. Sejenis telefon pintar/bimbit.

Tak reti nak tulis tajuk camne dah. Dah lupa dah camana. Macam mana entah boleh lupa. Tapi kita tulis juga tajuk tu sebab masa sekolah dulu, cikgu selalu cakap kalau tak tahu pun jawapan, isi je tempat kosong sebagai tanda usaha walaupun benda tu tak mungkin tak betul. Jadi dah isi pun tempat kosong tu. yahooo.

Camni. Yang sebenarnya, kita beli telefon ni guna Pakej Komunikasi Belia. Alah, yang rebet RM200 tu. Yang nak menjadikan belia mampu memiliki sebuah telefon pintar. Ha. Memula pergilah isi borang dekat https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar. Pastu print borang yang dah siap tu, masa nak pergi beli telefon, bawa sekali dengan IC dengan matric card. Mudah je.

Ceritanya kenapa tetiba nak pergi beli telefon baru ni, sebabnya Nokia C3 kesayangan tu dah tak dapat menjalankan fungsinya dengan baik seperti dulu. Tsk tsk. Kadang-kadang network error, connection fail, pastu even nak upgrade Nokia Ovi pun tak boleh. Dia punya lag bila nak masuk apps macam WhatsApp, Twitter...huu takleh nak kata. Boleh buka dengan Opera Mini je. Sedih juga la. Jadi disebabkan wujudnya rebet tu, maka wujudlah peluang cerah untuk memiliki telefon baru. hehe.

Dalam banyak-banyak telefon yang ditawarkan untuk rebet, paling tertarik dekat Black Pearl II ni. Banyak baca review orang dekat IIUM Online lah, dekat blog lah, even adik sendiri pun masa tu kitorang mereview dia kata, "ni lah handphone paling berbaloi kalau guna rebet." Haa. Memula ralat juga nak memiliki telefon yang fully touch screen ni. Yelah. Dah biasa guna qwerty. Tapi bila bersembang dengan kengkawan dekat twitter, mereka kata, "alah, memula je tak biasa. lama-lama okay lah. biasa la tu." Jadi pandangan skeptikal terhadap telefon touch screen sedikit berubah. Dan bila dah beli tu, taraa! Best wooo. Walaupun asyik typo pada minggu pertama.

Kenapa memiliki Black Pearl II menjadi berbaloi?

Sebab dengan harga 299 (harga sebenar 599, tolak 200 rebet PKB, tolak 100 manufacturer rebet), boleh dapat phone yang specs dia boleh tahan. Macam kamera dia 5mp, skrin besar, pastu bila guna android ni bolehlah download apps dia yang ada kat google store. Game ke, document viewer ke, macam-macam lagi la. Contoh kan, kalau kita ni student, mesti ada slideshow dari lecturer kan, jadi bolehlah letak dalam phone je. Ha, senang nak study. Pastu tak payah la nak mengusung kamera lain dah. Kalau buat case study pun boleh je kalau just bawa phone ni. Lagi apa eh. Lebih-lebih dia punya spec tu baca lah sendiri. Tak reti nak berbicara teknologi sangat.



Boleh buka 9gag, Instagram, YouTube, boleh guna UIA punya wifi, check email, facebook, twitter, main game Temple Run, WhatsApp bila takde kredit. LOL.

Itu je la kot.. kalau nak tengok sendiri dengan mata dan feeling dengan tangan, kita jumpa je la kalau nak. boleh buat blind date ke... ok dah cukuplah. cukup.




alhamdulillah berjaya menulis entri yang normal.