Friday, May 18, 2012

gambar urban trail

ianya sangat seronok ada assignment seperti urban trail ini tetapi aku rasa lagi seronok kalau urban trail ini dijalankan tanpa rasa serba salah kerana meninggalkan kerja terbengkalai di studio. enjoice!














Wednesday, May 16, 2012

berdebu ni. tiup-tiup habuk... fuhh fuhh.

assalamualaikum semua.

telah lama juga aku tidak menulis. aku amatlah sibuk. sepanjang malam tak tidur. dengan purata tidur sehari hanya 1-3 jam, dan menjadi penunggu studio sepanjang masa, ini menunjukkan bahawa aku tidak punyai masa untuk dibazirkan begitu sahaja. kalau boleh, ada masa sikit-sikit tu, rasa nak rehat je. nak buka internet pun tak ada nafsu dah.

syukur dan sabar saja. sabar dan sabar, akhirnya hari pembentangan design semester dua pun dah berakhir semalam. wow. aku berasa gembira kerana dapat panel yang baik. baik di sini bermaksud, mereka tidak berkata perkataan yang kasar dan mengejek, tetapi mereka bertutur dengan hikmah. aku tak lah kisah mana markah yang bakal aku dapat, tapi semester ini aku pelajari sesuatu yang bukan hanya satu. tapi agak banyak. aku belajar kuatkan semangat. belajar construction baru, belajar cara pembentangan baru, belajar cara menguruskan masa. yang dahulunya aku tak buat. aku seronok walaupun penat. setakat ni tak pernah lagilah nak menangis sebab final ni. tahu tak kenapa? sebab Allah sayang aku. Dia beri aku satu inspirasi yang tak boleh dibayar dengan apa jua pun. dan semester ni aku tak ada sakit teruk seperti semester lalu.

dengan tamatnya pembentangan semalam, maka dengan izin Allah, semester akan datang aku akan bergelar pelajar tahun akhir, bachelor of science in Architecture.

dayah. sebab kau banyak temankan aku sepanjang semester ni. aku rasalah, kalau kau takde, entah apa lah jadi kat aku. sebab kau sama-sama semangat nak stay up kat studio, aku rasa 2 kali ganda semangat. seriously. kita hadapi macam-macam bentuk psiko dalam studio kita tu yang masing-masing pulun gila. kan?

mirah. kau pun banyak sama-sama dengan aku sem ni. walaupun dulu aku anggap kau garang gila, tapi akhirnya aku tahu yang kau ni sebenarnya tah apa-apa je macam aku. wakakaka. aku akan rasa rindu dekat 10 minit kau tu. biarlah kau kuat tacing (or buat-buat tacing) ke, hape ke, aku rasa kau ni best juga sebenarnya. lol.

ceh dah macam tribute/penghargaan plak ni. ah takpe ah. biarlah.

pastu aen. kau banyak jadi inspirasi aku. kau buat aku nak jadi kuat macam kau (walaupun aku takkan mampu nak jadi cam kau pun). pada mata aku, kau sangat mengejar kesempurnaan sampai kau tak tidur 3 hari. memang gila la kan. pastu kau dengan dayah boleh lagi bergila-gila main susun hot cup maggi sampai aku tak sangka korang ni layan je benda kecik-kecik ni. aku happy sangat tau. sangat. walaupun aku terasa stoned dengan nescafe bercawan-cawan, tapi fikir balik kenangan tu takkan aku lupa. thanks to culture class. trolololol.

pagi ni aku bangun tidur setelah hampir 12 jam tidur, dan aku buka jendela. aku lihat matahari mula mencerahkan alam. langit pula membiru. perasaan ini best sangat. macam baru dilahirkan semula. start fresh! tapi ada banyak lagi submission untuk hari ni dan esok. pulun lagi. dan lagi. nanti bila balik rumah, aku nak upload gambar 'gila-gila sebulan ni'.

nak pergi mandi lah. dah kambing. hai adik tahun kambing. kakak tahun kuda nak ngorat boleh? lol.












Tuesday, May 1, 2012

mimpi petang

aku tidur kaw kaw hari ni. macam pesta tidur. lepas tu aku mimpi satu benda ni...

aku pergilah ke satu pejabat ni. ambien dalam pejabat tu, kau bayangkan semua perabot dia guna perabot IKEA. serba putih. serba ringkas. kemudian aku dan beberapa orang lain (unknown), diberi satu tugasan, kami kena buat pelan tapak (site plan) dalam masa lima minit. mana tak kecut perutnya. aku tak ada idea. tiba-tiba saja masa dah tamat. aku pun menyerah kalah. kemudian aku ditanya oleh seorang arkitek perempuan, gaya pemakaiannya agak muslimah (tapi tudung tak cukup labuh untuk menutupi dada), dan dia bersuara garang walaupun muka lembut habis macam Nora Elena. dah memang fetish aku suka pandang perempuan cantik, aku pun tenung muka dia lama-lama. dia tak faham kenapa aku kaku. lepas tu aku diminta menghulurkan kertas pelan tapak tu. aku bagi terketar-ketar. cuak bhai. sebab kertas tu tak ada apa-apa, cuma ada cebisan report culture yang terlebih print masa dekat office 4th dengan 5th year. merapu betul. aku terus kena marah sebab aku merapu. lepas tu kan, arkitek cun tu ajar aku buatkan pelan tapak tu. yang hairannya, macam mana bangunan dia dalam tu hampir sama macam pelan bumbung pasar aku. entah-entah dia boleh baca idea dalam fikiran aku. tak boleh jadi ni. lepas sesi konsultasi, aku pun melangkah keluar dari dalam pejabat dan aku dihidangkan keropok lekor terengganu. sedap whorr.

bangun tidur, aku rasa lapar gila sekarang ni. keropok lekor satu, Afiq Dinie!

sumber gambar

*aku teringat keropok lekor yang masa Afiq bawa pergi studio, belanja satu batch. pergh sedap gila. mengidam pulak.