aku karang ini setelah aku mula penat buat kerja photoshop
Pagi sebelum pembentangan.
Nisa memandang ketiga-tiga boardnya. Digulungnya board itu kemas-kemas dan dengan penuh hati-hati dia masukkan dalam bazooka hitam jenama Rotring itu. Setelah hampir dua minggu bersengkang mata, dia mulai rasa pengharapan yang tertanam disebalik lukisan pada boardnya itu. Sehari menghadap lukisan hampir berjam-jam, sampaikan tak terurus makan, minum, mandi, dan apatah lagi tidurnya. Semuanya demi lukisan itu.
Dua minggu yang lalu; dari sehelai kertas yang kosong, dia melakar satu persatu garis-garis halus. Kemudiannya, dia ukur pula. Padam. Ukur lagi. Cukup atau tidak untuk memuatkan semua maklumat. Ah, makan? Tak bisa. Kalau makan, dia telah tercuri 30 minit. Tidur? Siapa kata tidur itu perlu, sumbatkan sahaja kafein dalam rongga mulut. Segalanya perlu dikorbankan. Iya. Semuanya demi lukisan itu.
Nisa mula menampal boardnya ke papan kenyataan itu. Sebentar lagi panel-panel akan datang untuk menilai. Bukan satu, tapi tiga orang. Ya, tiga orang untuk mendengar seorang pelajar membentangkan lukisan dihadapan mereka. Itu amat menakutkan, tapi kerana harapannya untuk menjadi arkitek, Nisa harus tununjukkan kebolehannya. Harus berani.
Semasa pembentangan.
Dia membentangkan dengan penuh semangat. Dia terangkan segala kelebihan designnya. Setiap inci. Dia juga meyakinkan panel-panel itu bahawa lukisannya itu adalah yang terbaik. Akan tetapi, malangnya, panel tidak memahami apa yang disampaikan. Mereka katakan design itu terlalu biasa. Tiada apa pun ciri istimewa. Malanglah seseorang klien itu jika dapat arkitek sepertinya. Tidak kreatif. Tiada ciri-ciri pun seperti yang diceritakan dalam konsepnya.
Ya. Setiap kata-kata yang dilemparkan oleh panel-panel itu terlalu pedih untuk diterima akal. Betapa Nisa mengharap mereka akan suka apa yang dilukis di atas board itu. Harapan semakin tipis.
Di akhir pembentangan.
Beberapa baris ayat sahaja yang disebut: “Saya rasa awak tak boleh jadi arkitek. Awak tak layak. Apa pun awak cakap saya tak faham. Baiklah. Siapa pula nak bentang?”
Nisa tanggalkan semua lukisannya. Lukisan yang seperti hidup matinya. “Betapa sukar aku hasilkan kau, dalam masa setengah jam sahaja, harapan telah terbang melayang. Seharusnya aku tak perlu menaruh harapan terlalu tinggi, kerana jika aku kecundang, aku akan kecewa. Kau punahkan semua semangatku.”
***
Pulang ke bilik, nisa dengan kecewanya mencampakkan lukisan itu laju-laju ke bawah katil yang bersawang tebal tak bersapu itu. Tak guna lagi lihat kekecewaan. Yang padahal sebelum itu, betapa dia jaga lukisan itu agar tak tercalar, terkoyak dan terkemek.
ohoh.pedas gila ayat..
ReplyDeletejannah pun kena jugak.sakit gila.tapi nak buat macam mana.kena hadapinya jugak even hati ni Tuhan je yang tahu.takpe.jgn berputus asa.mari kita sama2 fikirkan hikmahnya and terus lakukan yg terbaik aida! yang paling penting SABAR. =)
harapan yang terlalu menggunung itu tak sepatutnya ditaruh sebelum hadapi sesuatu perkara tu. kelak diri sendiri yang terhiris. walau tak parah, tapi tetap pedih.
ReplyDeletesemua ada hikmahnya.