Thursday, July 11, 2013

this.


This is so true.
“If he’s not calling you, it’s because you are not on his mind. If he creates expectations for you, and then doesn't follow through on little things, he will do same for big things. Be aware of this and realize that he’s okay with disappointing you. Don’t be with someone who doesn't do what they say they’re going to do. If he’s choosing not to make a simple effort that would put you at ease and bring harmony to a recurring fight, then he doesn't respect your feelings and needs. “Busy” is another word for “asshole.” “Asshole” is another word for the guy you’re dating. You deserve a fcking phone call.” ― Greg Behrendt


Now I understand why. Glad I am already over it.




Tuesday, July 9, 2013

Travelog ke Teranung


Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Terengganu selepas pada kali pertamanya iaitu pada usia aku 12 tahun, trip selepas menjawab UPSR. haha. Kerana itulah aku merasakan sangat teruja untuk ke sana. Aku mendapat tahu tentang hal ini ialah daripada Kudin ketika aku masih di bumi Keraton lagi. Katanya, Aus mahu cukupkan orang di dalam kereta, supaya boleh buat car pooling. Belanja perjalanan yang murah, di mana duit minyak dan tol dikongsi, sambil itu senanglah nak bergerak kemana-mana dengan kereta. Tujuan utama mereka ke sana ialah untuk ke event 360 di Pantai Batu Burok, di mana Aus dan Kudin akan membuat kelas cetak baju secara percuma, sambil-sambil jual baju jugalah (teringat kisah awal pertemuan kami. hihi). Berbeza pula dengan aku. Hajat aku ke sana ialah untuk berkenalan dengan mak dan ayah Kudin, kerana sebelum ini Kudin telah ceritakan hasratnya untuk memperkenalkan aku pada mereka, jadi ini adalah waktu yang paling sesuai. Berbekalkan RM 100, aku pun bersetuju untuk mengikuti mereka. Oh ya. Pada mulanya aku berfikiran, agak kekok jika kami kesana hanya aku seorang sahaja perempuan. Tetapi rupa-rupanya, kawan Aus yang kami tunggu di Sri Rampai itu adalah seorang perempuan cantik. Entah kenapa mungkin telinga aku kurang jelas, mula-mula dengar namanya ialah Andi, tapi rupa- rupanya Ani. Hahahaha. Selepas ambil Kudin di Wangsa Maju, kami pun memulakan perjalanan ke Teranung.


Jumaat, 27 Jun 2013

Pada hari Jumaat itu, aku sebenarnya sedang berpuasa ganti. Dan akibat kegelabahan aku memikirkan baju apa yang sesuai hendak dibawa, bagaimana cara nak berhadapan dengan orang tuanya, sampai aku tak lalu nak berbuka puasa dengan makanan berat. Dan rupa-rupanya, kami berempat tak makan malam lagi. Kami pun singgah di R&R Genting Sempah. Masa tu pun masih rasa tak lalu nak makan. Tapi setelah di brain wash dengan Aus dan Kudin, aku makanlah juga. Itu pun nasi ayamnya tak habis dimakan. Tapi ayam masak mangga yang Kudin bawa dari Sakura Kristal tu lahap pula aku makan macam popcorn. Sedap! Ketika itu jam menunjukkan 12.30 malam, dan dari Genting Sempah, Aus memandu di hadapan bersama co-pilotnya, Ani. Aku dan Kudin di seat belakang yang penuh dengan beg kami dan gitar. Sepanjang perjalanan ke sana, Aus pasang lagu-lagu Punk. Tak pernah aku layan lagu punk sebelum ni, rupanya boleh masuk juga. Boleh tahan la. Sungguh, malam itu aku tak dapat lelapkan mata. Perut pula rasa sebu sebab makan lewat. Kudin di sebelah siap baring tidur lena habis. Aku banyak melayan perasaan sendiri.

Sampai di Kertih, kami singgah di stesen minyak. Masa itulah pemandu bertukar. Kini giliran Kudin pula yang memandu sehinggalah sampai ke rumahnya di Chendering. Waktu itu aku lihat pemandangan di Terengganu sangatlah tenang. Dengan cerita-cerita pengalaman Kudin yang merapu dan bersahaja, aku banyak bergelak. Tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa berdebarnya aku. Kira-kira jam 6.15, kami sampai di rumah. Mula-mula sampai tu kami disambut oleh ibunya. Aku punya nervous tu memang dasyat. Aku dan Ani dibawa ke bilik belakang. Ani pun tidur dengan nyenyak, tapi aku masih melayan perasaan nervous yang tak sudah-sudah. Selepas solat subuh, aku melelapkan mata sekejap untuk melupakan masalah perut yang sebu.


Sabtu, 28 Jun 2013

Pagi Sabtu itu, kira-kira jam 8.30, pintu bilik diketuk kuat. Aku tahu itu suara Kudin. Aku cepat-cepat bangun dan apabila buka pintu bilik, taraa! Sarapan telah tersedia terhidang! Oh malunya aku rasa sebab tak tolong sediakan sarapan. Dan masa inilah pertama kali aku bersua muka dengan ayahnya. Kami hanya berempat. Aus dan Ani tidur lena dibuai mimpi. Aku pun duduk di meja makan. Mula-mula duduk jauh, tapi ibunya menyuruh aku duduk di sebelahnya. Aku pun beralih tempat. Yeahh nervous to the ultimate!! Setelah dicedok nasi dagang, aku pun makan. Sambil di interview tentang diri aku dan keluarga aku. Biasalah, perkara pertama yang akan ditanya, macam mana boleh berkenalan dengan Kudin. Kemudian ditanya aku sedang belajar atau kerja. Siapakah aku di dalam keluarga aku. Berapa orang adik-beradik. Belajar di universiti mana. Ambil jurusan apa. Lepas belajar nak buat apa. Haa banyak lagi tapi semua itulah. Macam sesi taaruf. Lepas makan, aku memang dah biasa dengan tabiat mengemas meja dan membasuh pinggan (sebab adik-adik dekat rumah tu manja sangat kan.). Aku pun mengangkat semua pinggan untuk dibasuh. Tiba-tiba aku terdengar ibunya berkata, "Tak apa, biar mok buat nanti..." Aku dalam hati terus terdetik, memang ibunya selalu menggelar namanya sebagai 'mok' dengan tetamu atau itu cumalah kata ganti diri pertamanya yang tersasul. Lepas makan, aku sempat duduk di ruang tamu. Kudin dengan tabiatnya yang suka komen tentang aku, berkata aku memang nampak sangat nervous. Yes I am.

Kira-kira jam 10.30 pagi, kami berempat bersiap-siap untuk destinasi yang pertama, iaitu ke Galeri Noor Arfa Batik. Rupa-rupanya dekat sangat dengan rumah Kudin. Sekangkang kera. Belakang rumah aje. Pernah dulu aku ke sini, tapi yalah masa berlalu dengan pantas. Lupa dah macam mana. Lepas ni, kalau hendak ke rumah Kudin, Arfa Batik akan jadi landmark. Senang! Masa dekat galeri batik ni, boleh cuci mata je. Memang cantik semuanya, tapi harganya pun cantik juga. Hanya mampu lihat. :) Kami bergegas ke Kuala Ibai. Pantainya sangat cantik. Di sana ada Masjid Terapung. Aku pernah juga pergi ke sana dulu, tapi dah lupa sama sekali pemandangannya. Aku banyak berdua-dua dengan Kudin masa ini. Hehe. Kudin perasan tentang insiden 'mok' pagi tadi. Aku menafikan, dan berkata, mungkin cuma tersalah kata (padahal dalam hati rasa berbunga sangat). Kami di sini kejap sahaja kerana selepas itu, kena bergegas ke rumah famili kakak ipar Kudin di Gong Kapas.

Pantai Kuala Ibai
Dari kiri: Aus, Ani, Aidanesa dan Kudin
Sesampainya di rumah kakak iparnya itu, kami dihidangkan dengan makan tengahari. Seperti biasa, proses taaruf akan berlaku. Tetapi kali ini dah kurang sedikit rasa awkward itu kerana ramai ahli keluarganya yang lain turut bersama-sama makan tengahari. Ya, aku telah berjumpa dengan sebahagian keluarga besar Kudin. Masa itulah aku berjumpa dengan abang Tarmizi dengan kak Huda beserta ibu dan ayahnya juga, abang Firdaus dengan isterinya Syuhada dan anak-anaknya. Mak dan ayah Kudin pun turut menyertai kami. Apa yang tak dapat dilupakan ialah kesedapan ikan keli dan juga udang masak cili yang sangat segar. Seriouss sedap sangat sampaikan aku tambah nasi buat muka tak tahu malu. Ketika sedang makan, tiba-tiba ibunya berkata perlahan sambil memandang menantu-menantu perempuannya, "Yang ni nama Huda, Syuhada, Aida. Nama dekat-dekat je." Ohh masa tu aku rasa speechless. Kudin pernah berkata hal ini pada aku. Tak sangka perkara yang sama akan disebut oleh ibunya. Bila ibunya meletakkan nama aku sebaris dengan nama menantunya, rasa macam peh peh peh. Kudin yang sedang makan bertentangan dengan aku pun terkejut. Mata kami bertentangan dengan penuh pengertian. Selesai makan, aku solat jamak zohor dan asar sekali. Dari sana, kami pun bergerak ke destinasi yang seterusnya, iaitu Pantai Batu Burok, untuk event 360!

Dulu pun aku pernah sampai di Pantai Batu Burok ni. Tak banyak yang berubah, sama seperti dahulu, dengan pantainya, ombaknya yang deras... Mula-mula aku ke booth Buku Jalanan Dungun, Whacko Jacko. Di sana aku bertemu dengan Man Dugong. Muaz. Ramai lagi, yang aku pun tak tahu nama. haha. 

Booth Buku Jalanan Dungun/ KT sebelum habis di setup.

Pemandangan sebelum event 360 berlangsung

Sebelum acara cetak baju bermula, aku dengan Kudin membawa diri ke tepian pantai. Adalah foto-foto yang sempat diambil kami. Di pantai ini juga kami banyak berbicara tentang masa hadapan. Tentang kami. Sungguh aku merasa sangat gembira, percutian kali ini amat bermakna, aku katakan pada Kudin.

Gambar kegemaran aku bersama Kudin. Diambil oleh Ani

Pantai Batu Burok

Dalam jam lima, aku dan Kudin bergegas ke booth untuk acara cetak baju. Aus dan Kudin mengelolakan acara, aku dan Ani hanya melihat. hehe. Ketika acara berlangsung, aku banyak melayan perasaan je. Melihat Kudin bersama silkscreen dan sekuji, sangat mengingatkan aku pada Buku Jalanan UIA edisi Kelas Cetak Baju pada Mac yang lalu. Masa itu aku terus membayangkan Kudin yang sedang bersemangat menceritakan cara untuk menghasilkan silkscreen dengan pandangannya itu hanya tertumpu pada aku. Mungkin aku terlalu perasan untuk mengatakan begitu, namun itulah sebenarnya yang terjadi (aku tak tipu. sumpah!). Aku seperti biasa, banyak bermain dengan perasaan sendiri, berfikir adakah dia punya sesuatu niat pada aku. Dan adakah dia akan mengorak langkah untuk mengenali aku, mungkin juga minta nombor telefon, atau facebook, atau twitter. Aku berangan banyak, tapi dalam banyak-banyak perkara tentangnya, aku jatuh cinta dengan senyumannya. Manis. Sampai teringat-ingat. Kudin tak perlu apa-apa modal untuk buat aku jatuh cinta dengannya. Cukuplah dengan sekuntum senyuman. Cair.


Kudin sedang menceritakan tentang cat yang akan digunakan untuk cetak baju pada khalayak
Baju-baju yang telah siap dicetak dan dijemur untuk mengeringkan cat

Kudin bersama silkscreen Teranung dan sekuji

Aus dengan komrad Buku Jalanan di sana

Acara berlangsung sampai lewat malam, namun pada Maghrib itu aku dan Kudin mohon berundur diri kerana mahu pulang membersihkan diri sebentar. Memang sangat panas! Aku dan Kudin menuju ke rumah berdua, dan pada masa ini aku minta Kudin pasangkan cd Hopefully Whenever dari Francis Wolf. Aku dah mula menyukai album ini sejak pada siangnya lagi. Bila lagu-lagu dari track berkumandang, aku terasa seperti hanyut dalam perasaan yang amat dalam. (ah. aku memang selalu hanyut pun. takde air pun hanyut) Lebih-lebih lagi bila orang yang tersayang berada disampingku. Kudin ada kata begini; "Bila kita berdua dalam kereta macam ni, rasa macam dah kahwin je." Niat kami memang begitu, jika ada rezeki dan kesempatan. Mahu segerakan perkara yang baik. Insya Allah :)

Pada malamnya, event juga rancak berjalan. Aku menonton persembahan puisi, akustik, busking, tayangan video yang aku kira sangatlah berseni. Kami berempat berkemas-kemas untuk pulang pada jam 10.30 malam, yang mana ketika itu aku sudah merasakan sangat mengantuk kerana tidak tidur lebih dari 36 jam dengan sempurna. Malam itu kami makan di Dataran Syahbandar, di tepian laut. Dan sebelum pulang, sempat lagi ke I-City Kuala Terengganu. Esok paginya kami harus bangun awal untuk sesi ronda-ronda Kuala Terengganu, jadi kami terus pulang ke rumah, dan berehat.



Ahad, 29 Jun 2013

Hari yang sangat cerah untuk aktiviti kami yang padat! Pagi itu kami dihidangkan nasi minyak oleh mak Kudin. Oh malu gila sebab tidur tak sedar diri akibat penat, dan sekali lagi aku tak sempat nak membantu di dapur. Terasa fail sebentar. Aku mandi terlebih dahulu, dan menyertai meja makan kemudiannya. Memang sedap-sedap makanan di Terengganu ni. Kena sangat dengan tekak dan lidah. Sungguh! Setelah bersiap semua, dalam jam 11.00 pagi, kami ke destinasi pertama, iaitu Pasar Payang. Teringat pada talk Raja Bahrin berjudul 'Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita.' Teringat juga pada design masa buat case study tentang pasar warisan (ataupun pasar budaya) untuk Cultural Market in Seremban tempoh hari. Dekat Pasar Payang ni, kami ronda bahagian atasnya sahaja untuk kain batik, baju kelawar, buah tangan, cenderamata dan sebagainya. Di bawahnya ialah pasar basah yang menjual ikan, ayam, sayuran dan macam-macam lagi untuk keperluan dapur. Aku tak adalah shopping apa sangat, sebab wang pun terhad. Kudin ada belikan pada mama sehelai baju kelawar, dan untuk aku, sehelai baju tidur panjang berwarna hitam, bermotifkan tie&die. Cantik! Aku tak buat baju tidur, tapi buat macam baju berjalan. Haha. Aus beli kain batik dengan seluar kain pelikat. Ani pun beli baju tidur. Kudin pula beli baju untuk buat solat.

Shopping time!
Kempen Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita

Selepas puas bershopping, kami ke Taman Tamadun Islam. Tempat di mana Masjid Kristal yang popular itu dibangunkan. Memang cantik sangat-sangat! Sesiapa yang datang ke Terengganu harus singgah di sini untuk foto kenangan! Masa berjalan kaki hendak ke parkir kereta, kami melewati satu kawasan taman ini dimana ada sebuah pavilion yang dikelilingi air. Cantik sangat! Aku berangan, alangkah cantiknya kalau dapat buat majlis resepsi perkahwinan di situ, di mana tetamu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat karib sekitar 300 orang. hehe. Adalah usul yang aku angankan, dan aku ada ceritakan pada Kudin. Boleh pula Aus curi-curi dengar perbualan. Malu juga la kena nganjing masa tu. :P

Bergedik depan pintu gerbang Masjid Kristal
Aida Nesa
.....dengan Fakhruddin
Kami!
Setelah puas berjalan di Taman Tamadun Islam, kami semua bergerak ke Muzium Terengganu. Iaitu Muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Kami tidak masuk ke dalam bangunan muzium yang utama, sebaliknya hanya meluangkan masa di bahagian luarnya sahaja. Lagipun dulu masa darjah enam dah pernah masuk, jadi tak adalah la rasa kempunan sangat. Hehe. Kami ke tempat di mana kapal lama dipamerkan di sebelah luar muzium.

Muzium Terengganu!

Atas kapal 1
Atas kapal 2
Naik kapal. Muka tahan panas.


Sesudah berfoto-fotoan di atas kapal, kami pun ke gerai keropok lekor yang terletak di seberang jalan, dekat sahaja dengan muzium. Pehh dapat satu jug air teh ais free, memang habislah semua satu jug. Sambil makan keropok lekor dengan sosnya yang pekat, tengah panas pula tu, memang sangat syurga.

Sempat lagi bergambar di hadapan gerai keropok lekor. hehe
Setelah membeli keropok lekor yang akan dibawa balik ke Kuala Lumpur, kami bergegas pulang ke rumah untuk berkemas, dan terus bertolak ke Kuala Lumpur sambil membuat beberapa persinggahan di tempat-tempat menarik. Sebelum makan tengahari, kami membersihkan diri terlebih dahulu. Kepulangan aku di rumah Kudin disambut ibunya yang tiba-tiba dia datang pada aku dan bisikkan sesuatu, "Nanti nak makan ketupat sotong tu, cari yang ada dua lidi. Hok tu ada telur sotong." Masa tu aku dah rasa teruja sangat sebab nampak makanan yang selama ini aku teringin sangat nak makan, tiba-tiba ada depan mata. Memang seronoklah! Aku makan tengahari bersama keluarganya lagi, dan lima ketupat sotong menjadi santapan. Sedap sangat! Siap ambil gambar lagi haa. Tempoh hari (dalam bulan Mei), aku ada minta resipi ketupat sotong ini daripada Kudin, dan ibunya telah tuliskan khas untuk aku. Memang lepas ni aku akan cuba buat sendiri di rumah sebab memang tak rugi cuba. Sedap woi!

Ketupat Sotong
Sebelum pulang, aku perhatikan kami semua memakai baju yang baru dibeli di Pasar Payang pagi tadi, termasuklah aku. haha. Kami sempat bergambar bersama keluarga Kudin. Aku sangat berharap moga pada lain kali, aku akan ke sana lagi, dan semoga aku dapat menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya. :)

Dari kiri: Aus, Aidanesa, Mak Kudin, Ayah Kudin, Abang Kudin (Firdaus), Ani. Dan si kecil yang pemalu.

:) I just wanna be a part of them.

Jam 3.30, kami bertolak. Sebelum bertolak, ibunya sempat memberi kami ole-ole. Untuk aku, diberikan sepasang kain batik dan keropok keping beserta gula-gula manisan. Kain batik Dua Serumpun itu cantik sangat. Sebenarnya inilah kali pertama aku mendapat hadiah kain batik. hihi. Exited!

Batik Dua Serumpun
Dari Chendering, kami melewati daerah-daerah di Terengganu, dan banyak juga persinggahan kami petang itu. Memang cantik sangat pemandangan. Ketika perjalanan datang, tak dapat nikmati sangat dek kerana kegelapan malam. Pesisir pantai di Terengganu sangat mendamaikan jiwa. Kami sempat singgah di Pantai Kuala Abang, Rantau Abang (Muzium Penyu) dan Pantai Kemasik.


Pantai Kuala Abang
Pantai yang permai
Bermain di gigi air
Ikan buntal yang terdampar
Dalam Muzium Penyu, Rantau Abang.
Tu baju baru beli tu. haa.
Hahaha!
Pantai Kemasik. Tak sempat main air pun. Aus sorang je mandi.
Kami bertiga pergi pasar malam dan melantak aje. Ini pun dah senja sangat.
Kemudian kami meneruskan misi mencari kedai yang menjual Celup Tepung di Kuala Kemaman. Malangnya semua kedai pun dah banyak yang tutup. Masa tu pun dah jam 9.00 malam. Walau bagaimanapun tetap kena singgah makan di Kuala Kemaman sebab Aus dah janji nak belanja makan. Hahaha.

Santapan terakhir sebelum ke Kuala Lumpur
Serupa raksasa si Kudin ni. haha.
Selepas makan, kami ke stesen minyak untuk memenuhkan tangki. Aku ke tandas. Sekembalinya, Aus dan Ani telah duduk di belakang dan meninggalkan dua tempat duduk di hadapan untuk aku dan Kudin. Kurang asam. Kata Aus, aku kena temankan Kudin drive kali ni. Co-pilot tak boleh tidur. Ceh. Kami pun bertolak ke Kuala Lumpur dengan satu kepuasan, yang pastinya aku akan rindukan Terengganu. Seperti biasa, lagu-lagu Francis Wolf sekali lagi menemani kami. Aus dan Ani lena dibuai mimpi dekat belakang, yalah, perut pun dah terisi kenyang, aku pula menjadi peneman setia Kudin. Waktu ini lagi banyak yang kami bualkan. Tentang masa depan, tentang penerimaan aku dalam keluarganya, dan tentang perjalanan hubungan kami. Balik tu aku tumpang tidur di rumah Dib. Sebab curfew hour UIA. Huh.





***
Teringat, sebelum bertolak keluar dari Chendering, Aus bertanya pada kami,
"Ada apa-apa yang tertinggal tak dekat rumah Kudin?"

Aku seraya menjawab,
"Ada yang tertinggal...kenangan."