"If you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. If they don't, they never were." -Kahlil Gibran
Quote yang bermakna. Buat aku bernafas semula.
Untuk sang cinta hati, ya, benar. Memang benar. Aku telah melepaskan kau disaat aku merasakan mungkin cinta aku bukanlah layak untuk menjadi milik engkau, tetapi hati aku masih terbuka luas untuk engkau. Setelah beberapa ketika, kau menyedari hakikat kewujudan aku. Lalu kau berpatah balik. Kau mencari aku semula. Kini aku hampir dapat apa yang selama ini aku dambakan. Mungkin telahpun aku dapat. Iaitu hatimu. Akan aku jaga sebaik-baiknya.
Dan engkau yang lagi satu, pada saat hatiku kau goyahkan kembali setelah bertahun, maaf. Betul. Hati aku bukan milikmu lagi. Tak mungkin hati ini tersilap. Hati ini telah banyak kali kau lukakan. Kau sebenarnya tak pernah kembali. Kau cuma mahu memanipulasi. Aku tak mahu lagi hidup dalam bayangan kamu yang menyiksakan.
Wahai cinta, aku kini hanya mahu bikin bahagia. Sepertimana malam-malam yang telah kita lalui. Kisah pelarian aku bersama kamu adalah kisah yang akan aku ingati. Aku mahu ulang-ulang lagi momen itu. Sampai mati.